Kucing hutan Norway

Kucing Hutan Norway (Gambar)

Kucing hutan norway ini adalah sejenis baka kucing yang jinak dan berbulu lebat. Walaupun ia diberi gelaran kucing hutan, namun sebenarnya ia adalah baka kucing yang boleh dibela di dalam rumah. Panggilan kucing hutan ini adalah disebabkan ia mempunyai baka kucing hutan yang dikacukkan dengan baka berbulu lebat.

Kucing baka norway ini mempunyai ciri-ciri sama seperti kucing maine coon, iaitu mempunyai bulu yang lebat dan bersaiz besar. Ia mempunyai perilaku yang aktif serta boleh melompat dan memanjat seperti kucing liar. Kucing ini mempunyai jangka hayat sekitar 14 ke 16 tahun.

Kenali Kucing Hutan Norway

Seperti juga kucing baka bulu lebat yang lain, kucing ini juga mempunyai sifat yang manja dan penyayang. Ia sesuai dijadikan haiwan peliharaan di dalam rumah sahaja memandangkan ia mempunyai bulu yang lebat. Selain itu, disebabkan ia mempunyai genetik kucing hutan, jadi ia agak aktif apabila di luar rumah.

Menurut data kucing ini juga mempunyai nilai harga yang tinggi di pasaran Malaysia. Harga kucing hutan norway yang dewasa adalah sekitar RM2k ke 5K. Harga ini adalah purata bagi baka kucing yang berbulu lebat dan panjang.

Kucing hutan Norway
Kucing hutan Norway
Kucing hutan Norway

Makanan Kucing Hutan Norway

Disebabkan ia mempunyai fizikal yang besar, maka keperluan makanan hariannya juga perlu seimbang. Kucing ini memerlukan makanan yang kaya dengan sumber protein disamping beberata zat nutrisi yang lain.

Untuk lebih mudah anda boleh membeli makanan kucing premium terbaik ataupun makanan yang khas untuk kucing baka bulu lebat yang terdapat di pasaran. Anda juga boleh membuat sendiri makanan kucing ini di rumah. Dengan membuat sendiri makanan ini menjadikan kos belanjawan makanan kucing anda lebih jimat.

Resepi ayam dan labu makanan kucing

Antara resepi wet food yang popular dalam kalangan warganet adalah menggunakan bahan ayam dan labu sebagai bahan utama. Selain cepat dan mudah, ia juga mempunyai manfaat nutrisi yang baik untuk kucing anda. 

Bahan-bahan:

  • Daging ayam
  • Buah labu

Cara penyediaan:

  1. Rebus ayam bersama labu hingga lembik
  2. Carikkan daging ayam bagi memudahkan kucing untuk makan
  3. Penyek isi labu hingga hancur dan lumat
  4. Campurkan kesemua sekali hingga sebati untuk diberi pada kucing

Resepi ini sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Tambahan, anda juga boleh campurkan TF, probiotik, atau vitamin di dalam wet food ini untuk diberi kepada kucing anda. Makanan ini kaya dengan sumber protein daripada daging ayam, manakala labu pula memberikan serat untuk proses pencernaan kucing. Sumber lama FB D’Cat D’ Hati.

Senarai Item kucing & link Promo murah di Shopee.
Tekan link untuk semak harga. T&C

TF booster :  https://shp.ee/bztf9ut

Cat Brush Grooming : https://shp.ee/psik9mm

Cat Nail Clipper : https://shp.ee/ha7un3d

Cat Trimmer : https://shp.ee/9fneqkm

Cat Dryer : https://shp.ee/77hixbm

Cat Eye Drop : https://shp.ee/q2a2h2z

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

kucing hutan norway adalah antara baka kucing bulu lebat yang popular selain kucing parsi dan kucing maine coon. Kucing ini juga boleh didapati di Malaysia dan sesuai dijadikan haiwan peliharaan di dalam rumah. Nak lebih banyak pilihan makanan harian kucing anda? Boleh terus ke laman info makanan terbaik untuk kucing.

Scroll to Top
Scroll to Top