kucing hutan malaysia

Kucing Hutan Malaysia (Gambar)

Kucing hutan Malaysia adalah antara khazanah semulajadi hutan yang terdapat di negara kita. Kucing hutan ini telah disenaraikan sebagai haiwan terancam sama seperti orang hutan, tapir, dan beruang matahari. 

Kucing hutan malaysia ini mendapat perhatian ramai disebabkan ia mempunyai pattern corak bulu yang cantik dan menarik. Pattern bulu yang berbelang seperti harimau menjadikan ia diminati oleh peminat kucing di Malaysia. Namun, memiliki atau memelihara kucing hutan ini adalah salah disisi undang-undang dan boleh menyebabkan anda didenda dan dipenjara. 

Harga Kucing Hutan Malaysia

Disebabkan mempunyai corak yang unik dan jarang ditemui, kucing hutan ini dianggarkan mempunyai harga sekitar lebih RM5000 seekor, harga ini berbeza mengikut umur, jantina, dan jenis kucing hitam tersebut. Walaubagaimanapun, jual beli kucing liar ini adalah haram dan salah di sisi undang-undang Malaysia.  

Walaupun ramai yang memelihara kucing hutan ini, harus diingat bahawa ia adalah sejenis haiwan yang kian pupus. Tambahan, penjagaan kucing jenis hutan ini tidak sama seperti menjaga kucing peliharaan biasa kerana habitat asalnya adalah di dalam hutan rimba.

Ciri-Ciri Kucing Hutan

Setiap jenis kucing mempunyai ciri-ciri yang berbeza antara individu, terdapat beberapa ciri-ciri kucing hutan yang berbeza berbanding kucing domestik biasa. Perbezaan ini boleh dilihat pada luaran kucing mahupun pada perilaku sifat kucing hutan itu sendiri. Antara ciri-ciri kucing hutan adalah:

  • Lebih agresif berbanding kucing biasa
  • Otot dan fizikal lebih besar dan panjang 
  • Mempunyai corak bulu yang berbelang-belang @ bewarna perang
  • Gemar untuk berburu makanan

Cir-ciri ini sinonim dengan habitat asal kuicing ini iaitu hidup di dalam hutan rimba. Disebabkan itu, ia mempunyai perilaku yang sedikit agresif berbanding kucing domestik biasa. Malah keperluan protein kucing jenis hutan ini perlu lebih banyak berbanding keperluan kucing biasa di rumah.   

Makanan Kucing Hutan

Sedia maklum bahawa habitat kucing hutan ini adalah berada di dalam hutan rimba, oleh sebab itu, kucing ini memerlukan nutrisi yang berbeza daripada kucing biasa. Antara makanan di habitat semulajadinya adalah:

  • Ayam hutan
  • Tupai
  • Haiwan darat kecil
  • Burung

Jika di zoo atau pusat pemuliharaan kucing ini akan diberikan makanan seperti daging mentah yang kaya dengan sumber protein sebagai menu utama setiap minggu. Pemberian juga harus berkala kerana kucing ini tidak makan setiap hari di dalam hutan, ini perlu bagi mengekalkan sifat di habitat semulajadinya .

Jenis Kucing Hutan Malaysia

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terdapat 7 jenis kucing yang terdapat di Malaysia. Jenis ini termasuklah harimau dan kucing liar hutan. Disini kami kongsikan beberapa jenis kucing yang terdapat di dalam hutan di negara kita.

Harimau Belang @ Malayan Tiger

Spesis kucing besar @ harimau yang paling popular di Malaysia adalah harimau belang. Nama harimau belang atau malayan tiger inilah yang digunakan oleh pasukan bolasepak Malaysia yaitu Harimau Malaya.

Jenis harimau ini adalah antara yang hampir pupus di dunia, dan ia sebenarnya adalah haiwan pemangsa utama di dalam rantai makanan hutan di Malaysia. Fungsi pemangsa ini adalah untuk mengawal populasi haiwan lain di dalam rantai makanan. Yang menariknya ia hanya terdapat di semenanjung Malaysia sahaja. 

Harimau Kumbang @ Leopard

Jenis kucing besar seterusnya adalah harimau kumbang atau juga dikenali dengan nama harimau bintang, ia lebih kecil berbanding harimau belang dan mempunyai tompok hitam di seluruh tubuhnya. 

Terdapat dua jenis harimau kumbang di Malaysia, iaitu jenis yang berwarna gelap dan berbenitk-bintik. Sebenarnya kedua-dua jenis harimau ini mempunyai bintik gelap, tetapi harimau kumbang yang berwarna gelap tidak jelas kelihatan tompok pada badannya.

Harimau Akar @ Clouded Leopard

kucing hutan malaysia

Harimau akar adalah sejenis kucing hutan yang terdapat di semenanjung Malaysia dan Borneo, malah harimau akar ini adalah pemangsa yang paling tinggi dalam rantai makanan di hutan Borneo. Walaupun bersaiz kecil, kucing ini masih dikategorikan sebagai harimau dan ia mempunyai corak badan seperti awan @ clouded. 

Kelebihan yang unik terdapat pada clouded leopard ini adalah ia mempunyai rangka tulang yang ringan membolehkan ia melompat dan memanjat pokok dengan mudah. Empat kakinya mempunyai kekuatan yang kuat untuk mencengkam dan ekornya yang panjang pula digunakan untuk mengimbangi badan semasa di aras kanopi pokok. 

Kucing Tulap @ Asiatic Golden Cat

kucing hutan malaysia

Kucing tulap adalah spesies yang dikategorikan hampir pupus di seluruh dunia. Di malaysia, ia agak jarang ditemui berbanding kucing dari keluarga sama yang lain. Ciri-ciri utama kucing ini adalah ia mempunyai warna keemasan berkilat di seluruh badannya. Saiznya lebih kecil daripada harimau akar dan ia dikategorikan sebagai kucing di hutan. 

Kucing Dahan @ Marbled Cat

kucing hutan malaysia

Kucing dahan ini kerap disalah tafsir sebagai harimau akar, ini kerana ia mempunyai corak yang hampir sama seperti harimau akar iaitu bercorak awan. Namun saiznya adalah kecil sama seperti saiz kucing domestik biasa dan mempunyai bulu yang lebat.

Sifat kucing ini juga sama seperti harimau akar iaitu gemar memanjat pokok. Ia mempunyai empat kaki yang kuat mencengkam dan mempunyai ekor yang panjang berfungsi untuk mengimbangan posisi semasa di atas pokok. 

Kucing Batu @ Leopard Cat

Kucing baru ini adalah yang kerap ditemui di kawasan sawit dan kebun getah di Malaysia. Ini kerana ia adalah spesis yang hidup di atas tanah kawasan hutan sahaja. Saiznya sama seperti kucing peliharaan di rumah, namun ia lebih agresif.

Mempunyai keunikan pada badannya yang bercorak bintik-bintik hitam dan berbelang, ciri-ciri inilah menjadikan ia menarik perhatian orang yang menemuinya. Yang menariknya kucing ini boleh mix bersama kucing domestik biasa.  

Kucing Hutan @ Flat Headed Cat

Kucing terakhir sekali adalah dikenali dengan nama kucing hutan, ia mempunyai ciri-ciri badan yang berwarna perang gelap di seluruh tubuhnya dan sedikit pendek berbanding kucing hutan yang lain. Ia hidup di kawasan paya hutan sahaja dan populasikan dikategorikan sukar untuk ditemui di Malaysia. Kucing hutan ini kerap kali disalah tafsir apabila ia sering dirujuk kepada kucing batu. 

Senarai Item kucing & link Promo murah di Shopee.
Tekan link untuk semak harga. T&C

TF booster :  https://shp.ee/bztf9ut

Cat Brush Grooming : https://shp.ee/psik9mm

Cat Nail Clipper : https://shp.ee/ha7un3d

Cat Trimmer : https://shp.ee/9fneqkm

Cat Dryer : https://shp.ee/77hixbm

Cat Eye Drop : https://shp.ee/q2a2h2z

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Kucing hutan adalah antara khazanah semulajadi hutan yang perlu dijaga dan dibaik pulih agar kekal wujud untuk generasi akan datang. Kabar baiknya anda boleh melihat kucing hutan ini di zoo yang berdekatan anda. Nak tahu lebih banyak info berkenaan kucing liar? Boleh terus ke laman kucing hutan norway untuk rujukan anda.



Scroll to Top
Scroll to Top