Makanan Anak Kucing Terbaik

Makanan Anak Kucing Terbaik Terkini

Pemberian makanan anak kucing terbaik sejak dari kecil adalah penting kerana ia boleh mempengaruhi tumbesaran anak kucing ketika dewasa. Dengan pemberian nutrisi yang cukup dan seimbang ini memboleh otot dan organ badan berkembang dengan sihat hinggalah mencapai umur dewasa.

Kini terdapat banyak jenis jenama makanan yang sesuai untuk anak kucing 2 bulan di pasaran. Makanan anak kucing terbaik ini diformulasikan dengan ramuan nutrisi yang terbaik untuk keperluan semasa kucing ketika umur masih muda. Jika anda sedang mencari jenama makanan untuk anak kucing teruskan membaca artikel ini kerana ada beberapa jenama yang terbaik yang kami cadangkan. 

Makanan Anak Kucing Terbaik

Makanan Kering @ Basah Yang Sesuai Untuk Anak Kucing?

Sebenarnya tidak ada jawapan yang khusus untuk persoalan samada wet @ dry food yang bagus untuk anak kucing. Ini kerana anak kucing memerlukan diet seimbang melibatkan protein, lemak, kalsium, dan serat. Oleh itu, pemberian makanan yang seimbang adalah perlu untuk anak kucing membesar dengan sihat

Cadangan kami adalah anda perlu memberikan anak kucing anda makanan kering yang khas diformulasikan untuk anak kucing atau biasa dipanggil kibble kitten. Pada masa yang sama selang-selikan pemberian dengan makanan basah untuk keperluan air dan serat anak kucing.

Dengan pemberian makanan basah ini membolehkan anak kucing anda menukar selera makanan harian agar tidak mudah jemu dengan makanan yang sama. Selain itu, terdapat juga anak kucing yang tidak boleh menggigit kibble dengan baik disebabkan gigi yang masih kecil dan lembut. Tambahan wet food ini membantu anak kucing untuk menerima nutrisi yang cukup dan memudahkan anak kucing untuk makan.

Susu Tidak Sesuai Untuk Anak Kucing

Terdapat beberapa jenis makanan yang tidak boleh diberikan kepada kucing anda, terutamanya kepada anak kucing. Walaupun suatu makanan tersebut boleh dimakan oleh manusia, tidak semestinya ia sesuai untuk kucing, antaranya adalah:

  • Coklat
  • Keju dan susu
  • Telur mentah
  • Bawang besar dan bawang putih

Rata-rata makanan ini bagus dan lazat untuk hidangan manusia namun tidak bagi kucing. Kucing akan mengalami kesan sampingan seperti muntah, cirit-birit dan hilang selera makan jika mengambil makanan-makanan ini. Pemberian susu kepada anak kucing adalah kesalahan yang kerap kali dilakukan. 

Makanan Anak Kucing Terbaik Di Malaysia

Berikut kami kongsikan antara makanan terbaik untuk anak kucing sebagai rujukan anda. Di dalam senarai ini mengandungi jenama-jenama yang berlainan serta kombinasi makanan basah dan makanan kering untuk anak kucing anda. Untuk semakan harga semasa anda boleh menekan butang Shopee untuk terus ke Shopee Mall.

Dry Food Terbaik Untuk Anak Kucing

Makanan dalam bentuk kibble ini boleh dijadikan sebagai makanan utama anak kucing anda. Fungsi utama makanan kering ini adalah untuk membekalkan keperluan nutrisi yang optima kepada anak kucing terutamanya protein. 

Royal Canin Mother And Babycat

Jenama royal canin tidak asing lain dalam pasaran makanan kucing di Malaysia. Jenama ini turut mempunyai kibble khas untuk ibu dan anak kucing yang masih menyusu. Makanan kucing ini diformulasikan khas untuk ibu kucing yang menyusu dan juga anak kucing berumur 1 ke 4 minggu. Mempunyai ramuan anti oksidan yang komplek untuk menyokong anak kucing daripada serang penyakit. 

Yang menariknya kibble ini bukan sahaja lembut untuk dimakan, bahkan ia juga boleh dijadikan bubur untuk anak kucing. Hanya perlu tambah air suam dan kacau hingga semuanya sebati ia akan mempunyai tekstur sama seperti wet food. 

Pros

  • Kibble lembut
  • Boleh dijadikan bubur
  • Bagus untuk pencernaan kucing
  • Sesuai untuk ibu dan anak kucing

Cons

  • Harganya sedikit mahal 

ProDiet Dry Kitten Cat Food 

Makanan Anak Kucing Terbaik

Jika anda peminat setia jenama prodiet, anda boleh dapatkan makanan yang khas untuk anak kucing anda. Prodiet mengeluarkan dua jenis makanan anak kucing iaitu Milky Ocean Fish dan Milky Mackerel. Kedua-duanya mempunyai sumber protein daripada ikan laut yang dirumus dengan beberapa nutrisi daripada sumber yang lain. 

Makanan kering ini menyediakan sumber kalsium yang baik untuk tumbesaran tulang dan gigi anak kucing. Ia sesuai untuk anak kucing yang aktif yang memerlukan sumber nutrisi setiap hari. 

Pros

  • Bagus untuk tumbesaran tulang dan gigi
  • Bagus untuk penglihatan kucing

Cons

  • Harganya sedikit mahal
  • Kibble sedikit keras

PowerCat Fresh Kitten Formula

Makanan Anak Kucing Terbaik

Jenama makanan kucing terbaik seterusnya adalah daripada powercat. Kibble ini diformulasikan dengan ramuan vitamin dan mineral untuk menyokong tumbesaran organ dalaman anak kucing. Nutrisi yang terdapat di dalam kibble ini membekalkan sumber zat yang cukup untuk diserap oleh pencernaan anak kucing. 

Tambahan, makanan kering ini juga tidak mempunyai sebarang jenis pewarna tiruan dan pengawet. Ia bagus untuk baka kucing yang sensitif terhadap makanan kibble. 

Pros

  • Harganya mampu milik
  • Tanpa pengawet
  • Sumber omega semulajadi

Cons

  • Kibble sedikit keras

Smart Heart Cat Food Kitten

Makanan Anak Kucing Terbaik

Selain daripada royal canin, smart heart juga adalah jenama makanan yang popular dalam kalangan peminat kucing di Malaysia. Ia mengeluarkan beberapa produk makanan yang berbeza mengikut bajet anda. 

Makanan anak kucing ia diformulasikan dengan protein daripada sumber daging sebenar ayam, telur, dan ikan. Ini bertujuan untuk memberikan protein yang cukup untuk perkembangan sistem saraf dan ingatan anak kucing. Tambahan, makanan kucing kering ini kaya dengan kalsium dan phosphorus yang bagus untuk anak tulang dan gigi kitten anda.

Pros

  • Harganya mampu milik
  • Protein semulajadi

Cons

  • Terdapat sedikit pengawet
  • Sensitif untuk sesetengah kucing
  • Kibble sedikit keras

Molly Super Premium Kitten & Mother Cat 

Makanan khas untuk anak kucing berumur sehingga 12 tahun dan untuk ibu kucing yang mengandungi dan menyusu. Selain daripada kandungan protein yang tinggi, makanan kering untuk anak kucing ini juga membekal nutrisi omega 3, vitamin dan mineral untuk kesihatan pertahanan dan perkembangan tulang. 

Makanan anak kucing molly ini mempunyai ramuan yang diformulasikan untuk anak dan ibu kucing yang mempunyai masalah alergi makanan. Protein yang digunakan adalah dari sumber daging sebenar dan tidak menyebabkan intolerance pada usus kucing. 

Pros

  • Protein semulajadi dari daging sebenar
  • Sesuai untuk ibu dan anak kucing
  • Bagus untuk kucing yang alergi pada makanan

Cons

  • Harga separa premium

Brit Premium Kitten

Makanan Anak Kucing Terbaik

Keunikan yang terdapat pada makanan anak kucing premium brit ini adalah kandungan proteinnya adalah daripada sumber ikan salmon, pastinya ia memberikan rasa yang lazat untuk anak kucing anda. Selain itu, ia juga mengandung sumber vitamin dan mineral yang bagus untuk perkembangan anak kucing anda.

Boleh dikatakan anak kucing anda pasti tidak akan meninggalkan sisa berlebihan jika memakan makanan premium brit ini. Sesuai dengan jenama yang premium, anda boleh mendapatkan jenama brit ini dengan harga yang premium di pasaran.

Pros

  • Kibble yang lembut
  • Daging salmon sebagai bahan utama
  • Mineral dan vitamin yang cukup

Cons

  • Harga separa premium
  • Terdapat sedikit pengawet

Me-O Kitten Dry Cat Food Ocean Fish

Jenama Me-O pula mempunyai makanan anak kucing berasaskan ikan laut, ramuan protein dry food kitten ini diperoleh daripada sumber daging ikan laut. Selain itu, ia juga turut mengeluarkan makanan anak kucing untuk kucing parsi, dry food ini bertujuan untuk melancarkan sistem pencernaan anak kucing parsi apabila termakan bulu sendiri.

Ramuan kibble ini diperbuat daripada daging ikan laut sebenar dan mempunyai ramuan nutrisi yang diperluan untuk anak kucing berumur atas 1 bulan. Kandungan garam yang rendah dan terkawal juga mengurangkan risiko masalah kesihatan pada kucing. 

Pros

  • Harga mampu milik
  • Sumber taurina
  • Sumber vitamin dan mineral
  • Rendah garam

Cons

  • Sumber protein hanya dari ikan laut
  • Allergic untuk sesetengah kucing

Blackwood Kitten Cat Food 

Makanan Anak Kucing Terbaik

Jika anda mencari makanan anak kucing premium, anda boleh mendapatkan Blackwood Kitten Food. Jenama makanan kucing premium ini adalah yang dijual dengan harga mahal disamping mempunyai kebaikan untuk kesihatan anak kucing anda. 

Keunikan utama yang ada pada makanan kucing ini adalah ia tidak mempunyai jagung, tepung, dan soya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan alergic pada sesetengah kucing, selain itu ia juga mempunyai kandungan karbohidrat yang tidak diperlukan oleh kucing.

Diformulasikan daripada sumber protein daging ayam dan ditambah pula dengan ramuan prebiotik dan probiotik untuk kesihatan usus anak kucing anda. Boleh dikatakan makanan anak kucing ini adalah yang ideal untuk semua jenis baka kucing. 

Pros

  • Rasanya digemari kucing
  • Tinggi protein
  • Sumber pre dan probiotik
  • Sesuai untuk kucing alergi

Cons

  • Harga yang premium
  • Kibble sedikit keras

Premium Purina One Dry Cat Kitten

Purina one dry cat adalah sejenis makanan kucing premium yang terdapat di pasaran Malaysia. Ia turut mengeluarkan makanan khas untuk anak kucing anda. Makanan anak kucing ini bertujuan untuk menyokong perkembangan tubuh dan memenuhi keperluan nutrisi semasa. 

Makanan kering ini sesuai diberikan kepada anak kucing yang berumur bawah 4 bulan dan sesuai untuk semua jenis baka kucing. Anda juga boleh mencampurkan sedikit air suam untuk menjadikan ia lembut sebelum diberikan kepada anak kucing. 

Pros

  • Kibble yang lembut
  • Sesuai untuk semua baka kucing
  • Sumber mineral dan vitamin

Cons

  • Harga yang premium
  • Terdapat bahan pengawet

Whiskas Dry Food Kitten

Makanan Anak Kucing Terbaik

Whiskas adalah sebuah jenama makanan kucing yang dipercayai sejak dari dulu lagi, ia turut mempunyai makanan khas untuk anak kucing. Ramuan utama kibble anak kucing ini adalah mempunyai jumlah kalsium dan fosforus yang cukup menyokong sistem saraf anak kucing. Tambahan, ia sangat padat dengan ramuan protein, vitamin serta mineral untuk keperluan anak kucing. 

Kandungan protein yang tinggi serta mempunyai antioksidan untuk menguatkan lagi sistem imun badan anak kucing daripada terkena jangkitan penyakit. Sumber utama protein ini adalah daripada daging ayam yang pastinya lazat dan digemari oleh kucing.  

Pros

  • Sumber protein dari daging ayam
  • Sumber mineral dan vitamin
  • Kibble kecil sesuai untuk kitten

Cons

  • Harga sedikit premium
  • Terdapat bahan pengawet

Bonacibo Kitten 

Salah satu jenama makanan kucing premium yang boleh didapati di Malaysia iaitu bonacibo, ia juga mempunyai kibble khas untuk anak kucing. Ramuan kibble ini adalah untuk memberikan keseimbang nutrisi dalam diet kucing merangkumi protein, lemak, dan karbohidrat. Ia turut mengandungi ramuan vitamin dan mineral untuk keperluan organ badan kucing. 

Yang menariknya makanan kucing premium ini turut mempunyai ramuan utama daripada ikan bilis selain dari daging ayam. Ia juga mempunyai probiotik dan prebiotik untuk menjaga kesihatan usus dan perut anak kucing. 

Pros

  • Sumber protein yang tinggi
  • Nutrisi yang seimbang
  • Sesuai untuk semua baka kucing

Cons

  • Harga yang premium

Wet Food Terbaik Untuk Anak Kucing

Untuk makanan basah pula harus diberikan satu ke dua kali seminggu sahaja. Walaupun ada yang mencadangkan makanan basah boleh dijadikan makanan utama anak kucing, namun bagi kami ia tidak bagus kerana boleh menyebabkan anak kucing berak cair @ cirit-birit. Malah, banyak kes anak kucing mengalami usus terkeluar @ buasir kerana pemberian wet food yang berlebihan. 

Royal Canin Kitten Gravy

Anda boleh mendapatkan wet food daripada jenama royal canin kerana ia turut mengeluarkan makanan basah khas untuk anak kucing berumur bawah 3 bulan. Kelebihan utama dari royal canin ini adalah ia mempunyai makanan basah yang bertekstur halus dan lembut di dalam ramuan gravy bernutrisi. 

Selain mempunyai tekstur yang lembut, wet food ini turut mempunyai kandungan nutrisi yang bagus untuk kucing di usia muda. Ia sesuai dijadikan sebagai makanan alternatif di samping kibble untuk anak kucing. 

Pros

  • Gravy yang bernutrisi
  • Tekstur lembut dan halus
  • Sesuai untuk semua baka kucing

Cons

  • Harga sedikit premium
  • Terdapat sedikit bahan pengawet

Peien Kitten Snacks

Selain pemberian wet food dalam paket, anda boleh juga menggunakan kaedah snacking kepada anak kucing anda. Antara jenama yang popular menyediakan snack basah untuk kucing ini adalah Peien Kitten snacks. Pemberian snacking basah ini adalah bertujuan untuk mengelak anak kucing memakan terlalu banyak wet food, cukup hanya sekadar snacking sahaja.

Snacking ini mempunyai ramuan nutrisi yang bagus untuk kucing, ia boleh diberikan kepada kucing secara berkala dan bukan setiap hari. Ini membantu anak kucing yang sukar untuk makanan kibble pada peringkat awal usia.  

Pros

  • Harganya murah
  • Sesuai untuk makanan sampingan kucing
  • Banyak kandungan air
  • Pelbagai perisa

Cons

  • Perlu diberikan secara manual
  • Terdapat kandungan garam

Whiskas Kitten Wet Food Pouch

Tidak dinafikan whiskas adalah antara jenama makanan kucing yang dipercayai sejak sekian lama. Anda juga boleh mendapatkan wet food jenama whiskas ini untuk anak kucing anda. Terdapat pelbagai perisa yang boleh anda pilih antaranya:

  • Chicken tuna
  • Grilled saba
  • Mackerel salmon
  • Ocean fish
  • Tuna whitefish
  • Junior tuna
  • Kanikama carrot
  • Seafood seaweed

Semua perisa ini mempunyai kandungan nutrisi yang diperlukan untuk kucing di usia muda. Anda juga boleh variasikan pemberian agar kucing anda lebih berselera dengan perisa berlainan setiap kali menjamu makanan basah.

Pros

  • Jenama yang dipercayai
  • Makanan sampingan kucing
  • Pelbagai perisa

Cons

  • Harga sedikit mahal
  • Terdapat kandungan garam

Prodiet Kitten Wet Food Pouch

Makanan Anak Kucing Terbaik

Terdapat dua jenis perisa untuk anak kucing yang dikeluarkan oleh ProDiet iaitu Wet Food Kitten Mackerel dan Wet Food Kitten Tuna. kedua dua produk ini mempunyai sumber protein yang tinggi untuk tumbesaran anak kucing anda.  

Anda boleh berikan wet food ini bersama dry food jenama prodiet atau boleh juga dari mana-mana jenama lain, yang penting ia sesuai dengan selera dan kesihatan anak kucing anda. Jika anak kucing mengalami muntah, naik kudis gatal dan sebagainya, ia mungkin berpunca daripada alergi makanan baru. Boleh stop dan berikan sedikit demi sedikit atau tukar jenama makanan lain. 

Pros

  • Sumber protein tinggi
  • Harganya murah

Cons

  • Terdapat kandungan garam
  • Hanya ada dua jenis perisa

Nekko Premium Cat Pouch 

Makanan Anak Kucing Terbaik

Sebuah jenama makanan kucing dari jepun ini popular di malaysia. Produk ini diperbuat 100% daripada bahan segar seperti daging ikan tuna. Bahan utama ini dimasak dengan baik bersama-sama dengan bahan gravy lain. Ia pelengkap kepada diet harian seekor anak kucing.

Ia sesuai diberikan kepada ibu kucing yang sedang bunting dan sedang menyusu anak kucing. Selain itu, Ia juga bagus untuk kucing yang alergi kerana tidak mempunyai garam dan bahan pengawet yang banyak.

Pros

  • Harganya murah
  • Pelbagai perisa
  • Kurang garam dan pengawet
  • Daging lembut dan halus
  • Sesuai untuk ibu kucing

Cons

  • Jenama luar negara

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Jika anda sedang menanti kelahiran anak kucing anda mestilah membuat persediaan dengan menyediakan keperluan yang perlu untuk anak kucing yang bakal lahir. Salah satu keperluan utama adalah menyediakan makanan anak kucing yang berkhasiat dan memenuhi nutrisi kucing di usia muda. Bagi anda yang memelihara kucing jenis baka berbulu lebat, anda boleh terus ke laman slot perkongsian makanan kucing untuk bulu gugur sebagai rujukan lanjut. 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top