Makanan Kucing Untuk Gemuk Dan Bulu Cantik (Berkualiti)

Makanan Kucing Untuk Gemuk Dan Bulu Cantik (Berkualiti)

Terdapat banyak makanan kucing untuk gemuk dan bulu cantik yang terdapat di pasaran. Untuk mendapatkan badan yang sihat dan bulu yang baik, kucing anda memerlukan makanan yang mempunyai nutrisi yang cukup. Maka di dalam artikel kali ini kami kongsikan makanan kucing terbaik untuk gemuk dan bulu cantik.

Nutrisi Yang Diperlukan Kucing

Bagi pemilik kucing sudah pasti mahupun kucing mereka mempunyai badan yang sihat dan bulu yang cantik dan tidak gugur. Bulu yang banyak gugur juga boleh menjadi masalah kepada isi rumah rumah anda, oleh itu pemilihan makanan yang betul mesti untuk kesihatan bulu kucing. 

Tahukah anda bahawa kucing memerlukan nutrisi yang tertentu untuk mendapat tubuh yang sihat dan bulu yang cantik. Dengan nutrisi yang cukup dan seimbang bukan sahaja boleh sihat malah kucing anda juga kurang risiko dijangkiti penyakit. Antara asas makanan kucing adalah seperti berikut. 

  • Protein tinggi
  • Asid lemak
  • Vitamin
  • Garam mineral
  • Air

Kucing adalah haiwan karnivor, maka ia memerlukan kandungan protein yang tinggi dalam diet harian. Kekurangan protein ini sudah pasti akan menyebabkan kucing kurus dan tidak sihat. Anda harus bijak dalam memilih jenis makanan kucing anda kerana ia boleh mempengaruhi nutrisi harian si comel. 

3 Jenis Makanan Kucing Untuk Gemuk Dan Bulu Cantik.

Terdapat 3 jenis makanan kucing yang sesuai untuk dijadikan makanan harian anda. Anda boleh dapatkan di kedai mahupun secara dalam talian shopee sahaja, setiap jenis makanan kucing ini mempunyai banyak jenama yang berbeza. 

Namun kunci utamanya untuk kucing sihat dan berbulu cantik adalah makanan mestilah mempunyai sumber protein yang tinggi. Dari segi harganya pula setiap jenis makanan ini mempunyai harga yang berbeza, ada yang murah dan ada yang mahal bergantung bajet anda.

Kucing Telur

Kaedah mencampurkan kuning telur ke dalam makanan kucing ini adalah cara yang pernah viral di sosmed suatu ketika dahulu. Anda boleh menggunakan telur kuning ini dan ia memang berkesan. Ini kerana kuning telur mempunyai kandungan protein yang tinggi dan sesuai untuk sumber nutrisi kucing. 

Kuning telur juga adalah cara yang murah untuk diamalkan. Caranya juga sangat mudah, anda hanya perlu campurkan makanan kucing wet food anda bersama telur kuning. Makanan kucing yang tidak habis juga boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 2 hari.

Makanan Basah @ Homemade Wet Food

Makanan basah atau disebut wet food adalah makanan yang paling digemari oleh kucing. Makanan basah ini sangat digemari oleh kebanyakan kucing, jarang sekali kucing tidak suka makan wet food.

Kelebihan makanan basah ini adalah ia sangat sesuai untuk anak kucing kerana mempunyai tekstur yang lembut dan mengandungi lebih air. Untuk anak kucing, makanan basah ini bagus untuk gigi kerana gigi anak kucing masih lemah dan tidak kuat. Keburukan wet food pada kucing ini adalah jika diberi dengan jumlah yang banyak akan menyebabkan cirit-birit kerana terlebih air.

Makanan Kering @ Premium Food

Makanan kering adalah sumber makanan yang terbaik untuk badan dan bulu kucing anda. Ini kerana dry food ini mempunyai kandungan protein yang tinggi berbanding wet food. Perbezaan dengan kuning telur adalah dry food ini mempunyai sukatan protein serta zat lain yang seimbang berbanding dengan campuran kuning telur dan wet food.

Kekurangan dry food ini adalah ia dalam bentuk pellet dan kibbles dan kurang digemari oleh kucing berbanding wet food. Jika kucing anda tidak mahu makan dry food, cara terbaik adalah dengan puasakan kucing anda selama 1 ke 2 hari, sepanjang berpuasa beri hanya air sahaja, apabila waktu berbuka berikan hanya dry food sahaja.

Terdapat banyak jenama dry food yang anda boleh pilih, harganya juga bergantung kepada kadar kandungan protein. Namun terdapat juga dry food yang tinggi protein dijual dengan harga yang mampu beli. Berikut adalah beberapa jenama dry food yang bagus untuk gemuk dan cantikkan bulu kucing.

Royal Canin

makanan kucing untuk gemuk dan bulu cantik

Blackwood

makanan kucing untuk gemuk dan bulu cantik

Orijen

makanan kucing untuk gemuk dan bulu cantik

Pro Diet

Kucing yang diberi makan diet yang tinggi protein akan memperoleh kesan seawal 14 hari sahaja. Anda boleh perhatikan kucing anda mulai membesar dengan sihat dan mempunyai bulu yang cantik dan kemas. Selain itu, dengan adanya diet yang sihat dan seimbang boleh melindungi kucing anda daripada sebarang jenis penyakit dan kutu. 

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Menyediakan diet yang seimbang kepada kucing memerlukan anda untuk mengeluarkan sedikit kos yang makanan yang tinggi protein. Namun dengan memberikan nutrisi yang lengkap kepada kucing sudah pastinya menjadikan kucing anda lebih sihat daripada kos merawat kucing sakit. 

error: Content is protected !!
Scroll to Top