Table of Contents
Terdapat banyak jenama makanan terbaik untuk kucing yang ada di pasaran Malaysia kini. Ada diantaranya dijual dengan harga mampu milik sahaja. Ini memudahkan lagi tugas anda sebagai pemilik kucing untuk menyediakan makanan dan diet harian kucing anda.
Kucing adalah sejenis haiwan peliharaan yang sangat cerewet dalam pemilihan makanan hariannya. Oleh yang demikian, pemilihan makanan kucing yang terbaik dan betul perlu agar kucing anda lebih berselera untuk menjamu selera. Selain itu, diet makanan yang betul juga boleh menjadikan kucing anda lebih sihat dan tahan sakit.
Wet Food @ Dry Food? Makanan Terbaik Untuk Kucing
Di dalam dunia peliharaan kucing pastinya sangat sinonim dengan dua jenis makanan kucing iaitu makanan basah untuk kucing (wet food) dan makanan kering untuk kucing (dry food). Kedua-dua jenis makanan kucing ini mempunyai tekstur yang berbeza. Persoalanya yang manakah terbaik untuk kucing anda? Disini kami huraikan secara ringkas, wet food atau dry food yang mana lebih baik? teruskan membaca hingga habis ya..
Perbezaan Makanan Kering & Makanan Basah
Makanan Kering
- Harga lebih murah
- Mudah disimpan
- Tahan lama
- Kurang air
Makanan Basah
- Harga lebih mahal
- Perlu dihabiskan selepas dibuka
- Lebih digemari kucing
- Kandungan air lebih banyak
Berita baiknya, dengan proses pembuatan makanan kucing terbaik yang kian maju, hampir semua makanan kucing ini mempunyai nilai nutrisi yang terbaik untuk kucing anda, samada dalam bentuk kibble, wet food, ataupun dalam tin. Tetapi, anda perlu bijak untuk menentukan yang mana satu jenis makanan sesuai dengan kucing anda seperti:
- Kewangan anda
- Berat kucing anda
- Kesihatan kucing semasa
- Jenis baka kucing anda
Senarai di atas adalah beberapa perkara yang perlu anda lihat untuk memilih makanan yang mana terbaik untuk selera kucing anda. Contohnya, jika anda mempunyai baka kucing berbulu lebat seperi kucing parsi, maine coon, dan kucing hutan norway, anda perlu memberikan makanan khas hanya untuk kucing baka bulu lebat.
Perbezaan Nutrisi Wet Dan Dry Food
Dari segi keperluan nutrisi pula, makanan kering ini mengandungi lebih banyak karbohidrat manakala makanan basah mengandung lebih banyak air dan proteinnya bergantung kepada jumlah daging. Oleh sebab itu, pemberian secara selang seli ini adalah terbaik memandangkan kucing memerlukan keseimbangan nutrisi protein, serat, air, dan karbohidrat.
19 Makanan Kucing Terbaik Di Malaysia
Berikut kami sertakan beberapa jenis jenama makanan kucing terbaik di Malaysia untuk pilihan anda. Dalam senarai ini terdapat kombinasi kedua-dua jenis makanan kucing iaitu dry food dan wet food, ini kerana, kami sarankan anda memberikan makanan kering kepada kucing anda, dan diselangi dengan makanan basah sekali sekala untuk keperluan serat dan air dalam badan.
Makanan Kering Kucing Terbaik
Senarai makanan kucing kering terbaik ini adalah antara yang popular yang boleh anda perolehi di pasaran Malaysia @ di Shopee. Senarai ini hanya fokus untuk makanan kucing adult @ dewasa sahaja. Terdapat juga beberapa jenama makanan premium di dalam senarai ini.
Royal Canin Fit 32 Dry Cat Food
Jenama makanan kucing royal canin adalah antara makanan kucing yang popular di Malaysia. Terdapat banyak jenis makanan kering yang dikeluarkan oleh royal canin mengikut ramuan tertentu untuk kesihatan kucing.
Diantara jenis dry food yang terbaik secara umumnya adalah Royal Canin Fit 32. Ia sesuai untuk kucing yang berumur 1 ke 7 tahun. Ramuan makanan kucing ini mempunyai nutrisi khas untuk keperluan seharian kucing yang aktif. Nutrisi ramuan ini sesuai untuk kesihatan kucing dewasa untuk kekal cergas dan sihat.
Pros
- Nutrisi sesuai untuk kucing dewasa
- Diet untuk kekalkan berat badan
- Menyingkirkan bulu dalam usus
Cons
- Tidak sesuai untuk anak kucing
- Hanya untuk berat badan ideal
ProDiet Dry Senior Cat Food
Jenama prodiet adalah jenama makanan kucing yang popular dengan kelazatan makanan basahnya yang digemari oleh kucing. Untuk makanan kering pula, anda boleh cuba dapatkan prodiet dry senior cat food yang dibuat khas untuk kucing dewasa anda.
Ramuan kibble ini diformulasikan dengan bahan utama jagung yang melepasi kawalan kualiti untuk mengimbangi diet kucing anda dari muda ke dewasa. Mempunyai kandungan serat yang bagus untuk proses pencernaan kucing anda, Ia juga bagus untuk proses kelancaran bahan buangan dalam usus kucing. Ramuan ikan salmon dan minyak cod juga ada di dalam makanan kering ini, ia adalah sumber protein dan baik untuk pertumbuhan bulu kucing.
Pros
- Melancar sistem pencernaan
- DHA
- Bagus untuk pertumbuhan bulu
- Tinggi serat
Cons
- Sesuai untuk kucing dewasa sahaja
- Kurang protein berbanding jenama lain
Blackwood Adult Cat Food
Blackwood adalah makanan yang dikategorikan sebagai makanan kucing yang separa premium, ini kerana ia terkenal dengan mengeluarkan makanan kucing yang tinggi protein, sumber protein inilah yang bagus untuk semua jenis kucing di dunia. Blackwood mempunyai beberapa jenis makanan kucing dari umur muda hinggalah ke dewasa.
Bagi kucing dewasa anda boleh dapatkan blackwood adult cat food, ia mempunyai 30% protein, 17% lemak, dan 3% serat. Bahan-bahan utama di dalam makanan kering ini adalah fillet ikan, cranberry, dan blueberry. Kesemua bahan-bahan ini dimasak dengan haba yang perlahan bagi memastikan ia tidak mengganggu nutrisi bahan mentah ini. Uniknya ia turut diformulasikan dengan probiotik untuk kesihatan perut dan usus kucing.
Pros
- Jenama yang tinggi protein
- Mengandungi probiotik
- Tidak mempunyai tepung
Cons
- Tidak mempunyai jagung dan soya
- Kandungan air terlalu kurang, perlu diambil bersama wet food
Power Cat Adult
Power cat adalah antara makanan kucing yang paling baru di pasaran Malaysia, makanan ini diformulasikan untuk memberi keseimbangan dalam diet makanan harian. Jenama power cat ini mempunyai 3 jenis makanan mengikut umur kucing iaitu kitten, junior, dan adult.
Apabila kucing meningkat dewasa melebihi umur 5 tahun, ia akan mula kurang aktif dan memerlukan diet yang sesuai dengan umurnya. Makanan kering powercat ini dibuat tanpa menggunakan sebarang pengawet, pewarna tiruan, dan garam di dalamnya. Jadi ia sesuai untuk pencernaan kucing dewasa yang sensitif.
Pros
- Tiada pengawet dan tiada pewarna tiruan
- Sesuai untuk kucing sensitif
- Tiada garam
Cons
- Harga sedikit mahal berbanding lain
- Kurang protein
Greens Cat Food
Salah satu jenama makanan yang popular di Malaysia ini adalah Green cat food. Jenama makanan ini mempunyai beberapa jenis makanan kering mengikut umur kucing anda. Untuk makanan kucing yang berumur dewasa/adult terdapat dua jenis pilihan iaitu daging ayam dan isi ikan laut @ seafood. Antara keunikan pada makanan kering ini adalah ia mempunyai fungsi 3 dalam 1. Antaranya adalah:
- Kurang alergik
- Kurang bau makanan
- Mengawal pH dalam urine
Pros
- Bagus untuk otot kucing
- Bagus untuk buah pinggang kucing
- Tinggi protein
Cons
- Mengandungi sedikit garam tambahan
- Harga sedikit mahal berbanding jenama lain
Misha Dry Cat Food Assorted Flavor
Jika anda peminat makanan kucing misha, anda boleh dapatkan jenis misha dry cat food assorted flavor. Ia mempunyai ramuan yang lengkap dan seimbang untuk kucing peliharaan anda. Menariknya ia ditawarkan dengan jumlah protein yang tinggi iaitu 32% dalam setiap pallet.
Kandungan protein ini diperoleh daripada sumber campuran daging dan isi ikan serta tidak menggunakan sebarang garam tambahan. Selain itu, makanan ini juga mengandungi bahan taurin yang bagus untuk membantu penglihatan kucing. Makanan kucing misha ini adalah antara makanan yang separa premium namun masih boleh didapati dengan harga yang berpatutan.
Pros
- Tinggi protein
- Tiada pewarna tiruan
- Tiada garam
- Mengandungi taurin
- Mengandungi glukosamin
- Omega oil 3 & 6
Cons
- Kurang serat, perlu tambahan wet food
- Kurang pilihan daging
- Harga berpatutan, tapi masih lagi mahal berbanding jenama lain
Glory Cat Food
Makanan terbaik untuk kucing seterusnya adalah jenama Glory Cat. Makanan kucing kering glory ini sesuai bagi anda yang mempunyai bajet yang terhad. Walaupun pada harga yang murah, ia tetap menawarkan ramuan kibble yang tinggi protein. Ia adalah makanan kucing premium pada harga mampu milik.
Jenama makanan kering ini sesuai diberikan kepada pelbagai peringkat umur, ramuan salmon dan minyak ikan tuna ini sangat bagus untuk kulit dan bulu kucing. Selain itu, ia bagus untuk proses pencernaan makanan untuk kucing anda.
Pros
- Tinggi protein dan lemak
- Mempunyai taurine, bagus untuk penglihatan kucing
- Harga mampu milik
Cons
- Kurang serat, perlu tambahan wet food
- Tiada pilihan jenis mengikut umur
Taste Of The Wild Rocky Mountain
Jenama ini adalah jenama makanan kucing premium terbaik untuk kucing anda, ini kerana ia mempunyai kandungan protein yang tinggi dan mempunyai ramuan probiotik untuk merawat usus dan perut kucing anda. Kandungan protein sebanyak 42% adalah dari sumber daging segar ayam, ikan salmon, dan ikan laut. Selain itu, ia juga mengandungi bahan daripada sumber sayuran untuk diet kucing yang seimbang.
Menyedari kucing juga memerlukan bantuan tambahan untuk organ usus, makanan ini juga turut mempunyai bahan probiotik untuk menyokong organ pencernaan kucing. Ia turut mempunyai kebaikan yang turut terdapat pada makanan kucing kering premium terbaik.
Pros
- Nutrisi yang seimbang & mengandungi probiotik
- Kandungan protein dan lemak tinggi
- Bagus untuk kesihatan kucing
Cons
- Harga premium @ mahal
- Rendah serat
Hill’s Science Diet Adult Chicken
Sebuah lagi jenama makanan kucing premium yang bagus untuk diberikan kepada kucing anda. Jenama premium ini mengeluarkan banyak jenis makanan kucing yang berbeza fungsi dan umur kucing. Untuk kucing yang dewasa dan memerlukan kesihatan yang yang umum, kami cadangan anda mencuba Adult Chicken Recipe cat food.
Makanan kering ini diformulasikan untuk keperluan kucing yang semakin dewasa dan aktif, ia membekalkan kucing anda tenaga yang terbaik sepanjang hari. Ia diperbuat daripada bahan protein dari sumber daging haiwan sahaja dan mengandungi protein yang tinggi iaitu 35%.
Pros
- Tinggi protein
- Nutrisi yang seimbang untuk kucing meningkat dewasa
- Mengandungi vitamin untuk bulu dan kulit
Cons
- Kurang kandungan serat
- Harga mahal dan premium
Brit Premium Adult
Anda mencari makanan kucing premium pada harga mampu milik? Ya ada iaitu Brit Premium Adult pilihan terbaik untuk anda. Dari segi harga, Brit ini adalah makanan premium yang masih boleh didapati pada harga bawah RM100 di pasaran. Ia tetap mengandungi protein yang tinggi iaitu 38% dalam setiap kibble.
Tambahan, anda juga boleh memilih jenis sumber protein samada dari ayam atau ikan salmon. Ia juga mengandungi beberapa lagi makanan kucing dewasa dengan ramuan untuk menyokong kesihatan kucing anda. Yang pasti, jenama ini sesuai untuk anda yang mencari makanan kering premium pada harga mampu milik.
Pros
- Tinggi protein
- Harga bawah RM100
- Terdapat pilihan ayam dan salmon
Cons
- Kurang serat, perlu diselang-seli dengan wet food
Purina Fancy Feast Premium Dry Cat Food
Sebuah jenama makanan kucing premium yang boleh didapati di Malaysia iaitu purina fancy feast. Jenama makanan kucing ini sangat terkenal dengan makanan basahnya, tetapi ia turut mempunyai makanan kering yang juga bagus untuk kucing anda. Purina fancy feast dry food ini mempunyai tiga jenis perisa iaitu:
- Perisa tuna@laut
- Perisa ayam
- Perisa salmon
Sesuai dengan namanya sebagai pengeluar makanan kucing premium, setiap makanan kucing kering yang dihasilkan mempunyai kandungan protein tinggi iaitu 34%. Selain itu, ia juga kaya dengan vitamin untuk menyokong organ kulit dan bulu kucing.
Pros
- Tinggi kandungan protein
- Mempunyai pilihan perisa
Cons
- Harganya mahal
Kurang kandungan serat
Purina One Adult
Anda mencari makanan kering yang tinggi protein? Salah satunya adalah purina one adult, iaitu makanan kucing kering yang mengandungi lebih 34% protein. Sumber protein ini diambil daripada haiwan turkey atau ayam belanda. Jenama ini adalah salah satu daripada jenama makanan kucing premium dan pastinya dijual dengan harga yang premium.
Selain daripada kandungan proteinnya yang tinggi, ia turut mengandungi vitamin dan dan mineral yang diperlukan oleh kucing anda. Makanan ini sesuai untuk kucing anda yang berumur lebih daripada setahun dan ke atas.
Pros
- Kandungan yang tinggi protein
- Kaya dengan vitamin untuk organ badan kucing
- Mempunyai beberapa pilihan makanan kering yang lain
Cons
- Dijual dengan harga premium
- Kurang serat
Smart Heart Adult
Makanan kucing jenama smart heart ini pastinya tidak asing lagi bagi anda yang memelihara kucing. Ini kerana ia juga mengeluarkan makanana kucing mampu milik dan makanan kucing premium. Oleh yang demikian, anda boleh memilih yang mana satu sesuai dengan kewangan semasa anda.
Untuk smart heart adult dry food terdapat beberapa jenis perisa yang dijual dengan harga yang mampu milik. Antara perisanya adalah:
- Ayam dan tuna
- Ayam dan ikan isi putih
- Ikan mackerel
- Ikan salmon
- Seafood
- Tuna dan udang
Kesemua perisa ini mempunyai kandungan protein paling rendah sebanyak 30%, dan turut mengandung kandungan vitamin dan mineral yang bagus untuk kesihatan kucing dewasa anda. Dengan ini ia adalah antara makanan kering untuk kucing yang terbaik untuk kucing anda.
Pros
- Kandungan protein tinggi
- Mempunyai pilihan perisa
- Harga mampu milik
Cons
- Kurang serat
- Harga untuk jenis premium terlalu mahal
Monge Adult Dry Cat Food
Untuk makanan kering terbaik kucing yang terakhir ini adalah yang paling mahal dan super premium di dalam senarai ini iaitu jenama mongo superpremium. Dari segi harga, jenama makanan kering ini hanyalah untuk golongan kayangan sahaja.
Ia mengandungi protein sebanyak 34% serta mempunyai formula gabungan vitamin dan nutrisi yang bagus untuk menyokong kesihatan kucing dewasa berumur setahun ke atas. Makanan kucing jenama dari itali ini juga sesuai untuk ibu kucing yang sedang mengandung dan sedang menyusu anak kucing.
Pros
- Tinggi kandungan protein
- Sesuai untuk ibu kucing yang menyusu
- Kaya vitamin dan nutrisi
Cons
- Harga terlalu mahal
- Kurang serat
Makanan Basah Kucing Terbaik
Jika diperhatikan di dalam senarai makanan kering di atas, dapat diperhatikan semua jenama dry food ini mempunyai kekurangan yang sama iaitu kurang serat dan air. Oleh sebab itu, makanan basah atau wet food perlu diberikan secara berkala kepada kucing anda.
Seeloknya kami cadangkan anda berikan wet food ini 1 ke 2 kali seminggu sahaja, ia sudah cukup untuk mengimbangi sumber serat dan air kepada kucing anda. Tambahan, pembelian wet food ini juga bagus untuk kucing anda agar tidak jemu dengan makanan sama setiap hari.
Smart Heart Wet Food Pouch
Smart heart juga mempunyai variasi pelbagai perisa makanan basah yang bagus untuk kucing anda. Selain mengandungi air yang banyak, wet food ini juga mengandungi kandungan protein dan mineral yang diperlukan oleh kucing. Antara perisa yang ada adalah:
- Ayam dan nasi
- Ayam dan cheese
- Ayam dan karet
- Ayam dan tuna
- Ayam dan sardin
- Tuna
- Sardin
Pros
- Harga mampu milik
- Mempunyai banyak pilihan perisa
Cons
- Mengandungi pengawet, sensitif untuk sesetengah kucing
Carnilove Cat Wet Pouch
Jika anda mencari makanan basah kucing yang premium, jenama carnilove sesuai untuk anda. Ia di rumus dengan formulasi tanpa menggunakan sebarang jenis bahan pengawet dan pewarna tiruan. Maka ia sesuai untuk kucing anda yang alergi dengan makanan basah ini.
Mempunyai empat jenis perisa untuk pilihan kucing anda. Ia dijual dengan harga yang sedikit mahal berbanding jenama lain. Namun bagi anda yang mempunyai bajet besar mungkin tiada masalah untuk membeli jenama premium ini.
Pros
- Tiada pengawet
- Sesuai untuk kucing yang sensitif @ allergic dengan makanan
Cons
- Harga mahal berbanding jenama lain
- Tidak sesuai jika diberi terlalu banyak
Kucinta Canned Food
Jenama makanan basah kucing terbaik seterusnya adalah kucinta canned food. Ia adalah jenama wet food yang murah berbanding yang lain. Ia dirumus khas dengan nutrisi untuk menyokong kesihatan kucing termasuk keperluan vitamin dan taurine untuk menyokong penglihatan kucing.
Pros
- Harga mampu beli
- Sumber taurine
- Sumber vitamin dan lemak
Cons
Tidak sesuai jika diberi terlalu banyak
Whiskas Pouch Cat Wet Food
Whiskas adalah jenama makanan kucing yang popular turut mempunyai wet food untuk memenuhi permintaan di Malaysia. Yang menariknya, jenama whiskas ini turut mengeluarkan makanan basah untuk semua peringkat umur kucing. Untuk umur dewasa @ adult, terdapat banyak pilihan yang anda boleh pilih. Anda boleh menekan butang di bawah untuk semakan harga di Shopee.
Pros
- Jenama yang dipercayai
- Jenama paling lama dalam pasaran
- Harga mampu beli
Cons
Tidak sesuai jika diberi terlalu banyak
Royal Canin Cat Pouch
Jenama makanan basah kucing yang terakhir sekali adalah pastinya daripada royal canin. Royal canin mempunyai empat jenis makanan basah yang popular, kesemua makanan basah ini mempunyai fungsi yang berbeza antaranya adalah:
- Instinctive
- Kitten
- Intense beauty
- Sterilised
Anda boleh memilih jenis wet food mengikut keperluan semasa kucing anda. Tekstur makanan basah royal canin ini adalah berbentuk jelly dan mengandungi keperluan vitamin dan mineral untuk kucing. Ia menyokong kesihatan kulit dan bulu, sistem pencernaan, serta mengawal berat badan.
Pros
- Diet nutrisi yang lengkap dan seimbang
- Mengandungi vitamin dan mineral untuk kucing
Cons
- Harganya sedikit mahal
- Tidak sesuai jika diberi terlalu banyak
Akhir Kata
Terdapat banyak jenis jenama makanan kucing yang mengeluarkan pelbagai variasi makanan kucing di pasaran masakini. Rata-rata ramuan kucing ini mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral untuk keperluan semasa kucing peliharaan. Anda mestilah bijak dalam memilih jenama dan jenis makanan kucing agar sesuai dengan keperluan semasa kucing anda. Jika anda mencari makanan untuk anak kucing anda, boleh terus ke slot makanan anak kucing terbaik untuk rujukan lanjut. Semoga bermanfaat!