Table of Contents
Makanan kucing untuk gemuk adalah diperlukan untuk sesetengah jenis kucing. Jika kucing yang mengalami obesiti memerlukan diet yang seimbang untuk turunkan berat badan, lain pula jika kucing yang kekurangan berat badan @ kurus, ande perlu menyediakan diet harian yang betul untuk menaikkan berat badan kucing. Harus diingat kucing memerlukan body score yang ideal untuk kekal sihat, tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk @ obesiti. Rujukan gambar body score kucing.
Dari sudut kesihatan, kucing yang kurus ini adalah tanda kepada kondisi kesihatan yang tidak sihat. Jika penurunan berat badan ini berlaku dengan cepat dan mendadak, anda dinasihatkan untuk membawa kucing anda ke klinik veterinar berdekatan untuk rawatan lanjut. Selain itu, anda juga boleh merawat masalah kurus ini dengan menyediakan beberapa jenama makanan kucing untuk gemuk kepada kucing anda.
Punca Kucing Hilang Berat Badan @ Kurus
Seperti juga manusia, kucing juga akan mengalami masalah penurunan berat badan disebabkan beberapa faktor, samada disebabkan oleh penurunankan metabolisma badan atau disebabkan masalah kesihatan yang lain. Malah kurang selera makan itu adalah tanda yang paling biasa dilihat jika kucing anda sakit. Antara punca kucing hilang berat badan adalah seperti berikut:
- Kekurangan makanan harian
- Stress
- Kucing mengalami diabetes
- Parasit dalam usus
- Hyperthyroidism
- Jangkitan virus seperti FIP, FeLV, dan FIV
- Penyakit buah pinggang
- Cancer
- Luka pada bahagian mulut
- Neurologic
Purata berat badan ideal untuk kucing dewasa adalah 3 ke 4kg, jika kucing anda kehilangan berat badan sebanyak lebih dari 10% daripada berat ideal, sila hantar kucing anda ke veterinar untuk rawatan lanjut.
Jangan Gemukkan Kucing Anda Sesuka Hati
Harus diingat bawah kucing yang sihat adalah apabila ia mempunyai berat badan yang ideal, bukannya terlaku gemuk dan terlalu montel, jika ini berlalu kucing anda sebenarnya terlalu berat atau mengalami obesiti. Walaupun luaran dalam comel dan gemuk, tetapi kucing yang obesiti ini berisiko tinggi untuk menghidap masalah kesihatan yang serius seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, dan penyakit ginjal.
Terdapat juga sesetengah pemilik kucing yang inginkan kucing mereka gemuk dengan memberikan makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi. Cara ini adalah salah dan tidak bagus untuk kucing kerana ia memerlukan diet yang tinggi protein dan hampir tidak memerlukan karbohidrat. Pemberian roti dan nasi sebenar tidak bagus untuk kucing, anda hanya perlu berikan dalam jumlah yang kecil sahaja ataupun tidak perlu beri langsung itu lebih baik.
Cara Gemukkan Kucing Dengan Diet Makanan Yang Sihat
Bagi kucing yang berada pada peringkat underweight atau terlalu kurus, terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mengemuk kucing anda dengan cara yang sihat. Ini adalah satu cara rawatan yang anda boleh lakukan di rumah sebelum anda membawa kucing anda ke klinik veterinar.
Langkah awal yang anda wajib lakukan apabila mendapat kucing anda mengalami penurunan berat badan mendadak dan lesu adalah asingkan dahulu kucing tersebut ke sangkar individu @ sangkar kuarantin. Ini bagi memudahkan monitoring anda dan mengelakkan berlakunya penyakit berjangkit jika ada. Langkah susulan yang anda boleh lakukan adalah:
- Berikan jenama makanan berlainan – Sediakan lebih dari satu jenama makanan kering untuk kucing anda, kadang-kadang kucing mahu menukar selera lidah mereka.
- Tambah protein yang berkualiti – Banyakkan menggunakan sumber protein dari daging berbanding organ dalaman.
- Berikan wet food – Kucing lebih gemar memakan makanan basah, selang-selikan dengan makanan kering.
- Simpan dry food dengan baik – Makanan kering akan masuk angin dan tidak sedap jika telah masuk angin, kibble yang rosak ini kucing tidak mahu makan habis.
- Berikan makanan kucing berkala & banyak – Berikan kucing anda 2 ke 3 kali sehari dalam portion yang banyak.
Pemberian makanan yang tinggi protein dan lemak dalam jumlah yang banyak adalah kunci utama kucing anda lebih gemuk dengan sihat. Jika kucing anda masih enggan makan malahan jika makan ia muntah, itu adalah tanda kucing anda mengalami penyakit yang serius, rawatan di klinik vet terdekat adalah terbaik dalam situasi ini.
7 Jenama Makanan Kucing Untuk Gemuk Terbaik
Untuk membantu kucing anda menaikkan berat badan, anda memerlukan makanan yang mempunyai kandungan nutrisi minima 30% protein dan 15% lemak. Sebenarnya tidak sukar untuk mencari makanan kucing mempunyai nutrisi minima ini kerana banyak makanan kucing terkini sudah dibuat khas untuk membesarkan otot. Antaranya jenama yang popular dan terbaik adalah:
Taste Of The Wild Rocky Mountain Feline
Makanan kering kucing yang mempunyai protein tertinggi sekali adalah daripada Rocky Mountain. Ia adalah hasil ramuan daripada isi ikan salmon dan daging rusa. Ia juga mempunyai ramuan lain seperti sayuran dan buah-buahan untuk mengekalkan nutrisi yang seimbang kepada kucing anda.
Selain kandungan protein yang tertinggi, kibble ini juga mempunyai ramuan probiotik dan prebiotik untuk kesihatan sistem usus kucing. Turut serta adalah kandungan omega 3 dan 6 yang bagus untuk menyokong sistem organ kulit dan bulu. Jenama ini adalah yang paling lengkap untuk kesihatan kucing anda.
Jenis : Dry Food @ Makanan kering
Harga : Sekitar RM145/7kg
Umur Kucing : Semua peringkat umur
Nutrisi : Protein 42%, Lemak 18%, Serat 3%, Kelembapan 10%
Royal Canin Protein Exigent
Royal canin juga mempunyai makanan kucing khas untuk menaikkan berat badan kucing iaitu Protein Exigent. Jenis makanan kering ini dibuat khas untuk kucing yang cerewet memilih makanan harian, tetapi disebabkan ia mempunyai kandungan protein tinggi, maka ia turut bagus untuk menaikkan berat badan kucing.
Makanan kering ini sangat sesuai untuk kucing anda yang suka memilih atau cerewet dalam makanan harian. Tambahan sumber protein ini adalah daripada daging ayam yang digemari oleh kucing.
Jenis : Dry Food @ Makanan kering
Harga : Sekitar RM130/4kg
Umur Kucing : setahun ke atas
Nutrisi : Protein 41%, Lemak 15%, Serat 3%, Kelembapan 8%
Orijen Cat & Kitten
Makanan kucing untuk gemuk seterusnya adalah Orijen Cat & Kitten, jenama ini membawa keunikan dengan menghasilkan kibble yang diperbuat daripada haiwan liar. Sumber protein makanan kering ini adalah daripada ayam dan ayam belanda liar serta isi ikan laut. Maka sumber protein yang diperoleh adalah 100% daripada haiwan mangsa semulajadi.
Selain itu, komposisi kibble ini juga menggunakan 100% isi daging dan organ dalaman haiwan mangsa tadi, jadi ia betul-betul diformulasikan daripada daging haiwan semulajadi untuk kucing anda. Jenama orijen ini adalah salah satu jenama makanan premium kucing.
Jenis : Dry Food @ Makanan kering
Harga : Sekitar RM260/5kg
Umur Kucing : setahun ke atas
Nutrisi : Protein 40%, Lemak 20%, Serat 3%, Kelembapan 10%
Purina One Plus
Makanan kucing Purina adalah jenama yang dihasilkan dengan mematuhi arahan daripada doktor veterinar dalam bab diet kucing. Sehingga kini, jenama ini telah menghasilkan beberapa jenis makanan kucing mengikut keperluan semasa. Sumber protein kibble ini adalah daripada daging ayam belanda dengan komposisi sebanyak 42% protein.
Ia juga mempunyai L-carnitine dan SmartBlend khas untuk berfungsi sebagai pembakar lemak kucing yang berlebihan. Ia juga mempunyai ramuan seperti sayur-sayuran dan beberapa jenis vitamin untuk menyokong sistem organ kucing. Ia dibuat khas untuk kucing memperoleh berat badan yang ideal.
Jenis : Dry Food @ Makanan kering
Harga : Sekitar RM140/7kg
Umur Kucing : setahun ke atas
Nutrisi : Protein 42%, Lemak 9%, Serat 5%, Kelembapan 12%
Acana First Feast
Sebuah jenama makanan kucing premium yang boleh didapati di pasaran Malaysia. Protein di dalam kibble ini dihasilkan daripada sumber ayam, ayam belanda, dan juga telur. Selain itu, ia juga terkenal sebagai jenama yang tidak menggunakan bahan pengawet dan pewarna tiruan, jadi ia sesuai untuk kucing anda yang sensitif.
Makanan kering ini turut mempunyai omega 3 dan 6 yang bagus untuk pertumbuhan kulit dan bulu kucing. Kandungan bahan EPA dan DHA juga menjadikan kucing anda lebih aktif dan bijak. Walaupun dengan harga yang premium, makanan kering ini tetap terbaik untuk kesihatan kucing keseluruhannya.
Jenis : Dry Food @ Makanan kering
Harga : Sekitar RM70/2kg
Umur Kucing : setahun ke atas
Nutrisi : Protein 36%, Lemak 18%, Serat 4%, Kelembapan 10%
Whiskas Chicken with Salmon Wakame Seaweed in Gravy
Anda juga perlu selang-selikan makanan basah kepada kucing anda, ini kerana sesetengah kucing tiada selera jika makan makanan sama setiap hari. Jika ini berlaku, anda boleh berikan makanan basah yang tinggi protein kepada kucing anda. Antara wet food terbaik untuk tambah berat kucing ini adalah daripada whiskas chicken dan salmon.
Wet food ini mempunyai kandungan protein yang tinggi selain ia membekalkan air kepada kucing anda. Pastikan anda memberikan wet food ini 1 ke 2 kali seminggu sahaja, jika diberi berlebihan kucing anda akan mengalami cirit-birit.
Jenis : Wet Food @ Makanan basah
Harga : Sekitar RM2/unit
Umur Kucing : setahun ke atas
Nutrisi : Protein 8%, Lemak 5%, Serat 0.3%, Kelembapan 84%
Fussie Cat Premium Wet Food
Selain daripada whiskas, anda juga boleh menggunakan makanan basah daripada fussie cat premium. Keunikan jenama fussie cat ini adalah ia mempunyai ramuan lengkap untuk kucing sebagai haiwan karnivor iaitu tinggi protein dan rendah karbohidrat. Protein di dalam wet food ini juga adalah antara yang tertinggi berbanding wet food yang lain.
Ia hadir dengan pelbagai jenis sumber protein seperti ayam, sardin, tuna, salmon, dan mackerel untuk pilihan kucing anda. Untuk menaikkan berat badan, kami cadangkan anda memilih sumber protein daripada ayam kerana mempunyai protein yang bagus untuk tumbesaran otot kucing.
Jenis : Wet Food @ Makanan basah
Harga : Sekitar RM3/unit
Umur Kucing : setahun ke atas
Nutrisi : Protein 12%, Lemak 1.5%, Serat 0.5%, Kelembapan 84%
Akhir Kata
Dengan teknologi penghasilan kibble kini hampir semua makanan kucing sekarang mempunyai kandungan protein dan lemak yang tertinggi dalam nutrisi yang mana bagus untuk menaikkan berat badan kucing. Namun anda perlu bijak dalam pemilih jenama yang bagus kerana terdapat juga makanan kucing yang mempunyai jumlah karbohidrat dan bahan pengawet yang tinggi.
Senarai ini adalah antara jenama makanan kucing yang dipercayai sejak sekian lama dan mempunyai review positif dari pengguna di malaysia. Jika anda mempunyai bajet yang terhad anda boleh merujuk ke slot makanan kucing murah terbaik di Malaysia. Semoga bermanfaat!