anak kucing parsi

Anak Kucing Parsi | Tips Penjagaan

Tidak dinafikan anak kucing parsi adalah antara kucing yang popular sebagai kucing peliharaan yang berbulu lebat dan panjang. Kucing baka parsi ini adalah haiwan kesayangan bagi mereka yang mempunyai modal belanjawan yang tinggi kerana harga kucing parsi ini adalah mahal. Selain itu, kucing ini juga memerlukan banyak perhatian dan keperluan yang mana menjadikan ia haiwan yang hanya boleh dimiliki oleh golongan kayangan sahaja.

Harga Anak Kucing Parsi

Disebabkan kucing parsi ini adalah baka yang mahal, tidak ramai yang mampu untuk membelinya. Tetapi anda masih boleh mendapatkan kucing parsi ini dengan harga bawah RM1k jika anda membelinya pada usia sewaktu kecil. Namun harga ini masih bergantung kepada tahap kesihatan dan beberapa faktor seperti:

  • Baka asli atau kacuk
  • Sudah vaksin atau belum
  • Kesihatan semasa anak kucing

Ini adalah antara faktor yang boleh mempengaruhi harga anak kucing parsi. Anda juga perlu mengambil kira kos penyelenggaraan selepas pembelian kerana baka parsi ini memerlukan penjagaan yang rapi dan baik. Anda boleh membeli anak kucing parsi ini di Mudah.my

Penjagaan Anak Kucing Parsi

ruang tamu cantik

Bagi anda yang ingin membeli anak kucing parsi perlu diingat bahawa penjagaan kucing parsi ini tidak sama dengan kucing short hair. Bulu yang panjang dan lebat ini memerlukan penjagaan sejak usia kucing masih kecil lagi. Disini kami sertakan secara ringkas apa yang perlu dilakukan setiap hari untuk kucing parsi. 

  • Sikat bulu setiap hari
  • Bersihkan saluran pernafasan
  • Bersihkan tahi mata
  • Pemvaksinan 

Kesemua aktivit ini perlu dilakukan setiap hari ketika kucing parsi masih diusia muda. Ini kerana ia akan mewujudkan habit semulajadi pada kucing untuk menjaga kepersihan diri sehinggalah dewasa. Untuk lebih detail berkenaan cara grooming boleh terus ke slot info cara penjagaan kucing parsi

Kucing Parsi Hamil Berapa Lama

Seperti juga jenis kucing yang lain, kucing parsi juga mempunyai kitaran hamil selama 2 ke 3 bulan. Namun, disebabkan baka ini adalah jenis kucing yang manja dan lembut, anda perlu monitor ibu kucing anda semasa proses kelahiran bagi mengelakkan berlakunya:

  • Anak kucing lemas
  • Anak kucing sukar menyusu
  • Anak kucing tertindih di bawah ibu

Situasi ini boleh berlaku kepada ibu-ibu kucing parsi yang pertama kali melahirkan anak kucing. Disebabkan ia mempunyai bulu yang lebat, sebelum proses kelahiran berlaku anda mesti cukur @ gunting bulu pada bahagian puting ibu untuk memudahkan anak yang baru lahir mencari puting untuk menyusu.  

Kucing Parsi Kaki Pendek 

Pernah atau tidak anda melihat kucing yang berkaki pendek? Dan tahukah anda bahawa kucing parsi juga mempunyai kacukan genetik berkaki pendek. Kombinasi bulu lebat dan kaki pendek ini menjadikan kucing ini kelihatan lebih comel dan manja. 

Kucing kaki pendek ini berpunca daripada baka genetik yang menyebabkan ia mempunyai kaki yang pendek, atau dikenali dengan nama The Munchkin Cat. Manakala kucing parsi pula adalah baka berbulu lebat. Kacukan kedua-dua baka ini menghasilkan kucing parsi kaki pendek atau dikenali dengan nama Napoleon Cat. 

Ciri-ciri Napoleon Cat:

  • Mempunyai kaki yang pendek dan berbulu lebat
  • Mempunyai bentuk muka yang bulat
  • Mempunyai mata yang bulat
  • Boleh membesar sehingga 20cm
  • Boleh mencapai berat sehingga 2 ke 4kg

Seperti juga kucing parsi asli, napoleon cat juga mempunyai sifat yang manja dan mahukan perhatian. Tambahan disebabkan kakinya yang pendek menjadikan kucing ini memerlukan bantuan manusia dalam beberapa situasi. 

Gambar Anak Kucing Parsi

Anak Kucing Parsi
Anak Kucing Parsi
Anak Kucing Parsi

Senarai Item kucing & link Promo murah di Shopee.
Tekan link untuk semak harga. T&C

Cat Brush Grooming : https://shp.ee/psik9mm

Cat Nail Clipper : https://shp.ee/ha7un3d

Cat Trimmer : https://shp.ee/9fneqkm

Cat Dryer : https://shp.ee/77hixbm

Cat Cage : https://shp.ee/jnd6h2d

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Mempunyai anak kucing parsi yang comel dan manja adalah idaman bagi kebanyakan orang. Tambahan kucing parsi ini mempunyai sifat manja menjadikan ia seolah-olah sebahagian daripada ahli keluarga. Kelebihan membeli anak kucing parsi ini adalah ia boleh membesar dengan manja dan penuh kasih sayang serta mengenali anda sebagai tuannya. Nak lebih banyak info berkenaan kucing parsi? Boleh terus ke laman kucing parsi comel di dunia. 

error: Content is protected !!
Scroll to Top