kucing persia putih

Kucing Persia Putih Paling Cantik

Table of Contents

Warna kucing persia putih atau hitam adalah dua warna yang popular untuk kucing jenis parsi ini. Ramai peminat jenis kucing persia ini meminati satu warna full sahaja berbanding warna kombinasi. Ini mungkin disebabkan kucing berbulu lebat ini mempunyai bulu yang panjang dan tebal. Tambahan juga di grooming dengan betul bulu kucing ini akan nampak lebih berkilat dan bersinar. 

Kucing persia putih ini mempunyai perilaku yang manja dan lembut. Ia tidak gemar melompat seperti kucing lain dan lebih gemar menghabiskan masa untuk duduk dan tidur sahaja. Ternyata ia adalah sejenis kucing yang manja dan mahukan perhatian tuannya. Tambahan dengan bulunya yang putih menjadikan ia mudah untuk kelihatan kotor, jadi anda perlulah menyediakan alatan groom yang betul dan bagus.

Harga Kucing Persia Putih & Hitam

Harga kucing parsi ini berbeza mengikut jenis baka, jenis hidung, usia, dan warna. Jenis yang paling mahal mengikut warna sudah pastinya adalah jenis persia putih. Jika baka kucing parsi putih itu adalah baka tulin, yang pasti harganya adalah atas 1k++.

Bagi harga persia hitam pula ia hampir sama sahaja, cuma berbeza mengikut penjual dan ciri-ciri yang disebut di atas tadi. Terdapat juga kucing persia yang mempunyai warna kombinasi, dengan bulunya yang lebat dan panjang pastinya akan kelihatan cantik dan unik apabila dipandang. 

kucing persia putih
kucing persia putih

Bulu Kucing Persia Menggumpal

Salah satu masalah yang berlaku apabila memelihara kucing yang berbulu panjang dan lebat ini adalah ia memerlukan penjagaan yang rapi dan baik. Kondisi bulu kucing persia menggumpal akan berlaku jika tidak melakukan grooming dengan rutin dan betul. Jika ini berlaku apa yang anda perlu lakukan adalah:

  • Mandikan kucing, sekali setiap 4 ke 5 minggu
  • Sikat bulu kucing setiap hari
  • Periksa tapak kaki kucing, potong bulu yang panjang

Kucing adalah haiwan yang tahu untuk groom diri sendiri dengan menjilat dan membersihkan bulu pada badannya sendiri. Namun, bagi jenis berbulu lebih seperti persia ini anda perlu memberi bantuan kerana bulunya yang lebat berbanding jenis kucing bulu pendek. 

Kucing Persia Hitam Coklat

Kucing parsi hitam juga tidak kurang cantik dan uniknya, kucing ini mempunyai bulu yang berwarna hitam, terdapat juga baka yang mempunyai warna hitam gelap dan hitam coklat. Kucing persia hitam coklat dikatakan lebih cantik dan mendapat tempat berbanding jenis hitam gelap. Ini mungkin disebabkan bulunya yang kelihatan sedikit coklat dan nampak lebih unik. 

Untuk parsi ini disebabkan berwarna hitam, ia mungkin tidak mempunyai masalah jika terdapat sedikit kotoran pada bulunya. Namun anda masih perlu melakukan grooming kerana ia tetap memerlukan bantuan untuk mempunyai bulu yang sentiasa cantik dan kemas.

Senarai Item kucing & link Promo murah di Shopee.
Tekan link untuk semak harga. T&C

Cat Brush Grooming : https://shp.ee/psik9mm

Cat Nail Clipper : https://shp.ee/ha7un3d

Cat Trimmer : https://shp.ee/9fneqkm

Cat Dryer : https://shp.ee/77hixbm

Cat Cage : https://shp.ee/jnd6h2d

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Jika anda peminat kucing dan sedang mencari kucing persia untuk dijadikan kucing peliharaan. Anda boleh memilih warna kucing samada putih, hitam mahupun warna kombinasi persia ini. Yang paling penting adalah anda perlu melakukan aktiviti groom yang betul agar bulu kucing persia ini cantik dan terjaga. Nak tahu lebih banyak info berkenaan kucing parsi boleh terus ke laman anak kucing parsi.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top