cara buat makanan kucing

Cara Buat Makanan Kucing Sendiri

Cara buat makanan kucing macam mana yang paling sedap? persoalan ini sering timbul kepada mereka yang baru ingin mencuba untuk membuat resepi makanan kucing sendiri di rumah. Sebenarnya terdapat beberapa manfaat dan kelebihan membuat sendiri makanan kucing ini. Tambahan, dengan harga makanan kucing yang kian meningkat, membuat resepi makanan kucing untuk gemuk sendiri adalah pilihan terbaik untuk menjimatkan kos perbelanjaan makanan kucing anda.

Terdapat pelbagai jenis resepi dan cara buat makanan kucing ini, anda boleh sahaja google dan mencari di group-group facebook untuk mempelajari resepi membuat wet food kucing ini. Ada resepi yang menggunakan 3 bahan sahaja, dan ada pula resepi yang lebih advance dengan tambahan beberapa ubat dan vitamin untuk kucing lebih sihat. Nak tahu resepi yang terbaik? Teruskan membaca hingga habis ya…

Manfaat Membuat Makanan Kucing Sendiri 

Ternyata menyediakan sendiri makanan harian kucing mempunyai beberapa kebaikan untuk kucing dan juga anda sebagai pemilik kucing. Aktiviti ini boleh dilakukan bagi mereka yang mempunyai masa di rumah. Bagi anda yang tiada masa dan nak cepat, anda boleh menyediakan makanan kering untuk kucing anda. Berikut kami sertakan kebaikan anda peroleh jika menyediakan makanan sendiri makanan kucing anda. 

Tahu keperluan nutrisi kucing anda

Dengan membuat sendiri makanan kucing anda tahu keperluan nutrisi semasa setiap ekor kucing peliharaan anda. Ini kerana setiap kucing memerlukan jumlah protein dan lemak yang berbeza mengikut selera, baka, dan umur kucing. 

Selain itu, terdapat juga kucing yang sensitif apabila memakan kibble yang mempunyai bahan pengawet tinggi di dalamnya. Dengan membuat resepi sendiri anda boleh berikan makanan yang segar, sihat, dan 100% bebas pengawet untuk kucing anda.

Pemberian ubatan dan vitamin

Terdapat beberapa cara untuk memberikan ubatan dan vitamin kepada kucing anda. Salah satunya dengan campurkan bersama di dalam makanan yang dibuat sendiri. Cara ini terbaik kerana ada kucing yang cerewet tidak akan mahu memakan ubatan.

Anda boleh menggunakan makanan wet food yang dijual, tetapi masalah utama adalah kebanyakannya mengandungi pengawet yang tidak sesuai untuk dicampur bersama ubatan. Cara terbaik adalah dengan membuat resepi wet food sendiri.

Boleh sejuk beku

Bagi anda yang sering menyediakan wet food pastinya anda akan faham situasi ini. Ini kerana wet food yang dipaket dan ditin ini tidak boleh disimpan lama selepas dibuka walaupun di dalam peti sejuk. Ia perlu dihabiskan dengan segera dalam masa 2 hari sahaja dan jika disimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan wet food kering dan tidak sedap.

Berbeza jika anda membuat resepi sendiri, anda boleh mengolah bahan segar ini menjad paste dan gravy dan boleh disimpan di dalam peti sejuk dalam jangka masa lebih seminggu. Anda hanya perlu defrost untuk diberikan kepada kucing anda. Resepi makanan kucing ini terdapat di bawah artikel ini.

Aktiviti bersama keluarga

Membuat makanan kucing ini juga boleh menjadikan hubungan anda bersama kucing semakin rapat. Ini kerana, kucing juga sama seperti manusia yang memerlukan makanan yang dimasak. Kucing ini boleh dianggap sebagai anak dan sebahagian daripada ahli keluarga di dalam rumah.

Tambahan, aktiviti membuat makanan kucing ini boleh dijadikan sebagai aktiviti harian untuk ahli keluarga anda. 

Kos lebih jimat

Sedar atau tidak sebenarnya dengan membuat homade cat food ini anda akan lebih jimat berbanding membelinya di kedai. Ini kerana anda boleh mengolah bahan-bahan segar yang digunakan dengan harga yang murah, serta boleh disimpan lebih lama. Anda akan memperoleh makanan kucing yang segar dan sihat dengan kos yang rendah sahaja.

Bahan Segar Untuk Cara Buat Makanan Kucing

Untuk membuat makanan kucing ini anda memerlukan bahan-bahan segar untuk memenuhi keperluan diet kucing anda. Kucing adalah haiwan karnivor, jadi ia memerlukan jumlah protein yang lebih banyak berbanding nutrisi yang lain. Point yang penting juga untuk diingat adalah kucing tidak memerlukan karbohidrat yang banyak dalam diet harian.

Zat yang diperlukan oleh kucing:

  • Protein – Ayam, lembu, rusa, kambing, ikan laut
  • Amino acid
  • Fatty acid – Sumber omega 3 dan 6
  • Vitamin – Vitamin A, B-complex, C, D, E, & K
  • Mineral
  • Air

Karbohidrat tidak diperlukan untuk kucing, tetapi anda boleh memberikan sedikit karbohidrat ini untuk keseimbangan nutrisi kucing. Selain senarai ini, anda juga boleh menyediakan beberapa jenis ubatan yang diluluskan daripada vet untuk dicampur ke dalam makanan jika ingin diberikan kepada kucing yang mempunyai masalah kesihatan.

4 Resepi & Cara Buat Makanan Kucing Jimat 

Berikut kami kongsikan beberapa jenis resepi makanan kucing yang dikongsikan oleh warganet untuk rujukan anda. Perkongsian ini adalah melalui hantaran di facebook yang telah mendapat ratusan tanda suka dan komen dari warganet. Rata-rata resepi ini hanya menggunakan bahan yang ringkas dan murah sahaja. Jom sama-sama saksikan…

Makanan Kucing Untuk 3 Minggu
Kedit : Laila Muttaqin Norlela

Resepi ini sesuai untuk anda yang mempunyai banyak ekor kucing kerana ia boleh disimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh masa yang lama. 

Bahan-bahan:

  • Ayam dan ikan
  • Lobak @ labu
  • Agar-agar

Cara penyediaan:

  1. Rebus ayam dan ikan bersama-sama lobak hingga semua nya masak dan lembut. Asingkan tulang jika ada.
  2. Carikkan isi ikan dan ayam, dan masukkan ke dalam blender bersama-sama labu.
  3. Air rebusan tadi dibiarkan sejuk sekejap. Kemudian masukkan agar-agar, kacau hingga sebati. 
  4. Tuang ayam, ikan, dan lobak tadi ke dalam air rebusan, biarkan sejuk dan simpan di dalam peti sejuk.
  5. Anda akan mendapat makanan kucing bertekstur jelly untuk kucing anda.

Wet Food Untuk Stok Seminggu
Kredit : Siti Hawa

Resepi ini dikongsikan khas untuk anda yang nak membuat wet food untuk disimpan di dalam peti sejuk. Sukatan resepi ini boleh bertahan hingga seminggu di dalam peti sejuk untuk seekor kucing.

Bahan-bahan:

  • Seekor ayam 2kg
  • Sebiji labu 1kg
  • Agar-agar sepaket

Cara penyediaan:

  1. Rebus seekor ayam bersama-sama labu yang telah dipotong halus.
  2. Rebus seekor ayam terus kerana boleh mengeluarkan lemak semulajadi ayam ke dalam air rebusan
  3. Setelah ayam mulai lembut, tutup api, angkat dan carikkan ayam tadi untuk dikisar.
  4. Kisar bersama-sama potongan labu hingga sebati.
  5. Masukkan adunan ayam dan labu kisar tadi ke dalam air rebusan
  6. Campurkan agar-agar, panaskan sekejap agar ia sebati dengan air rebusan
  7. Tutup air, siap untuk dihidang.
  8. Simpan di dalam tupperware asing-asing untuk kegunaan kemudian hari. 
cara buat makanan kucing
cara buat makanan kucing

Resepi Makanan Kucing Untuk Gemuk 
Kredit : Tiara Liyana

Resepi makanan kucing untuk gemuk ini sedikit advance pada bahan yang digunakan. Ini kerana ia memerlukan anda untuk menambah supplimen vitamin untuk menambah selera kucing anda. 

**Anda boleh scroll ke bawah untuk menekan link promo Shopee untuk ke semua vitamin dan suplemen ini.

Bahan-bahan

  • 2 dada ayam
  • Daging 300 gram
  • Labu potong 3cm

Vitamin tambahan

  • Brewer Yeast & Telur – untuk kulit & bulu cantik
  • Salmon Oil & Virgin Coconut Oil – untuk bulu & antibodi
  • Susu Kambing – Untuk cepat besar
  • Transfer Factor – Untuk antibodi & cepat sembuh
  • Nutri- Plus Gel – Tambah selera makan

Cara penyediaan 

  1. Rebus ayam dan labu hingga lembut
  2. Blend daging mentah hingga hancur
  3. Masukkan ayam dan labu rebus tadi ke dalam blender dan kisar bersama.
  4. Masukkan vitamin supplement tadi apabila hendak beri makan kepada kucing.
  5. Boleh disimpan di dalam peti sejuk hingga 3 hari.
cara buat makanan kucing
cara buat makanan kucing

Resepi Makanan Kucing Ikan Rebus
Kredit : Rafidah Sadarudin

Jika kucing anda lebih gemar memakan daging ikan, resepi ini adalah terbaik untuk anda. Bahan utama yang digunakan adalah daripada sumber ikan sardin. Jom sama-sama mencuba.

Bahan-bahan

  • Ikan sardin 10 ekor
  • Carrot sebatang
  • Sayur bayam

Cara penyediaan

  1. Potong bahagian kepala ikan sardin, rebus bersama carrot dan bayam hingga lembut.
  2. Masukkan semua ke dalam blender, dan kisar bersama air rebusan tadi.
  3. Masukkan agar-agar ke dalam campuran ikan dan carrot yang baru dikisar tadi, panaskan semula untuk agar-agar sebati.
  4. Tutup api, sejukkan dan boleh diasingkan ke dalam bekas untuk disimpan ke dalam peti sejuk.

Senarai Item kucing & link Promo murah di Shopee.
Tekan link untuk semak harga. T&C

Blender Murah : https://shp.ee/n8kg39h

Tupperware Murah : https://shp.ee/c4qi28h

Brewer Yeast : https://shp.ee/ki77pah

Salmon Oil : https://shp.ee/gbngk6h

Virgin Coconut Oil : https://shp.ee/433ihah

Transfer Factor : https://shp.ee/qxyrjnh

Nutri- Plus Gel : https://shp.ee/2ff82wh

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Untuk membuat makanan kucing sendiri ini tidak sukar kerana ia hanya memerlukan 3 ke 4 bahan sahaja. Kami cadangkan anda menggunakan blender khas untuk membuat makanan kucing ini agar tidak bercampur dengan blender dapur anda. Anda juga perlu sediakan bekas @ tupperware untuk mengasingkan makanan tadi di dalam peti sejuk. Untuk lebih info berkenaan bekas makanan kucing boleh terus ke laman slot bekas makanan kucing. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top