makanan kucing premium terbaik

Makanan Kucing Premium Terbaik Di Malaysia

Adakah perlu makanan kucing premium terbaik untuk kucing kesayangan anda? Itulah persoalan yang mungkin terlintas dalam fikiran ramai peminat kucing, ini disebabkan makanan premium ini dijual dengan harga yang sangat mahal berbanding jenama makanan terbaik untuk kucing yang lain-lain. 

Malah terdapat juga makanan kucing premium terbaik yang dijual dengan harga 3 kali ganda dari harga makanan kucing biasa. Persoalannya mengapa ia terlalu mahal dan adakah makanan kucing jenama biasa ini tidak sesuai untuk kucing? Disini kami kongsikan semuanya info yang anda perlu tahu dan beberapa jenis makanan kucing kayangan ini untuk rujukan anda jika berminat. Terus membaca hingga habis ya. 

Kenapa Terdapat Makanan Kucing Yang Mahal?

Jawapan kepada persoalan ini adalah kerana makanan premium adalah sejenis makanan yang menggunakan sumber daripada bahan-bahan yang berkualiti untuk keperluan semasa kucing anda. Harus diingat bahawa makanan kucing di pasaran banyak yang menggunakan bahan campuran seperti jagung, beras, dan tepung untuk dijadikan kibble atau wet food, ini kerana bahan-bahan ini mudah didapati dan murah. Walaupun dijual dengan harga murah, dari segi nutrisinya ia tidak setanding dengan makanan premium yang menggunakan bahan mentah yang berkualiti. Antara sebab kenapa makanan premium mahal adalah:

  • Sumber protein tinggi
  • Bahan mentah dari daging asli yang berkualit (ayam, tuna, salmon, dll)
  • Tiada bahan pengawet
  • Tiada @ kurang garam
  • Tiada @ kurang tepung
  • Grain free
  • Mengandungi sumber pre dan probiotik
  • Mengandungi zat mineral dan vitamin yang tinggi
  • Mengandungi taurine untuk kesihatan organ mata kucing

Ini adalah perkara yang membezakan makanan premium dan bukan premium. Walaubagaimanapun, masih terdapat makanan kucing bukan premium yang mengekalkan sumber bahan mentah asli di dalamnya, anda perlu bijak adalah memilih jenama makanan kucing ini. 

Kelebihan utama makanan kucing mahal adalah ia tidak menyebabkan kucing anda terlalu gemuk @ obesiti. Ini kerana ia mengandungi protein tinggi yang berkualiti yang mana diperlukan oleh tubuh dan organ kucing agar kucing lebih aktif. Berbeza dengan kibble yang mengandung tinggi karbohidrat boleh menyebabkan kucing anda gemuk dan pasif. Selain itu, kurang protein juga boleh menyebabkan kucing anda mudah terkena penyakit disebabkan lemah imun badan. 

Sumber Protein Makanan Kucing Premiun Terbaik

Kucing adalah sejenis haiwan karnivor, oleh sebab itu makanan kucing mestilah mempunyai kandungan protein yang tinggi berbanding nutrisi yang lain. Bagi makanan kucing premium anda tidak perlu risau kerana makanan kucing mahal ini pastinya mempunyai kandungan protein yang tinggi berbanding zat lain. 

Terdapat banyak jenis sumber protein yang boleh digunakan untuk membuat makanan kucing ini, sumber protein ini boleh didapati daripada tumbuhan dan haiwan. Protein dari sumber haiwan adalah yang diperlukan dalam diet kucing anda. Namun, harus diingat sumber protein dari daging haiwan adalah yang paling terbaik. Ini kerana terdapat makanan kucing yang menggunakan protein dari organ dalaman haiwan yang mana kurang sesuai untuk kucing anda. 

8 Makanan Kucing Premium Terbaik Di Malaysia

Berikut kami kongsikan beberapa jenis jenama makanan kucing premium yang boleh anda dapati di pasaran Malaysia. Makanan kucing kayangan ini anda boleh dapati dalam bentuk makanan kering dan juga makanan basah. Kami cadangkan anda menyediakan kedua-dua dry dan wet food untuk diberikan secara selang seli kepada kucing anda setiap minggu.  

Setiap makanan premium ini mempunyai kandungan nutrisi dan cara pemberian yang berbeza, kami cadangkan anda membaca label dan arahan yang disediakan kerana cara pemberian terbaik makanan premium ini perlu mengikut arahan yang diberikan. 

Hill’s Science Diet Adult Chicken

Hill’s science adalah sebuah jenama makanan kucing premium yang popular, jenama ini mempunyai beberapa jenis lagi makanan kucing yang dihasilkan bagi memenuhi permintaan pasaran. Ia juga salah satu jenama yang dipercayai terbaik untuk kucing kesihatan kucing anda.

Setiap jenis makanan kucing premium ini akan dinilai melalui ramuan tertentu untuk memenuhi keperluan kucing anda. Kunci utama makanan kucing ini adalah membekalkan tenaga sepanjang hari agar kucing kekal aktif dn sihat. Rata-rata makanan jenama Hill ini mempunyai protein minima 35%, antara yang tinggi dalam kalangan jenama makanan kucing.

Pros

  • Tinggi kandungan protein
  • Nutrisi seimbang untuk kucing meningkat dewasa
  • Sumber vitamin untuk bulu dan kulit

Cons

  • Kurang kandungan serat
  • Harga mahal dan premium

Carnilove Salmon Sensitive & Long Hair

Salah satu makanan premium free grain dan free potato, ia sesuai untuk kucing dewasa yang mempunyai masalah allergic. Ramuan kibble ini mengandungi bahan anti-inflamasi terutamanya pada kulit dan bulu kucing, fungsi anti-inflammatory ini bagus untuk merawat sebarang jenis cedera dan keradangan terutamanya pada kulit kucing. 

Ia juga diperbuat daripada daging ikan salmon yang membekalkan sumber protein dan omega 3 kepada kucing anda. Ikan salmon ini bagus untuk kucing yang mengalami masalah usus sensitif, ditambah pula dengan formulasi herba dan sayuran menjadikan ia makanan kering kucing yang terbaik untuk kucing sensitif. 

Pros

  • Tinggi kandungan protein
  • Sumber dari ikan salmon
  • Tanpa pengawet dan garam
  • Bagus untuk kucing sensitif

Cons

  • Harga mahal premium
  • Khas untuk baka kucing bulu lebat

Taste Of The Wild Rocky Mountain

Jenama taste of the wild rocky mountain ini adalah makan kucing kering premium yang mempunyai kandungan protein yang tertinggi sekali iaitu 42%. Sumber protein ini adalah daripada daging haiwan iaitu ikan salmon, ayam, dan ikan laut. Bukan itu sahaja ia juga mempunyai ramuan pre dan probiotik untuk kesihatan usus kucing anda.

Secara keseluruhannya, makanan ini sesuai untuk kucing usia dewasa terutamanya kucing baka bulu lebat kerana ia memerlukan protein yang banyak dalam diet harian. Selain itu, ia turut mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kucing.

Pros

  • Sumber pro dan prebiotik
  • Kandungan protein paling tinggi

Cons

  • Harga premium @ mahal
  • Rendah serat

Brit Premium Adult

Jenama makanan brit premium mempunyai keunikan dengan menawarkan makanan kucing premium pada harga separa premium. Yang menariknya ia masih mengekal keperluan utama kucing iaitu kandungan protein tinggi sebanyak 38%. Malah terdapat dua jenis makanan kering premium iaitu dari sumber ayam dan sumber ikan salmon.

Ia turut mempunyai nutrisi yang seimbang untuk kucing anda, yang pastinya jika anda sedang mencari makanan tinggi protein pada harga mampu beli maka jenama brit adalah pilihan terbaik untuk anda.

Pros

  • Tinggi protein
  • Harga separa premium
  • Ada pilihan ayam dan salmon

Cons

  • Kurang serat dan perlu diselang-selikan makanan basah

Iams Proactive

Sebuah makanan premium kucing yang popular di seluruh dunia Iams Proactive. Makanan kucing premium ini mempunyai banyak jenis makanan mengikut umur dan jenis baka kucing. Yang paling popular adalah jenis makanan kering untuk kucing dewasa. Uniknya kibble ini adalah ia diperbuat daripada sumber bahan basah daging ayam dan daging turkey. 

Selain kandungan protein untuk tumbesaran otot, ia juga mempunyai kandungan serat untuk melancarkan sistem pencernaan terutamanya jika kucing anda tertelan bulu. Makanan sesuai untuk semua jenis baka kucing terutamanya jenis baka berbulu lebat kerana mempunyai khasiat merawat kulit dan bulu kucing. 

Pros

  • Sumber dari daging ayam dan turkey
  • Bagus untuk kesihatan kulit dan bulu kucing

Cons

  • Kandungan protein standard (30%)
  • Harganya premium

Purina One Adult

Selain jenama Iams Proactive, Purina One juga mempunyai makanan kering yang berasaskan daripada daging ayam dan juga turkey. Ia mengandungi kandungan protein yang tinggi iaitu 34% dalam setiap kibble. Selain itu, terdapat juga sumber protein yang diperoleh daripada ikan laut seperti tuna untuk pilihan anda sebagai pembeli.

Pros

  • Protein yang tinggi
  • Sumber vitamin dan mineral

Cons

  • Harganya premium

Monge Adult Dry Cat Food

Jenama monge adalah jenama makanan kucing premium khas untuk golongan kayangan sahaja. Ini kerana ia dijual dengan harga yang paling mahal di dalam senarai kami sediakan ini. Makanan keringnya mempunyai purata kandungan protein sebanyak 34% dan ditambah dengan keperluan vitamin dan mineralnya yang seimbang untuk kucing. Jenama ini juga mempunyai makanan khas untuk ibu dan anak kucing yang berumur sebulan. Ia juga popular dengan variasi makanan kucing basah keluarannya.

Pros

  • Tinggi kandungan protein
  • Kaya vitamin dan mineral

Cons

  • Harga terlalu mahal

Purina Pro Plan

Ini pula adalah makanan basah premium terbaik yang kami cadangkan. Ia adalah daripada jenama makanan premium yang popular iaitu Purina. Sama juga seperti jenama lain, makanan basah purina pro plan ini mempunyai beberapa jenis mengikut nutrisi yang diperlukan oleh kucing. Keunikan utama premium wet food ini adalah ia tidak menggunakan sebarang jenis pewarna , perisa dan pengawet.

Secara keseluruhan, wet food ini kaya dengan air dan serat yang membantu sistem pencernaan untuk menyerap zat nutrisi daripada makanan yang dimakan. Selain itu, ia juga sesuai untuk diberikan kepada kucing yang mempunyai masalah sensitif pada sesetengah makanan.

Pros

  • Tinggi protein, serat, dan air
  • Tanpa pengawet
  • Sesuai untuk kucing sensitif

Cons

  • Harganya mahal

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Setiap jenama makanan kucing premium ini turut mempunyai variasi makanan basah dan makanan kering. Anda boleh menekan butang shopee yang disediakan untuk semakan jenama produk yang berkaitan. Secara keseluruhannya, ternyata makanan kucing premium ini mempunyai perbezaan dari segi khasiatnya untuk kucing. 

Oleh itu, jika anda mempunyai modal yang banyak tidak salah untuk memberikan makanan mahal ini kepada kucing anda agar lebih sihat dan aktif sepanjang masa. Anda mempunyai kucing baka bulu lebat yang mengalami masalah bulu gugur? Boleh terus ke slot Makanan Kucing Yang Bagus Untuk Bulu Gugur untuk rujukan lanjut.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version