Table of Contents
Anda mencari makanan kucing untuk bulu gugur kepada kucing anda? Ya ada, kini terdapat makanan kucing samada dalam bentuk kering atau basah yang diformulasikan dengan ramuan untuk merawat masalah bulu kucing. Menyedari kucing sering mengalami masalah bulu gugur, jenama-jenama makanan kucing ini mengambil inisiatif untuk menghasilkan jenis makanan yang khas untuk kesihatan kulit dan bulu agar kucing lebih sihat dan cantik.
Masalah bulu gugur (alopecia) atau bulu bergumpal ini sangat kerap berlaku kepada semua jenis baka termasuklah kucing baka bulu lebat mahupun kucing kampung biasa. Anda sebagai pemilik kucing pastinya resah jika masalah bulu gugur ini berlaku kerana ia boleh menyebabkan kediaman anda cepat kotor dengan sisa bulu kucing yang jatuh. Tambahan, sisa bulu ini akan menyebabkan allergic kepada manusia seperti kerap bersin dan gatal pada kulit.
Punca Bulu Kucing Gugur
Bulu gugur adalah suatu yang normal pada kucing, namun jika ia berlaku dalam jumlah yang banyak dan berpanjangan ia adalah tanda kucing anda sedang mengalami masalah pada kesihatannya. Masalah bulu kucing gugur ini adalah berpunca daripada beberapa sebab, oleh yang demikian anda sebagai pemilik kucing mestilah tahu untuk mengenalpasti punca-punca bulu kucing gugur ini agar mudah untuk membuat rawatan dan mengelak daripada ia berlaku. Antara punca bulu kucing gugur adalah:
- Jangkitan fungi dan parasit, seperti ringworm dan kutu.
- Alahan terhadap makanan, terutamanya makan baru dan terdapat bahan pengawet.
- Hyperthyroidism
- Kurang nutrisi dalam diet harian
- Kucing stress
Jika masalah bulu gugur ini berpanjangan sehingga 4 ke 5 hari atau ia semakin teruk, kami cadangkan anda perlu membawa kucing anda ke klinik veterinar berdekatan untuk rawatan lanjut. kondisi semakin teruk ini berkemungkinan tanda awal kucing anda mempunyai masalah penyakit yang serius.
Tanda Kucing Mengalami Masalah Bulu Gugur
Terdapat beberapa tanda kucing anda sedang mengalami masalah bulu gugur. Tanda-tanda ini berbeza mengikut punca kenapa ia berlaku. Antara simptom-simptom bulu gugur adalah seperti berikut:
- Kucing kerap menjilat bulunya
- Terdapat tompok botak pada badan kucing
- Kucing lemah dan tidak bermaya
- Kucing mengalami demam
- Kucing anda kerap muntah bulu
Ini adalah antara tanda-tanda kucing anda mengalami masalah pada bulunya. Jika dilihat bulu gugur ini juga adalah tanda kepada masalah penyakit yang lebih serius. Jika kucing anda menunjukan sign ini cepatlah membawa kucing anda ke klinik veterinar berdekatan.
9 Makanan Kucing Untuk Bulu Gugur Di Malaysia
Bulu kucing gugur juga boleh berlaku disebabkan faktor diet harian yang salah, ini kerana pemberian makanan yang betul dan sihat boleh membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh kucing anda. Kucing memerlukan nutrisi berikut untuk kesihatan bulunya:
- Protein yang berkualiti
- Fatty acid
- Omega 3 dan 6
Zat-zat nutrisi ini diperlukan untuk memberikan sokongan kepada kesihatan kulit dan bulu kucing. Selain itu, makanan kucing yang mengandungi bahan proses tidak terkawal seperti garam dan pengawet adalah penyebab utama kucing mengalami bulu gugur. Berikut kami kongsikan beberapa jenis makanan kucing terbaik untuk bulu gugur. Makanan ini juga sesuai dijadikan makanan kucing untuk bulu lebat jika anda memelihara baka bulu lebat. Senarai ini terdapat dry dan wet food kucing.
ProDiet Adult & Senior Dry Food
Prodiet adalah jenama makanan kucing yang popular di malaysia. Ia menghasilkan banyak jenis makanan kering dan basah kucing mengikut peringkat umur kucing. Yang bagusnya rata-rata makanan kering untuk dewasa ini bagus dalam memenuhi keperluan nutirisi kulit dan bulu kucing.
Makanan untuk kucing berumur adult dan senior yang diperbuat daripada daging ikan laut @ ocean fish adalah yang paling terbaik kerana ia menyokong kesihatan bulu kucing. Selain itu, kibble prodiet ini juga kurang berbau daripada kibble jenama lain jadi ia mesra untuk disimpan di dalam rumah.
Jenis : Kibble @ makanan kering
Harga : Sekitar RM70/8kg
Umur Kucing : 5 bulan ke atas
Nutrisi : Protein 32%, Lemak 9%, Serat 5%, Kelembapan 10%
Whiskas Adult Cat Dry Food
Jenama whiskas adalah nama makanan yang popular dan dipercayai di Malaysia, jadi anda boleh menggunakan jenama ini tanpa was-was. Ia mempunyai pelbagai jenis makanan kering dan basah pengikut peringkat umur dan keperluan semasa kucing. Untuk kesihatan kulit dan masalah bulu gugur, whiskas Adult Dry Food adalah yang paling sesuai.
Terdapat tiga jenis sumber protein yang terdapat pada makanan kering kucing dewasa ini iaitu daging lembu, daging ayam, dan ikan. Sumber protein dari daging ikan adalah yang paling sesuai untuk merawat masalah bulu gugur. Jenama whiskas ini terkenal dengan kandungan proteinnya yang berkualiti dari daging haiwan.
Jenis : Kibble @ makanan kering
Harga : Sekitar RM30/3kg
Umur Kucing : Setahun ke atas
Nutrisi : Protein 31%, Lemak 9.5%, Serat 6%, Kelembapan 12%
Cindy’s Recipe Naturelle Holistic Chicken & Salmon
Salah satu jenama makanan premium yang terbaik untuk kucing anda, cindy recipe juga mempunyai makanan yang bagus untuk kesihatan kulit dan bulu. Antara jenis makanan kering yang bagus untuk bulu adalah natural holistic perisa chicken dan salmon. Makanan ini mengandungi sumber protein dari campuran daging ayam dan ikan salmon.
Sumber ikan salmon inilah yang membekalkan nutrisi untuk merawat masalah bulu gugur pada kucing. Selain itu, ia juga kaya dengan vitamin dan mineral untuk menyokong sistem imun kucing. Kekurangan utama jenama ini adalah ia dijual dengan harga premium dan tidak semua orang mampu untuk memilikinya.
Jenis : Kibble @ makanan kering
Harga : Sekitar RM130/7kg
Umur Kucing : Setahun ke atas
Nutrisi : Protein 33%, Lemak 16%, Serat 4%, Kelembapan 10%
Royal Canin Hair & Skin
Royal canin adalah jenama yang popular dan mempunyai banyak jenis makanan kering dan basah untuk keperluan semasa kucing anda. Menyedari keperluan nutrisi untuk kulit dan bulu kucing ini, royal canin menghasilkan produk makanan khas untuk merawat bulu iaitu Royal Canin Hair & Skin.
Jika kucing anda mempunyai masalah bulu gugur yang disebabkan diet harian, anda mesti menukar kepada makanan hair dan skin ini kerana ia mempunyai keperluan vitamin, amino acid, dan paling penting omega 3 dan 6. Selain itu, ia mempunyai mineral yang bagus untuk menyokong sistem pencernaan kucing anda.
Jenis : Kibble @ makanan kering
Harga : Sekitar RM75/2kg
Umur Kucing : Setahun ke atas
Nutrisi : Protein 33%, Lemak 22%, Serat 5%, Kelembapan 6%
Avoderm Salmon Entre In Consomme
Untuk pemberian makanan basah, antara jenama yang terbaik untuk merawat masalah bulu gugur ini adalah avoderm salmon, ia adalah jenama makanan premium yang boleh didapati di Malaysia. Terdapat beberapa jenis lagi avoderm wet food yang sesuai, namun jenis sumber daripada ikan salmon ini adalah yang paling terbaik.
Ini kerana ia adalah sumber omega 3 yang paling banyak berbanding ikan-ikan lain. Ia juga mengandungi vitamin, mineral, amino asid, dan fatty asid yang bagus untuk organ dalaman kucing. Ia juga adalah makanan kucing free grain, jadi ia selamat untuk kucing yang alergi terhadap makanan.
Jenis : Wet Food @ Makanan basah
Harga : Sekitar RM6/tin
Umur Kucing : 5 bulan ke atas
Nutrisi : Protein 13%, Lemak 2%, Serat 1%, Kelembapan 82%
Misha Dry Cat Food
Makanan kucing untuk bulu lebat seterusnya adalah daripada jenama misha cat food. Makanan kucing misha ini mempunyai pelbagai jenis dry dan wet food untuk pilihan kucing anda. Rata-rata makanan keringnya mengandungi kandungan omega 3 dan 6 yang tinggi, oleh yang demikian ia bagus untuk kesihatan bulu kucing anda.
Makanan kering ini diperbuat daripada pelbagai jenis sumber daging seperti ayam, tuna, daging kambing, dan haiwan laut. Ia juga tidak menggunakan sebarang jenis pewarna tiruan dan garam tambahan, jadi ia sesuai untuk kucing yang alergi.
Jenis : Dry Food @ Makanan kering
Harga : Sekitar RM60/8kg
Umur Kucing : 5 bulan ke atas
Nutrisi : Protein 32%, Lemak 15%, Serat 4%, Kelembapan 8%
Brit Care Cat Hair & Skin
Brit turut mempunyai makanan kering premium khas untuk merawat masalah kulit dan bulu pada kucing. Ramuan kibble ini dihasilkan daripada sumber protein berkualiti iaitu daging ayam dan isi ikan salmon yang kaya dengan sumber omega 3 dan 6. Selain itu, ia turut mempunyai ramuan pre dan probiotik untuk keperluan organ pencernaan kucing anda.
Makanan kucing mahal ini tidak menggunakan sebarang jenis pewarna tiruan, pengawet, GMO dan ia free grain, jadi ia bagus untuk kucing yang ada masalah bulu gugur disebabkan allergic dengan bahan proses dalam makanan. Jenama ini pastinya dijual dengan harga premium di pasaran Malaysia dan antarabangsa.
Jenis : Dry Food @ Makanan kering
Harga : Sekitar RM130/7kg
Umur Kucing : 5 bulan ke atas
Nutrisi : Protein 31%, Lemak 16%, Serat 4%, Kelembapan 10%
Molly Cat Shiny Hair
Jenama makanan premium yang mengeluarkan produk kibble khas untuk merawat masalah kulit dan bulu kucing anda. Molly mempunyai beberapa lagi produk kibble khas untuk keperluan semasa kucing anda. Ramuan shiny hair ini menggunakan bahan yang mengandungi vitamin dan amino acid serta omega 3 dan 6 untuk tumbesaran kulit dan bulu.
Ia juga kaya dengan pre dan probiotik untuk kesihatan saluran usus kucing anda. Ia juga antara jenama makanan kucing yang menggunakan ramuan grain yang rendah, maka ia sesuai untuk kucing yang sensitif.
Jenis : Dry Food @ Makanan kering
Harga : Sekitar RM30/2kg
Umur Kucing : Setahun ke atas
Nutrisi : Protein 34%, Lemak 16%, Serat 3%, Kelembapan 8%
Taste Of The Wild Rocky Mountain Feline
Bagi peminat kucing pastinya sinonim dengan nama makanan ini kerana ia adalah produk makanan kucing yang mempunyai kandunga portein paling tinggi iaitu 42%. Kandungan protein yang tinggi ini diperbuat daripada sumber daging ikan salmon sebenar. Ramuan ini turut mempunyai kandungan zat lain seperti serat dan vitamin daripada buah dan sayuran segar.
Produk kibble ini sesuai diberikan kepada semua peringkat umur kucing untuk tumbesaran kulit serta bulunya. Sumber isi ikan salmon memberikan makanan kering ini omega 3 dan 6 yang terbaik untuk menyokong keperluan organ kulit kucing.
Jenis : Dry Food @ Makanan kering
Harga : Sekitar RM145/7kg
Umur Kucing : Semua peringkat umur
Nutrisi : Protein 42%, Lemak 18%, Serat 3%, Kelembapan 10%
Akhir Kata
Senarai makanan kucing untuk bulu gugur ini adalah antara produk makanan kucing yang bagus untuk merawat masalah pada organ kulit serta bulunya. Makanan kering atau kibble adalah yang terbaik untuk kucing anda, tapi anda boleh menggunakan pilihan wet food yang diberikan sebagai makanan sampingan untuk selera kucing anda.
Makanan adalah antara faktor yang menyebabkan berlakunya masalah kulit gugur ini, oleh sebab itu pemilihan makanan yang betul dan sesuai dengan kesihatan semasa kucing anda perlu kerana ia adalah sumber pengambuilan zat harian. Dengan diet yang seimbang dan nutrisi yang cukup ini boleh menyokong sistem imun badan untuk lebih kuat dan cepat sembuh. Anda nak sihat anda sihat dan gemuk? Boleh terus ke laman makanan kucing untuk gemuk. Semoga bermanfaat!