Makanan Terbaik Untuk Kucing British Shorthair

Makanan Terbaik Untuk Kucing British Shorthair

Apakah makanan terbaik untuk kucing british shorthair yang boleh didapati di Malaysia? Baka british shorthair adalah salah satu makan kucing yang popular di seluruh dunia. Ia juga sangat diminati ramai di malaysia, dikatakan baka asli british shorthair ini mempunyai harga yang boleh mencecah RM5000 seekor. 

Kucing ini mempunyai ciri fizikal yang sedikit berbeza berbanding kucing biasa. Salah satunya adalah ia mempunyai otot badan yang “solid” dan tebal, ia mempunyai bulu yang pendek tetapi tebal berbanding kucing biasa.

Apakah Makanan Terbaik Untuk Kucing British Shorthair?

Anda yang memelihara kucing baka ini pasti tertanya apakah makanan yang sesuai untuk kucing british shorthair anda. Ini kerana ia adalah salah satu baka kucing indoor yang manja dan cerewet dengan makanan hariannya. Disini kami terdapat sedikit info berkenaan makanan yang paling terbaik untuk diberikan kepada baka british shorthair ini. Baca hingga habis ya..

Keperluan Nutrisi Kucing British Shorthair

Apabila bercakap mengenai keperluan nutrisi kucing baka british shorthair ini sama sahaja berbanding kucing indoor yang lain. Untuk menyokong sistem badan kucing agar sihat dan tahan penyakit, ia memerlukan kandungan protein lebih banyak berbanding zat lain. Tambahan, protein yang diperlukan hendaklah daripada sumber haiwan dan bukannya daripada sumber tumbuhan.

Keperluan Nutrisi Kucing British Shorthair adalah:

  • Protein (ayam, ikan, daging)
  • Lemak
  • Serat (sayuran dan buahan)
  • Air

Oleh demikian, anda perlu menyediakan hidangan harian yang kaya dengan protein untuk kucing anda. Untuk kibble pastikan kandungan protein adalah lebih daripada 31% daripada komposisi zat yang lain. 

Terdapat juga jenama makanan kucing yang khas dibuat untuk kucing british shorthair ini. Ramuan kibble ini dibuat khas hanya untuk diberikan kepada kucing baka british shorthair sahaja. Berikut kami kongsikan beberapa jenis jenama makanan kucing yang tinggi protein untuk baka BSH anda.

Royal Canin British Shorthair

Makanan Terbaik Untuk Kucing British Shorthair

Jenama makanan untuk british shorthair yang paling terbaik kami cadangkan adalah daripada royal canin iaitu royal canin british shorthair. Makanan kering ini dibuat daripada ramuan khas untuk memenuhi keperluan nutrisi kucing british shorthair anda. 

Disebabkan kucing baka BSH ini mempunyai otot dan bulu yang tebal, maka pengambilan protein yang tinggi daripada sumber haiwan sebenar adalah mesti. Ramuan kibble ini memenuhi semua nutrisi yang diperlukan oleh baka BSH anda. Tambahan, ia juga mempunyai beberapa kebaikan khas untuk menyokong kesihatan tubuh badan kucing anda. 

Jenis : Dry food @ Makanan kering

Harga : Sekitar RM80/2kg

Umur Kucing : 12 bulan ke atas

Nutrisi : Protein 34%, Lemak 19%, Serat 6%, Kelembapan 6%

Taste Of The Wild Rocky Mountain Feline 

makanan terbaik untuk kucing

Selain royal canin, jenama makanan kucing Taste of Wild Rocky Mountain Feline juga sesuai untuk baka BHS. Jenama ini sangat popular dengan kandungan protein paling tinggi berbanding jenama lain. 

Tambahan, sumber proteinnya juga adalah campuran daripada isi ikan salmon liar dan juga daging rusa yang dibakar. Ramuan ini pastinya boleh membekalkan tenaga kepada kucing BSH anda sepanjang hari. Selain itu, ia juga turut mempunyai ramuan untuk menyokong kesihatan organ kucing anda. 

Jenis : Dry Food @ Makanan kering

Harga : Sekitar RM145/7kg

Umur Kucing : Semua peringkat umur

Nutrisi : Protein 42%, Lemak 18%, Serat 3%, Kelembapan 10% 

Vitamin & Supplement Untuk Kucing

Makanan yang berkualiti adalah kunci utama kepada kesihatan kucing baka british shorthair, oleh sebab itu kini terdapat banyak alternatif vitamin dan supplement yang anda boleh berikan kepada kucing anda. Tambahan jika kucing anda adalah daripada baka kucing indoor yang mana memerlukan penjagaan yang rapi dan cerewet dalam pemilihan makanan.

Pemberian suplemen kepada kucing anda adalah alternatif yang bagus kerana ia membekalkan keperluan nutrisi yang tidak ada pada makanan kering @ kibble. Selain itu, kini terdapat suplemen yang mempunyai ramuan pre dan probiotik untuk menyokong kesihatan perut dan usus kucing. Antara kebaikan suplemen adalah:

Kebaikan supplement

  • Sumber vitamin dan mineral
  • Sumber asid lemak seperti omega 3 dan 6
  • Sumber pro dan prebiotik

Walaupun bagus untuk kucing, terdapat juga supplimen yang tidak bagus untuk kesihatan kucing. Anda dinasihatkan agar elakkan memberi bahan tambahan ini di ke dalam makanan kucing anda. Antaranya adalah

Keburukan supplement

  • Jangan letak bawang putih & bawang
  • Kalsium berlebihan toksik untuk kucing
  • Vitamin D berlebihan toksik untuk kucing
  • Vitamin C berlebihan akan merangsang urik asid pada kucing

Bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan disebabkan pengambilan berlebihan, anda disarankan untuk mendapatkan rujukan dr vet berdekatan anda. Atau anda boleh membaca label pada bekas supplement yang anda beli, pastikan anda ikuti arahan yang disediakan. 

7 Jenis Suplemen Untuk Kucing Anda

Berikut kami sertakan beberapa jenis suplemen yang anda boleh berikan selain daripada makanan kering untuk kucing british shorthair anda. Perkongsian ini adalah daripada Kucing BSH Chef Ina yang turut kongsikan bahan suplemen yang digunakan untuk kucing BSH miliknya.

Dalam senarai ini terdapat pilihan menggunakan bahan basah dan juga produk suplemen yang anda boleh beli di Shopee. Jika anda mahu lebih jimat, kami cadangkan anda dapatkan suppliment yang dijual kerana ia selamat digunakan dan mempunyai arahan dos penggunaan agar tidak berlebihan dan menyebabkan kesan sampingan pada kucing british shorthair anda. 

Makanan Terbaik Untuk Kucing British Shorthair
Makanan Terbaik Untuk Kucing British Shorthair

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Bagi anda yang bercadang untuk memiliki kucing indoor baka british shorthair ini bolehlah menyediakan senarai makanan seperti yang dicadangkan bagi memudahkan anda di kemudian hari. Harus diingat, baka BHS ini memerlukan makanan yang berharga premium di pasaran, jadi anda perlu mempunyai kewangan yang baik untuk memiliki kucing BSH ini. Anda peminat kucing hutan? Boleh terus ke laman info Kucing Hutan Malaysia. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top