Table of Contents
Kucing adalah haiwan yang diibaratkan seperti keluarga sendiri bagi pecinta haiwan peliharaan ini. Ditambah lagi dengan hadir kelahiran baru sudah pastinya memberi rasa seronok serta kasih sayang sesama ahli keluarga. Di dalam artikel ini kami kongsikan pantang larang anak kucing baru lahir yang mesti diketahui.
Elakkan Keadaan Sejuk
Bagi mereka yang biasa dengan kelahiran anak kucing ini sudah pasti tahu akan pantang larang anak kucing yang baru lahir ini. Antara yang paling utama adalah elakkan anak kucing terdedah dengan keadaan yang sejuk dan pastikan kucing berada dalam keadaan yang dingin.
Hal ini kerana anak kucing baru lahir boleh mati kesejukan ataupon dipanggil hypothermia. Anak kucing ini mempunyai kulit dan bulu yang masih nipis dan kurang lemak, maka jika terdedah dengan sekeliling yang sejuk dalam jangka masa yang lama akan mengganggu daya tahan suhu pada tubuh kucing.
Pastikan anda menyediakan tempat yang dingin untuk anak kucing terutamanya anak kucing yang lahir tanpa ibu kerana ia tidak tahu untuk mencari tempat suhu yang sesuai untuk badannya.
Elakkan Daripada Menyentuh Anak Kucing
Point ini adalah yang kerap orang ramai lupa iaitu elakkan daripada menyentuh atau membawa anak kucing yang baru lahir. Kucing yang baru lahir mempunyai bau yang sama seperti bau ibunya. Jika anak kucing disentuh dengan kerap, risiko ibu kucing akan terhidu bau lain selain dari baunya.
Ini akan mengakibatkan ibu kucing menganggap anak kucing tersebut bukan anaknya dan mengancam anaknya yang lain. Ini juga adalah salah satu punca kenapa ibu kucing memakan anaknya sendiri. Jika anda perhatikan setiap kali ibu kucing datang ke anaknya, ia akan menghidu terlebih dahulu anak-anaknya bagi memastikan tiada bau lain selain bau yang dikenali.
Cara terbaik untuk mengatasi situasi ini adalah dengan membiarkan sahaja ibu kucing bersama anaknya hinggalah berumur sebulan. Jika perlu untuk memegang, gunakan kain yang digunakan di kawasan tempatnya untuk mengangkat anak kucing tersebut.
Biarkan Ibunya Menjilat
Ibu kucing akan memandikan anaknya dengan menjilat pada badan dan bulu anak kucing. Ini adalah satu perilaku semulajadi kucing yang menjilat bulunya untuk mandi. Maka anda tidak perlu untuk membersihkan anak kucing anda dengan air. Ibu kucing akan menjilat bulu dan segala kotoran yang berada di tubuh anaknya termasuklah sisa najis.
Perilaku ini juga bagus untuk anak kucing kerana anak kucing akan mempelajari perilaku kebersihan ini sehingga besar. Jika anak kucing yang tiada ibu, anda boleh membantu dengan lap kawasan sisa najis dengan kain suam lembap. Ini juga boleh membantu kucing itu untuk tahu cara-cara untuk menjaga kebersihan diri.
Berikan Susu Yang Khas
Jika perlu anda perlu menyediakan susu anak kucing yang khas. Keadaan ini biasanya perlu bila anak kucing tidak mendapat susu dari ibu disebabkan kematian ibu atau ibu kucing yang tidak pandai untuk menyusu. Pastikan anda mendapatkan susu yang diformulasi khas untuk anak kucing.
Selain susu yang berkualiti, anda juga memerlukan alatan lain seperti botol @ puting susu. Dicadangkan anda mendapatkan beberapa jenis saiz botol susu sesuai dengan umur anak kucing yang kian membesar. Kini terdapat banyak jenis susu anak kucing serta botol susu yang boleh didapati di kedai haiwan mahupun secara dalam talian shopee.
Pastikan Ibu Kucing Sihat
Ramai yang tidak faham dan tahu bahawa apabila anak kucing yang menyusu sakit, cara terbaik untuk merawatnya adalah dengan merawat ibunya terlebih dahulu. Ini kerana ibu kucing yang sihat akan memberikan susu badan yang sihat kepada anaknya dan begitulah sebaliknya.
Terdapat banyak kes anak kucing yang baru lahir mengalami cacing dan kutu hasil jangkitan daripada ibu kucing itu sendiri. Maka cara terbaik untuk memastikan anak-anak kucing yang baru dilahirkan sihat adalah dengan memastikan ibu kucing berada dalam keadaan baik dan sihat terumatanya bebas daripada jangkitan kutu dan cacing.
Akhir Kata
Anak kucing yang baru lahir memerlukan perhatian yang baik dan rapi sepanjang masa, jika pantang larang ini tidak diamalkan maka anak kucing akan berisiko untuk mati. Diharap dengan sedikit perkongsian ini membantu untuk menjaga anak kucing baru anda dengan baik dan cermat.