Perkembangan Anak Kucing

Perkembangan Anak Kucing Baru Lahir Hingga 8 Minggu

Perkembangan anak kucing sejak lahir hingga umur dewasa adalah proses yang perlu difahami bagi pemilik kucing. Dengan memahami tumbesaran kucing ini membolehkan kucing dirawat dengan betul dan baik mengikut umur semasa. Maka di dalam artikel ini kami kongsikan tahap perkembangan anak kucing hingga dewasa.

Anak Kucing Buta & Tuli Semasa Kelahiran

Pada awal kelahiran anak kucing memerlukan bantuan ibunya untuk terus hidup. Anak kucing akan mendapat susu awal atau dipanggil kolostrum untuk antibodi semulajadi anak kucing. Pada waktu kelahiran, anak kucing akan berada dalam keadaan buta dan tuli, anak kucing akan mula mencari puting susu ibunya. 

Ibu kucing pula akan bersama anak-anak kucing yang baru dilahirkan, bulu dan lemak pada ibu kucing berfungsi sebagai tempat dingin untuk anak-anak kucing berada. Selepas kelahiran, ibu kucing akan menjilat dan memakan ari-arinya. Ibu kucing akan berada pada posisi mengiring untuk memudahkan anak kucing menyusu. 

Anak Kucing Minggu 1

Mata, telinga & gigi

Sebaik sahaja dilahirkan anak kucing berada dalam keadaan buta dan tuli. Mata anak kucing masih tertutup dan telinga masih lagi berlipat tutup. Gigi pula belum tumbuh lagi semasa ini.

Suhu badan

Anak kucing yang dilahirkan sangat sensitif dengan haba yang sejuk, ini kerana fizikalnya masih belum mempunyai lemak, kulit dan bulu badannya pula sangat nipis. Oleh itu, ibu kucing akan menggunakan lemak di badannya untuk memberi haba yang sesuai dengan keperluan anak kucing. 

Tali pusat

Seperti juga haiwan mamalia yang lain, kucing juga dilahirkan dengan mempunyai tali pusat. Tali pusat ini akan berada pada anak kucing sehingga hari ke 4 @ 5. 

Membuang najis

Pada minggu pertama ini anak kucing akan dibersihkan oleh ibu kucing, ibu kucing akan bertindak memakan sisa najis anak-anaknya. Selain itu, ibu kucing juga akan menjilat kawasan kemaluan untuk membersihkan sisa najis yang masih melekat. 

Berat badan

Anak kucing yang baru lahir mempunyai berat badan antara 90 ke 100 gram sahaja. Berat badan ini akan meningkat dua kali ganda dalam minggu pertama sahaja.   

* pada minggu pertama anak kucing akan menghabiskan masanya dengan tidur dan menyusu sahaja. Seeloknya pada waktu ini elakkan daripada gangguan ibu kucing dan anak-anaknya.

Anak Kucing Minggu 2

Mata, telinga & gigi

Pada minggu kedua, anak kucing mulai membuka matanya dengan kadar yang sedikit. Kebanyakkan mata anak kucing berwarna biru, pada masa ini elakkan mata kucin terkena cahaya terang kerana anak matanya masih lemah. Telingannya pula masih lagi tertutup manakala gigi kacip mula tumbuh di hadapan mulut. 

Berat badan

Pada waktu ini saiz anak kucing akan mulai kelihatan besar dengan penambahan berat sebanyak 300 gram.

Anak Kucing Minggu 3

Perkembangan pada minggu ketiga anak kucing sudah mulai boleh berjalan dan bermain bersama adik-beradiknya. Pada waktu ini anak kucing mula belajar untuk bersuara atau “miow” sesama mereka.

Telinga kucing ini akan mula berkembang dan kucing mula untuk mendengar dengan lebih jelas. Pada masa ini, anak kucing sudah mula belajar mencari tempat untuk membuang najis tetapi ibu kucing masih lagi membersihkan sisa najisnya.

Anak Kucing Minggu 4

Pada minggu ke empat, anak kucing sudah mula untuk menjadi aktif dan bermain bersama adik beradiknya. Mata dan telinga sudah mula berfungsi dengan sempurna seperti kucing dewasa. Ini diikuti dengan deria hidu dan kuku yang mula tumbuh.

Pada umur sebulan ini, anak kucing mula bergerak aktif keluar dari kawasan sarangnya. Ibu kucing pula sudah mulai tinggalkan anak-anak kucingnya. Pada umur ini anda boleh mula untuk memberi pengenalan kepada tandas pasir kepada anak kucing anda.

Anak Kucing Minggu 5

Pada umur lebih sebulan ini anak kucing sudah mula menampakkan sifat aktfi dan dewasanya. Gigi akan mula tumbuh dengan besar termasuklah perkembangan kakinya. Anak kucing akan mula bermain secara agresif sesama mereka. Kucing masih lagi menyusu ibu.

Pada umur ini anda boleh mula memberikan campuran makanan basah atau pelet kepada kucing anda. Berikan secara sedikit dan beransur bagi mengenalpasti sebarang alah pada anak kucing. Sediakan juga bekas air untuk kucing mula belajar minum air dalam bekas.

Anak Kucing Minggu 6

Masuk minggu ke enam ini kucing sudah mula menjadi dewasa dengan perkembangan mata dan telinga yang semakin baik. Pada umur ini anak kucing mulai lebih agresif seperti melompat dan mendaki kawasan sekelilingnya. Anak kucing juga sudah mula untuk menjilat atau “groom” diri sendiri dengan bagus.

Anak Kucing Minggu 7

Tumbesaran yang ketara boleh dilihat pada kucing jantan dimana organ testikel akan mula membesar dan berkembang. Pada masa ini kucing boleh diberi makanan pelet sepenuhnya, sesetengah kucing juga akan makan dengan banyak kerana pada umur ini kucing lebih aktif bermain. Pada umur ini juga kucing mula untuk cerai susu.

Anak Kucing Minggu 8

Pada minggu ke lapan ini kucing boleh dianggarkan mempunyai fizikal yang dewasa dan berkembang sepenuhnya. Pada waktu ini ibu kucing mula untuk meninggalkan anak-anaknya dan mula untuk lebih banyak masa rehat. 

Pada umur ini sediakan sarang kucing yang luas, dicadangkan menggunakan sarang kucing bertingkat kerana saiznya kucing ini sudah mula dewasa dan berat. Berikan makanan yang mengandungi zat yang cukup kepada kucing dan biarkan kucing aktif bermain. 

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir kata

Sedia maklum bahawa kucing mempunyai beberapa jenis baka yang popular di Malaysia. Point di atas adalah anggaran sahaja berdasarkan tumbesaran anak kucing secara umum. Mungkin tumbesaran anak kucing ini berbeza sedikit mengikut jenis dan baka kucing itu sendiri. Diharap dengan ringkasan ini membantu anda untuk lebih jelas dalam tumbesaran anak kucing anda.

error: Content is protected !!
Scroll to Top