6 Cara Jaga Anak Kucing Baru Lahir

Cara jaga anak kucing baru lahir adalah antara perkara yang mesti diketahui untuk peminat kucing, terumanya bagi yang bakal menanti kelahiran anak kucing untuk kali pertama. Bagi kebanyakan pemilik kucing sudah pastinya menanti-nanti waktu ibu kucing yang sedang bunting melahirkan anak kucing. Di dalam artikel ini kami kongsikan cara jaga anak kucing yang baru lahir agar sihat dibesarkan. 

Proses menjaga anak kucing baru lahir ini tidaklah sukar kerana secara semulajadinya ibu kucing tahu cara untuk menjaga anak yang dilahirkan, kecuali jika ibu kucing itu masih muda @ kali pertama yang melahirkan anak kucing memerlukan sedikit bantuan dan perhatian dari pemilik. Anda juga boleh membaca artikel berkenaan cara jaga anak kucing baru lahir tanpa ibu jika anda mempunyai anak kucing yang ketiadaan ibu.

Elakkan Ibu Kucing Stress

Sebelum kelahiran anak kucing anda harus terlebih dahulu memeriksa kesihatan ibu yang sedang bunting. Ini kerana banyak kejadian dimana ibu kucing mengalami stress bertindak memakan anak yang baru lahir. 

Antara tanda ibu kucing bakal melahirkan anak adalah apabila kelihatan sering berada dalam posisi mengiring, meneran, bernafas dengan laju. Selain itu, tanda yang ketara adalah apabila terdapat kantung air di bahagian vagina. Ibu kucing semula jadinya tahu untuk mengurus anak yang baru lahir, namun terdapat juga sesetengah ibu kucing yang tidak tahu. Antara situasinya adalah:

Kantung Air

Ibu kucing akan menjilat dan memakan kantung air @ membersihkan badan anak kucing. Jika ibu kucing tidak pandai membersihkan anak kucing, anda harus membantu membersihkan kantung tersebut. Jika dibiarkan anak kucing akan mati kelemasan

Menyusu Ibu

Ibu kucing akan berada dalam posisi mengiring bagi memudahkan anak kucing untuk menyusu. Jika ibu kucing tidak berada dalam posisi menguring. Anda hendaklah “memaksa” dengan lembut dan berhemah dengan meletakkan ibu kucing tadi dalam posisi mengiring untuk proses anak kucing menyusu.

Selain itu, kesihatan ibu kucing juga mesti diutamakan, ini kerana anak kucing akan menyusu badan selama 3 bulan. Maka pastikan ibu bebas dari segala jenis penyakit dan sakit. Ibu kucing yang sakit sangat berisiko untuk terkena pada anak kucing yang menyusu.

Sediakan Tempat Yang Sesuai

Tempat tinggal kucing yang baru lahir juga wajib dititik beratkan, tempat tinggal yang bersih dan selesa akan mempengaruhi kesihatan ibu dan anak kucing yang baru lahir. Anak kucing yang baru lahir mempunyai sedikit bulu atau bulu yang sangat nipis, maka anda wajib menyediakan tempat tinggal yang hangat bagi mengelakkan anak kucing baru lahir kesejukan. 

Anda boleh menyediakan kain atau lampu untuk memberikan rasa hangat pada anak kucing baru lahir. Pastikan kain alas yang digunakan ditukar setiap kali berbau dan busuk, penting diingatkan bahawa pastikan kain berada dalam keadaan kering dan tidak lembab.

Berikan Vaksin Dan Ubat

Di dalam bab vaksin dan ubatan ini, disarankan anda mendapat nasihat vet yang berdekatan bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan pada anak kucing yang baru lahir. Apabila anak kucing lahir, yang paling penting adalah kesihatan ibu kucing tersebut kerana jika ibunya sakit maka anak yang menyusu juga berisiko besar untuk turut sakit.

Terdapat banyak kes anak kucing baru lahir berumur kurang 3 bulan sudah mengalami cirit-cirit disebabkan cacing yang dibawa oleh ibunya sendiri. Maka konsep mencegah lebih baik dari mengubati mesti diamalkan disini.

Sediakan Makanan Khas Untuk Kucing

Anda juga mesti menyediakan susu formula untuk anak kucing anda, ini sebagai pengganti kepada susu ibu kucing. Dalam pemilihan susu untuk anak kucing baru lahir elakkan daripada memberikan susu lembu kerana kebanyakan anak kucing akan mengalami cirit-birit. Pilih susu formula yang khas untuk anak kucing sahaja.

Ibu kucing juga wajib mendapatkan makanan yang khas dengan keperluan zat kucing. Terdapat banyak jenis makanan khas untuk ibu kucing yang dijual di pasaran. Makanan ini sangat bagus kerana mempunyai kandungan nutrisi dan zat yang perlu untuk ibu menyusu.

Bekas Poop Yang Bersih

Anak kucing yang baru lahir tidak pandai untuk membuang najis dengan sendiri, dalam 2 bulan pertama ibu kucing akan “memandikan” anaknya dengan menjilat bulu dan memakan kotoran anak kucing. Pada masa ini anda mesti menyediakan tandas pasir untuk anak kucing anda, kerana anak kucing ini mesti didedahkan pada peringkat awal untuk menggunakan tandas pasir. 

Pastikan juga anda menyediakan tanda pasir yang bersih untuk ibu kucing, ini kerana terdapat banyak kes cacing pada anak kucing adalah datang daripada ibu kucing yang keluar untuk membuang di persekitaran luar, dan membawa balik telur cacing kepada anak kucing maka berlakulah cirit-birit disebabkan cacing.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Cara jaga anak kucing baru lahir ini tidaklah sulit kerana secara semulajadinya ibu kucing tahu untuk mengurus anak kucing yang baru dilahirkan. Jika ibu kucing itu kali pertama melahirkan anak kucing, terdapat beberapa perkara yang ibu kucing masih belum tahu untuk dilakukan, jadi anda perlu membantu bagi melancarkan proses kelahiran anak kucing anda.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version