Air Kelapa Untuk Kucing Selsema

Air Kelapa Untuk Kucing Selsema

Table of Contents

Terdapat banyak cara tradisional yang digunakan untuk merawat kucing yang mengalami selsema. Antara yang popular adalah menggunakan kunyit hidup pada kucing selsema. Selain itu, air kelapa juga boleh dijadikan bahan alternatif untuk merawat masalah selsema pada kucing ini. Di dalam artikel kali ini kami kongsikan khasiat air kelapa untuk kucing selsema.

Boleh Ke Kucing Minum Air Kelapa?

Sebelum mengulas lanjut khasiat air kelapa untuk kucing, terlebih dahulu anda perlu tahu kandungan zat air kelapa itu sendiri. Air kelapa mengandung sumber karbohidrat dan elektrolit yang banyak. Ia merangkumi zat seperti sodium, potassium, dan magnesium. Kesemua kandungan ini menjadikan air kelapa adalah agent untuk menghalang badan daripada mengalami dehidrasi.

Air kelapa juga mengandung triglycerides yang sangat bagus untuk kucing yang mengalami masalah berkaitan sistem pencernaan seperti kembung perut, dan sakit perut. Vitamin pada air kelapa pula bagus untuk sistem imun badan kucing. 

Tidak menjadi masalah kepada kucing untuk minum air kelapa selagi ia diambil secara seimbang. Disebabkan air kelapa mengandung kandungan gula yang agak tinggi, maka ia mesti diambil dalam jumlah yang terkawal. Isipadu yang sesuai dicadangkan sekitar 200ML sehari sahaja.

Air Kelapa Sembuhkan Kucing Selsema?

Anda boleh memberikan air kelapa kepada kucing anda yang mengalami selsema sebagai rawatan altenatif sahaja. Kebiasaanya kucing yang mengalami selsema akan turut deman atau tinggi suhu badan, dengan memberikan air kelapa boleh membantu merendahkan suhu badan kucing anda. 

Untuk merawat selsema kucing anda dicadangkan untuk mendapatkan bantuan vet terdekat ataupon membeli ubat yang khusus untuk sembuhkan selsema pada kucing. Selain itu, anda juga boleh mengamalkan petua kunyit untuk kucing selsema yang terbukti berkesan merawat kucing sakit.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Air kelapa sangat bagus untuk menstabilkan suhu badan kucing yang mengalami demam selsema. Namun pastikan anda memberikan air kelapa pada jumlah yang kecil sahaja bagi mengelakkan berlakunya kesan sampingan. Diharap dengan info ini memberikan ilmu yang berguna untuk anda, jangan lupa share!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top