Penyakit Kucing Parvo

Kenali Penyakit Kucing Parvo

Bagi mereka yang biasa memelihara kucing sudah pasti sinonim dengan penyakit kucing parvo ini. Parvo ini ibarat penyakit ngeri kerana kucing yang dijangkiti mempunyai risiko yang rendah untuk sembuh. Namun begitu, terdapat juga kucing yang panjang umur dan sembuh daripada wabak ini. Di dalam perkongsian ini kami kongsikan info penyakit kucing parvo dan apa tindakan yang perlu diambil jika wabak ini merebak.

Apa Itu Penyakit Parvo

Parvo adalah panggilan kepada sejenis penyakit kucing yang dipanggil Feline Parvovirus (FPV) atau juga dikenali sebagai FIE – Feline Infectious Enteritis dan Feline Panleukopenia. Parvovirus adalah sejenis varus yang kuat dan boleh hidup pada satu kawasan dalam jangka masa yang lama. 

Virus ini sangat mudah menyerang kucing yang berumur antara 4 hingga 12 minggu. Walaubagaimanapun kucing dewasa juga berisiko untuk terkena jangkitan ini terutamanya kucing yang tidak divaksin. Perkara yang paling ditakuti berkenaan virus parvo ini adalah kucing yang dijangkiti sangat mudah berjangkit kepada kucing lain yang berdekatan, malah ia juga menjadi punca kepada kematian mengejut pada kucing.

Tanda Kucing Terkena Parvo

Sama seperti penyakit lain, kucing yang mengalami parvo virus ini akan menunjukkan simptom-simptom tertentu. Anda sebagai pemilik kucing harus tahu dan mula bertindak dengan mengasingkan kucing yang dijangkiti bagi mengelakkan virus ini merebak. Tanda kucing anda dijangkiti virus parvo adalah seperti berikut:

  • Kucing mengalami kemurungan 
  • Kucing tidak “groom” diri sendiri, tidak terurus
  • Tidak makan dan minum
  • Cirit birit dalam tempoh masa yang lama
  • Suhu badan panas
  • Kurus disebabkan hilang selera makan
  • Kucing hanya duduk dan tidak aktif
  • Terdapat sesetengah kes kucing tidak menunjukkan tanda tetapi mengalami kematian yang mengejut.

Bagaimana Parvo Virus Merebak?

Harus diingat bahawa tindakan mengasingkan kucing yang menunjukkan tanda parvo adalah mesti kerana virus parvo ini cepat merebak. Pada asasnya virus ini mudah merebak dalam situasi keadaan yang kotor. Kucing yang sihat boleh dijangkiti dengan sentuhan atau terkena cecair daripadan kucing yang dijangkiti.

Rawatan Kucing Terkena Parvo

Setakit ini masih belum ada rawatan yang berkesan khusus untuk kucing yang dijangkiti parvo. Namun begitu, anda masih lagi boleh melakukan kaedah rawatan yang boleh dan perlu sehinggalah kucing anda sihat walaupon peratusnya rendah. Antara rawatan yang boleh dilakukan adalah:

  • Asingkan kucing yang dijangkiti parvo hingga 100% sihat
  • Bersihkan sangkar @ rumah kucing anda dengan pencuci. Boleh campurkan klorox dan air basuhan untuk membasuh. Pastikan anda bilas sehingga kering dahulu sebelum digunakan semula untuk kucing. 
  • Basuh tangan anda dengan dettol atau sanitizer selepas menyentuh kucing yang dijangkiti parvo virus.

Rawatan Di Klinik Vet

Jika anda mempunyai kewangan yang baik, anda boleh sahaja menghantar kucing anda ke vet yang berdekatan. Terdapat cawangan vet yang menyediakan rawatan khusus untuk penyakit parvo, namun kosnya sudah semestinya mahal.

Rawatan Di Rumah

Jika anda memilih untuk merawat sendiri di rumah, maka anda boleh gunakan tips yang dikongsikan oleh pemilik page AFG Wonder Petland ini untuk merawat kucing anda dengan kos yang rendah. Antara yang boleh dilakukan adalah:

  • Berikan minyak Alfiat 3 kali sehari
  • Air kelapa dicampurkan dengan limau nipis
  • 100 plus yang dibuang gas. Jarakkan dengan pengambilan ubat klinik jika ada
  • Force feed kucing anda dengan wet food yang dicampur dengan imun booster DMG dan TF (boleh dapatkan di shopee, link shopee di hujung artikel)

Pencegahan Kucing Terkena Parvo

Bagi penyakit parvo ini pencegahan dengan pemberian vaksinasi yang berjadual adalah cara terbaik untuk menghalang kucing anda terkena parvo. Tambahan, anda juga boleh mengamalkan pencegahan seperti berikut:

  • Jaga kebersihan sangkar @ rumah kucing. Terutamanya kebersihan tanda pasir kucing anda.
  • Pelihara kucing anda secara indoor untuk mengelakkan dari jangkitan luar
  • Bagi yang gemar adopt kucing liar, seeloknya sediakan bilik kuarantin sebelum campurkan dengan kucing-kucing lain.

Untuk produk rawatan parvo anda boleh dapatkan secara dalam talian di shopee, boleh tekan link di bawah:

Transfer Factor : https://shp.ee/qxyrjnh

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Sudah semestinya parvovirus ini adalah satu ancaman besar bagi pemilik kucing di rumah. Namun ia belum ada penawar khusus, tetapi langkah pencegahan boleh dilakukan bagi mengelakkan wabak penyakit ini berjangkit. Diharap dengan info ini membantu anda semoga bermanfaat.

error: Content is protected !!
Scroll to Top