kunyit untuk kucing selsema

Kunyit Hidup Untuk Kucing Selsema

Bahan semulajadi kunyit sudah memang terkenal mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan manusia, namun kunyit juga mempunyai kebaikan untuk merawat kucing yang mengalami demam selsema. Di dalam artikel ini kami kongsikan info berkenaan kunyit untuk kucing selsema.

Khasiat Kunyit Untuk Kesihatan Kucing

Di dalam sebatang kunyit hidup mempunyai banyak komponen zat yang bagus untuk kesihatan, antara yang paling utama adalah kandungan curcumin. Bahan curcumin inilah yang digunakan sebagai bahan semulajadi untuk mengurangkan keradangan dan sakit anggota badan kucing.

Selain itu kunyit juga dikenali boleh merawat masalah diabetis, masalah hati, melindungi dari kanser. Kunyit ini juga sesuai dijadikan sebagai anti fungi, anti viral, dan anti bakteri pada kucing anda.

Selsema Pada Kucing

Seperti juga manusia kucing boleh mengalami masalah selsema. Jika anda perhatikan kucing anda sering bersin atau nafas dalam berbunyi maka anda perlu memberi rawatan dengan segera. Untuk mengenalpasti kucing yang mengalami selsema ini tidaklah sukar, anda boleh lihat dari luaran sahaja. 

  • Kerap kali bersin
  • Hidung berair
  • Bernafas dalam seperti hidung tersumbat
  • Mata berair
  • Kurang selera makan (selesam dan deman yang teruk)
  • Badan panas
  • Ulser sekitar mata.

Jika kucing anda mempunyai tanda-tanda di atas segeralah membawa ke klinik vet atau boleh membeli ubat untuk merawat selsema kucing anda. Namun, terdapat juga rawatan menggunakan kunyit untuk kucing selsema yang boleh diamalkan. Petua ini sangat mudah dan boleh mengurangkan masalah selsema pada kucing anda.

Tips Penjagaan Kucing Deman Selsema

Tips untuk merawat deman selsema pada kucing ini dikongsikan oleh pemilik Page The Mira’s Cat House yang berpengalaman dalam merawat beratus ekor kucing. Petua ini boleh diamalkan dan yang lebih penting ia sangat murah dan mudah. Anda juga boleh menggabungkan penggunakan ubatan dari klinik jika deman selsema kucing anda tidak sembuh.

Air Asam Untuk Turunkan Suhu Badan Kucing

Bancuh air asam, rendamkan tangan sekejap dan sapu di bahagian kepala kucing dengan tangan sahaja. Elakkan menjirus terus air asam ke kepala kerana boleh mengakibatkan kucing yang deman terkejut. Ulang setiap kali kering hinggalah suhu mulai turun.

Kunyit Hidup Sapu Pada Hidung

Ambil sebatang kunyit hidup potong dan cincang hingga berair atau boleh juga tumbuh hingga hancur. Sapu pada bahagian hujung atas hidung kucing, bahan dalam kunyit akan membantu kucing untuk bernafas dan mencairkan hingus hingga keluar.

Kuarantin Kucing Yang Deman Selsema

Pastikan anda mengasingkan kucing yang deman selsema tadi, guna kain seperti tuala untuk menutup sekitar kandang bagi mengelakkan kucing kesejukan. Jika perlu berikan ubat selsema pada kucing atau boleh berikan makanan TF (Transfer Factor) bagi meningkatkan antibodi kucing.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Terdapat banyak kaedah rawatan menggunakan bahan tradisional untuk merawat kucing yang sakit. Kunyit adalah bahan yang paling popular kerana mempunyai khasiat dalam merawat banyak jenis keadaan penyakit. Tambahan pula dengan menggunakan kunyit kos rawatan adalah sangat jimat. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top