Penyakit Kucing Sporo

Kenali Penyakit Kucing Sporo

Jika anda mendapati kucing anda mengalami luka yang lambat sembuh dan merebak maka berkemungkinan besar kucing anda mengalami penyakit kucing sporo. Penyakit sporo ini sangat sinonim dengan jangkitan pada kulit kucing dan ia boleh berjangkit kepada kucing lain. Di dalam artikel kali ini kami kongsikan info berkenaan penyakit sporo.

Apa Itu Penyakit Sporo

Sporo adalah gelaran yang bermaksud jangkitan fungus sporothrix pada haiwan dan juga manusia. Nama panjang bagi sporo ini adalah sporotrichosis, ia boleh merebak melalui kulit, sistem pernafasan, dan tulang. 

Penyakit ini berpunca daripada fungi alam sekitar, kucing boleh menerima sporo ini melalui jangkitan secara terus dari fungsi atau daripada kucing yang telah dijangkiti. Fungi sporo ini boleh memasuki badan kucing melalui luka dan pernafasan. Kucing biasanya mendapat sporo ini melalui luka semasa bermain atau mencakar antara satu dengan yang lain. 

Tanda Kucing Terkena Sporo

Fungi sporo ini boleh merebak ke kucing dan juga manusia, maka anda perlu tahu simptom-simptom sporo pada kucing agar boleh membuat tindakan susulan dengan rawatan penyakit ini. Antara tanda-tanda kucing terkena sporo adalah:

  • Terdapat luka pada kulit yang merebak dan lambat sembuh, terutamanya di telinga, hidung, kaki, dan kepala
  • Luka bengkak, berdarah dan bernanah
  • Terdapat benjolan di bawah kulit
  • Jika imun badan kucing lemah boleh mengakibatkan kucing demam dan lesu
  • Kucing sukar bernafas
  • Hidung berair atau nafas kucing berbunyi
  • Kelopak mata kucing berair dan kemerahan
penyakit kucing sporo

Jika anda mendapati kucing anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, langkah rawatan awal mesti dilakukan bagi mengelakkan sporo merebak ke organ dalaman dan menyebabkan keadaan lebih serius.

Bagaimana Sporo Merebak?

Kucing adalah haiwan yang semulajadinya aktif dan saling bergurau antara satu sama yang lain. Sifat kucing yang gemar mencakar dan menjilat menjadikan sporo ini boleh merebak. Antara punca terkena sporo adalah :

  • Kucing bergurau dan mencakar antara satu dengan yang lain
  • Gemar berkeliaran di kawasan yang berisiko
  • Kucing bergaduh dana saling bercakaran

Rawatan Kucing Terkena Sporo

Penyakit sporo ini boleh dirawat pada peringkat awal jangkitan, namun jika ia dibiarkan dalam jangka masa yang lama tanpa rawatan ia boleh merebak hingga ke organ dalaman. Dalam keadaan ini risiko kucing untuk sembuh itu sangat rendah. Antara rawatan kucing terkena sporo adalah:

  • Asing dan kuarantin kucing yang mempunyai tanda-tanda sporo.
  • Dapatkan ubat fungi sporo, ubatan ini boleh dibeli secara dalam talian sahaja (Link produk shopee di bawah)
  • Berikan juga ubat hati bagi mengelakkan kesan sampingan ubat sporo. (link produk shopee di bawah)
  • Krim luka sporo, untuk membantu luka agar cepat sembuh

Harus diingat bahawa kucing yang terkena sporo akan mengambil masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya. Terdapat juga kes dimana kucing yang kelihatan sembuh daripada luka sporo mula tumbuh dan merebak semula selepas berhenti mengambil ubatan. Rawatan dicadangkan paling minima adalah 3 bulan dan paling lama adalah setahun.

Pencegahan Kucing Terkena Sporo

Sudah pastinya langkah pencegahan yang paling berkesan adalah dengan mengambil vaksinasi secara berjadual. Selain itu anda juga boleh mencegah kucing anda daripada terkena sporo dengan cara berikut:

  • Mula memelihara kucing secara indoor 
  • Mandi atau bersihkan kucing secara berkala, terutamanya sebaik sahaja membawa kucing keluar bersiar-siar
  • Elakkan daripada berlakunya sentuhan daripada kucing liar
  • Gunting kuku kucing untuk mengurangkan risiko luka dicakar
  • Buang pasir yang terkena najis dan air kencing secara kerap
  • Pastikan sangkar kucing berada dalam keadaan kering
  • Pastikan sangkar kucing besar dan luas 

Untuk produk rawatan sporo anda boleh dapatkan secara dalam talian di shopee, boleh tekan link di bawah:

 Set INOX & Ubat Hati Meboliv : https://shp.ee/m9ch8jh

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Sporo adalah sejenis penyakit yang boleh diubati. Terdapat banyak jenis jenama ubatan untuk merawat sporo yang boleh didapati dengan harga mampu milik. Diharap dengan info ini membantu mencegah kucing anda daripada terkena sporo. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top