Hama Kucing

Hama Kucing & Kutu Serta Cara Merawat

Table of Contents

Hama kucing adalah salah satu daripada parasit yang boleh menjangkiti kucing peliharaan anda. Ramai pemilik kucing memandang mudah akan masalah hama kucing ini sedangkan masalah kutu hama ini boleh memberi kesan yang serius kepada kucing dan juga manusia.

Masalah hama kucing ini boleh diatasi dengan beberapa cara pencegahan dan kawalan yang betul. Cara terbaik adalah dengan mencegah ia daripada merebak ke kucing-kucing lain dan seluruh rumah anda. Di dalam slot kali ini kami kongsikan semuanya tentang hama kucing dan cara merawatnya.

Dari Mana Datang Hama Kucing?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya dari manakah datangnya kutu dan hama kucing ini? Ini kerana jangkitan hama ini boleh terkena kepada semua jenis kucing termasuklah kucing indoor. Semua jenis kucing samada kucing indoor atau kucing outdoor berisiko terkena jangkitan perasit ini, ia boleh berpunca daripada beberapa sebab yang ramai tidak perasan seperti:

Kerdit Zakiah Adullah

Dalam rumah sendiri

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sebarang jenis parasit ini boleh wujud di dalam rumah anda sendiri. Hidupan perasit ini mempunyai kitaran bertelur yang cepat dan dalam jumlah yang banyak apabila berada pada badan kucing. 

Dari luar rumah

Tahukah anda setiap kali kucing anda keluar berjalan-jalan atau bermain di luar rumah, ia sebenarnya berisiko untuk membawa telur-telur parasit dari luar rumah ke dalam sangkar dan berjangkiti kucing lain.

Selain itu, kita sebagai pemilik juga boleh menjadi pembawa telur-telur perasit ini kepada kucing kita apabila setiap kali keluar masuk rumah @ bermain dengan kucing liar di luar rumah. Punca inilah yang ramai tidak sedar boleh menyebabkan kutu hama ini merebak kepada kucing indoor.

Mudah berjangkit

Disebabkan kutu dan hama ini mempunyai kitaran hidup yang cepat dan mudah berjangkit, maka tidak mustahil ia boleh berjangkit dari jarak jauh. Disebabkan itulah parasit ini perlu dicegah bagi mengelakkan ia bertambah teruk dan cepat merebak.

Jenis Kutu Kucing (Ektoparasit)

Mungkin ramai yang belum tahu bahawa terdapat beberapa jenis parasit @ biasa dipanggil kutu oleh kebanyakkan pemilik kucing di Malaysia. Kesemua benda hidup ini dipanggil parasit luaran yang hanya berjangkit pada luaran kucing sahaja. Kesemua perasit ini boleh dikenalpasti melalui ciri-ciri fizikalnya yang berbeza. 

Hama Kucing

Kredit Tuahvet

  • Kutu (fleas)
  • Hama (lice)
  • Kutu telinga (ear mites)
  • Sengkenit (tick)
  • Kurap (mange mites)

Kutu adalah jangkitan parasit yang kerap terkena pada kucing, ia mudah merebak dan mempunyai kitaran telur yang singkat. Jenis kutu ini tidak boleh hidup di badan manusia dalam tempoh masa yang lama, waima sesetengah orang boleh mendapat alahan gatal dan kemerahan jika terkena gigitan kutu ini.

Hama pula adalah parasit yang boleh menyebabkan jangkitan kurap pada kulit kucing dan juga kulit manusia. Terdapat banyak jenis hama yang ada pada kucing, jika kucing anda mengalami jangkitan hama ini segeralah melakukan langkah mecegah dan merawat.

Cara Hilangkan Hama Kucing

Berita baiknya untuk kucing yang dijangkiti hama, masalah hama ini boleh dirawat dengan mudah tetapi memerlukan komitmen dan pencegahan berterusan agar ia tidak berulang kembali. Semua rawatan ini anda boleh lakukan di rumah sahaja dengan memggunakan produk merawat kutu hama yang disyorkan. Berikut adalah cara yang dicadangkan:

Bersihkan sangkar 

Cara pertama yang paling mudah adalah dengan membersihkan sangkar kucing, anda perlu membasuh sangkar kucing anda dengan menggunakan air bersih sekurangnya 3 bulan sekali atau bila sudah kotor.

Selain itu, tandas kucing juga perlu dibersihkan dengan kerap untuk mengelakkan kuman dan bakteria merebak dengan cepat. Tips untuk merawat pasir kucing adalah dengan meletakkan bedak anti-bakteria ke dalam pasir tandas kucing anda. (link bedak anti-bakteria Aiken terdapat di hujung artikel ini)

Mandikan kucing

Kucing adalah haiwan yang tidak perlu dimandikan dan tahu untuk membersihkan dirinya sendiri. Namun jika kucing anda telah dijangkiti kutu dan hama, anda perlu memandikan kucing anda sekali sebulan.

Terdapat banyak jenis shampoo mandian khas untuk membunuh parasit pada kucing yang dijual di Shopee. Anda hanya perlu memandikan kucing anda dengan shampoo anti kutu/hama ini untuk kesan yang lebih cepat.

Gunakan ubatan 

Dengan hanya memandikan kucing boleh merawat masalah kutu dan hama pada kucing, tetapi untuk kesan yang lebih cepat dan berkesan, anda perlu menggunakan sabun dan shampoo khas untuk membunuh parasit ini. Produk-produk ini biasanya dalam bentuk sabun @ shampoo mandian untuk digunakan semasa mandi. 

ORYGINAL Ubat kutu kucing (Ubat tttis)

Hama Kucing

Bio-D PawPal No Rinse Flea And Tick (Shampoo)

Hama Kucing

Bio-D PawPal Flea & Tick Control (Spray)

Hama Kucing

Authentic Shanghai Sulfur Soap (Sabun)

Hama Kucing

Vakum rumah

Antara cara untuk menghapuskan kutu dan hama ini adalah dengan mengamalkan vakum karpet dan kawasan dalam rumah anda. Cara ini boleh menghapuskan telur-telur parasit yang  ada di dalam rumah anda. 

Guna air lemon

Air lemon juga boleh digunakan untuk merawat masalah kutu dan hama ini. Anda hanya perlu perah lemon dan ambil jusnya sahaja, campurkan dengan air kosong kemudian gunakan spray untuk spray ke seluruh rumah anda. Semburan ini juga boleh digunakan untuk mencantikkan bulu kucing anda.

Link shopee produk grooming cat:

KAWANKU Cat Toilet : https://shope.ee/WpS8CLU8
Pet Comb Cat Comb Grooming : https://shope.ee/402rEHWJ0b
Pet Hair Clipper Grooming Kit : https://shope.ee/79zt08AZfN
Pet Grooming Bag Shower Bath : https://shope.ee/6pN2bYFmLZ
Cat Grooming Glove : https://shope.ee/1fewS5ccwy
Cat Nail Trimmer: https://shope.ee/7pFZnRwoTo
AIKEN ANTIBACTERIAL TALC : https://shope.ee/8KBo4httuT

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Kucing adalah haiwan peliharaan yang mudah dijangkiti parasit jika tiada langkah pencegahan dilakukan. Dengan mengamalkan langkah pencegahan yang betul, jangkitan kutu dan hama kucing ini boleh dibendung daripada cepat merebak yang boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih kronik. Untuk lebih banyak info tentang kucing anda boleh terus ke artikel kucing mengawan. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top