kucing parsi kelabu

Kucing Parsi Kelabu (Gambar)

Table of Contents

Kucing parsi kelabu juga mempunyai permintaan tinggi dalam kalangan peminat kucing baka bulu lebat. Ini mungkin kerana warna kelabu ini adalah tonar warna bagi dua jenis warna popular kucing parsi iaitu hitam dan putih. Kucing parsi kelabu ini juga mempunyai perilaku sama seperti kucing parsi yang lain iaitu bersifat manja dan lembut.

Harga Kucing Parsi Kelabu

Disebabkan warna kelabu ini antara warna yang digemari oleh peminat kucing parsi, tidak hairan jika harga kucing parsi kelabu ini boleh mencecah ke RM2k seekor. Harga ini juga bergantung kepada jenis baka asli, jantina, umur, dan juga kesihatan semasa kucing parsi tersebut. Anda boleh mencari kucing parsi untuk dijual dengan melawat laman Mudah.my

Walaubagaimanapun, kucing parsi putih tetap menjadi pilihan paling popular bagi kebanyakan orang. Ini kerana bulu berwarna putih ini melambangkan kecantikan dan kemegahan pada seekor kucing parsi.

Penjagaan Bulu Paling Utama

Kucing parsi kelabu ini mempunyai bulu bercampur antara hitam dan putih. Warna kelabu ini menjadikan ia unik dan berbeza dengan parsi biasa yang berwarna hitam atau putih. Seperti juga kucing baka bulu lebat yang lain, penjagaan bulu kucing ini mesti dilakukan setiap hari bagi mengekalkan kesihatan bulu kucing yang terbaik. 

Berikut kami kongsikan secara ringkas apa yang perlu dilakukan semasa aktiviti grooming kucing anda. Semulajadinya kucing boleh grooming dirinya sendiri, namun bagi baka bulu lebat, anda perlu memberikan bantuan kerana bulunya yang lebat dan panjang. Antara perkara yang boleh anda lakukan adalah:

  • Sikat bulu setiap hari
  • Pastikan kawasan hidung bersih daripada cairan mata dan bulu yang bergumpal
  • Mandikan kucing sebulan sekali
  • Gunting bulu berlebihan pada tapak kaki
  • Potong kuku jika terlalu panjang

Walaupun anda boleh membawa kucing anda ke klinik veterinar untuk grooming, namun anda masih perlu melakukan minor grooming setiap hari di rumah. Tambahan, kini terdapat banyak kedai yang menjual alatan grooming ini dengan harga yang murah jadi anda boleh menyediakan set grooming ini di rumah sahaja. Berikut kami sertakan beberapa gambar kucing parsi kelabu untuk tatapan anda.

**Senarai peralatan grooming ada di hujung artikel ini

kucing parsi kelabu
kucing parsi kelabu
kucing parsi kelabu

Senarai Item kucing & link Promo murah di Shopee.
Tekan link untuk semak harga. T&C

Cat Brush Grooming : https://shp.ee/psik9mm

Cat Nail Clipper : https://shp.ee/ha7un3d

Cat Trimmer : https://shp.ee/9fneqkm

Cat Dryer : https://shp.ee/77hixbm

Cat Eye Drop : https://shp.ee/q2a2h2z

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Selain daripada warna putih, hitam dan kelabu terdapat juga kucing parsi oren yang berbulu lebat. Kucing ini pastinya mempunyai sedikit sifat nakal sesuai dengan panggilan oyen yang diberikan kepadanya. Kesemua kucing ini boleh didapati di Malaysia dengan harga yang pelbagai. Semoga bermanfaat! 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top