Table of Contents
Kini di pasaran terdapat makanan kucing murah terbaik untuk anda yang mempunyai kewangan terhad. Memelihara kucing adalah salah satu hobi yang popular di seluruh dunia, namun tidak semua mempunyai kewangan yang banyak untuk membeli jenama makanan kucing premium yang berharga ratusan ringgit. Oleh itu, pemilihan jenama makanan kucing yang murah tapi bagus adalah jalan penyelesaian kepada masalah ini.
Walaupun dijual dengan harga mampu milik, makanan kucing ekonomi ini masih mempunyai nutrisi minima untuk kucing anda. Rata-rata makanan ini masih mengekalkan nutrisi diet yang seimbang terutamanya kandungan protein dan lemak yang penting dalam diet seekor kucing. Malah terdapat jenama yang menghasilkan makanan kucing khas untuk dijual dengan harga mampu beli.
Makanan Kering Atau Makanan Basah?
Apabila bercakap tentang makanan kucing, anda pastinya tertanya-tanya samada makanan kering atau makanan basah yang terbaik untuk kucing dengan kewangan yang terhad. Jawapannya adalah pastinya makanan kering, ini kerana makanan kering ini lebih murah dan tahan lebih lama jika disimpan dengan betul.
Perbezaan Makanan Kering & Makanan Basah
Makanan Kering
- Harga lebih murah
- Mudah disimpan
- Tahan lama
- Kurang air
Makanan Basah
- Harga lebih mahal
- Perlu dihabiskan selepas dibuka
- Lebih digemari kucing
- Kandungan air lebih banyak
Namun, keperluan makanan basah ini masih perlu sebagai sumber serat dan air memandangkan kibble adalah kurang sumber air. Anda hanya perlu berikan makanan basah ini satu ke dua kali seminggu sahaja. Jadi ia juga lebih jimat untuk anda yang mempunyai kewangan yang terhad.
Ramuan Yang Perlu Untuk Makanan Kucing Murah Terbaik
Di pasaran sekarang terdapat banyak jenis jenama makanan kucing murah, namun tidak semuanya bagus untuk kesihatan kucing. Ini kerana terdapat jenama makanan kucing yang mengandungi bahan proses yang melebihi dari jumlah yang ditetapkan. Selain itu, terdapat juga yang banyak mengandungi karbohidrat dan garam yang tidak diperlukan oleh kucing.
Untuk memilih makanan kucing budget ini anda perlu menilai beberapa perkara yang penting. Antaranya adalah kandungan protein mestilah minima 30% berbanding bahan-bahan lain. Ini kerana kucing memerlukan banyak protein di dalam diet hariannya. Disini kami kongsikan apa yang perlu dan tidak perlu di dalam makanan kucing anda.
Bahan Yang Perlu
Protein
Protein adalah sumber yang paling penting untuk diet kucing anda, sumber protein yang terbaik untuk kucing adalah daripada haiwan seperti ayam, isi ikan, haiwan laut, daging kambing, daging rusa, daging lembu, dan organ dalaman.
Buan & Sayuran
Kucing juga memerlukan serat dan zat vitamin serta mineral yang ada pada buah dan sayuran. Antara yang popular adalah ubi keledek, potato, karot, dan timun. Sumber ini bagus untuk pencernaan kucing
Fatty Acids
Lemak adalah antara keperluan yang penting untuk kucing selepas protein. Antara bahan yang memberikan sumber fatty acids adalah daripada tuna dan ikan salmon. Ia membantu kucing untuk mempunyai kulit dan bulu yang cantik.
Taurine
Taurine adalah sejenis amino acid yang mempunyai multi fungsi untuk kesihatan kucing terutamanya kesihatan mata kucing. Bahan ini adalah optional untuk budget dry food, jika ada ia adalah bonus untuk anda.
Whole Grains
Grains adalah bahan yang sering digunakan untuk makanan kucing budget, antara bahan yang digunakan adalah jagung, tepung, dan soya. Sumber grains yang bagus akan mengimbangi diet harian kucing anda.
Bahan Yang Tidak Perlu
Bahan-bahan tidak perlu ini mempunyai fungsi dalam penghasilan makanan kucing, namun masalahnya adalah terdapat jenama yang menggunakan bahan ini lebih dari jumlah yang dibenarkan, ini secara tidak langsung menghilangkan nutrisi seimbang yang dilabelkan. Disebabkan itulah terdapat beberapa jenis makanan kucing yang ditarik hak penjualan di pasaran Malaysia. Antara bahannya adalah:
- Pengawet dan pewarna tiruan
- Jagung, soya, dan tepung
- Daging diproses
- Lemak proses
Berikut adalah senarai ringkas bahan yang kerap disalah guna untuk membuat makanan kucing ini. Saranan kami agar anda perlu membaca nutrisi pada label sebelum membeli dan belilah dengan jenama yang dipercayai di pasaran.
7 Makanan Kucing Murah Terbaik Di Malaysia
Disini kami kongsikan beberapa jenis makanan kucing murah terbaik untuk anda. Kesemua senarai jenama kami sediakan ini mempunyai set peak makanan kering 8kg ke 10kg dengan harga sekitar RM70 sahaja. Pada sekitar harga RM70/8kg ini adalah dikira murah dan paling penting ia mempunyai nutrisi yang bagus untuk kucing.
Smartheart Dry Cat
Kami yakin jenama smartheart ini adalah pilihan utama anda yang mencari makanan kucing murah di Malaysia. Sebenarnya jenama ini mempunyai produk makanan kucing premium, tetapi ia lebih popular dengan produk kibble murahnya.
Sumber protein makanan kering ini diperbuat daripada telur dan juga susu untuk pertumbuhan otot dan kulit yang sihat. Turut mempunyai bahan vitamin dan mineral untuk menyokong organ terutamanya organ dalaman kucing. Mempunyai beberapa variasi makanan kering untuk pilihan sesuai dengan kucing anda.
Jenis : Dry Food @ Makanan kering
Harga : Sekitar RM85/10kg
Umur Kucing : semua peringkat usia
Nutrisi : Protein 31%, Lemak 10%, Serat 3%, Kelembapan 10%
Power Cat Dry Food
Jenama power cat juga mempunyai makanan kucing yang dijual dengan harga mampu milik. Jenama ini mempunyai 3 jenis sumber protein iaitu ayam, ikan laut, dan ikan tuna. Ia juga mempunyai ramuan omega 3 dan 6 yang bagus untuk perkembangan kulit dan bulu kucing.
Walaupun pada harga mampu milik, kibble ini tetap mempunyai kandungan protein tinggi iaitu 32%. Selain itu, ia juga tidak menggunakan sebarang jenis pengawet dan pewarna tiruan, jadi kibble ini sesuai untuk kucing yang ada masalah alergi dengan makanan.
Jenis : Dry Food @ Makanan kering
Harga : Sekitar RM65/7kg
Umur Kucing : semua peringkat usia
Nutrisi : Protein 32%, Lemak 12%, Serat 9%, Kelembapan 10%
Pet Land Cat Food
Jenama makanan kucing mampu milik dengan harga yang murah iaitu Pet Land Cat Food. Peak makanan ini anda boleh peroleh dengan harga RM60/10kg, antara yang paling murah di dalam senarai jenama makanan kucing murah di Malaysia.
Kibble ini mempunyai protein yang datang dalam dua gabungan sumber iaitu ayam dan ikan tuna. Kekurangan utama makanan kering ini adalah ia mempunyai kandungan protein yang rendah iaitu hanya 26% sahaja.
Jenis : Dry Food @ Makanan kering
Harga : Sekitar RM60/10kg
Umur Kucing : semua peringkat usia
Nutrisi : Protein 26%, Lemak 8%, Serat 4%, Kelembapan 8%
Me-O Dry Food
Sebuah jenama makanan kucing yang separa premium dengan harga mampu milik. Me-O mempunyai variasi sumber protein untuk pilihan kucing anda. Makanan keringnya mengandungi taurine yang bagus untuk perkembangan penglihatan kucing.
Selain itu, ia juga mempunyai nutrisi yang lain seperti vitamin dan omega 3 dan 6. Jenama ini juga mengandungi bahan garam, tetapi pada jumlah rendah dan terkawal untuk diet kucing anda. Ia juga mempunyai makanan khas untuk anak kucing bawah 5 bulan.
Jenis : Dry Food @ Makanan kering
Harga : Sekitar RM60/7kg
Umur Kucing : semua peringkat usia
Nutrisi : Protein 30%, Lemak 9%, Serat 4%, Kelembapan 10%
Green Cat Food
Makanan kucing Green adalah antara jenama yang dijual dengan harga murah di pasaran. Jenama ini mempunyai sumber protein daripada ayam dan ikan laut. Keunikan utama makanan kucing kering ini adalah ia kurang berbau berbanding makanan kucing murah yang lain.
Walaupun antara jenama budget yang popular, kibble ini tetap menawarkan kandungan protein sebanyak 30% dan ia juga sesuai diberikan kepada semua peringkat umur kucing. Mempunyai kandungan taurine tetapi pada jumlah yang sedikit berbanding jenama lain.
Jenis : Dry Food @ Makanan kering
Harga : Sekitar RM70/8kg
Umur Kucing : semua peringkat usia
Nutrisi : Protein 30%, Lemak 12%, Serat 4%, Kelembapan 10%
Misha Dry Food
Misha adalah jenama tempatan yang turut mempunyai produk makanan kucing yang terbaik dengan harga murah. Rata-rata produk makanan keringnya mengandungi 32% sumber protein serta tanpa penggunaan warna tiruan.
Jenama ini juga tidak menggunakan pewarna tiruan dan garam tambahan, jadi ia sesuai untuk diet harian kucing yang alergi. Turut terkandung adalah omega 3 dan 6, taurin, serta glukosamin untuk menguatkan sendi kucing. Misha dry food ini boleh dikatakan makanan kucing separa premium tetapi anda boleh dapati dengan harga mampu beli sahaja.
Jenis : Dry Food @ Makanan kering
Harga : Sekitar RM60/8kg
Umur Kucing : semua peringkat usia
Nutrisi : Protein 32%, Lemak 15%, Serat 4%, Kelembapan 8%
Smartheart Wet Food
Disini kami turut senaraikan makanan kucing basah murah dan terbaik untuk rujukan anda iaitu smartheart wet food. Selain daripada makanan kering, anda juga boleh dapatkan makanan basah smartheart dengan harga murah berbanding jenama-jenama lain.
Makanan basah ini anda boleh dapatkan dalam paket dan juga dalam tin, ia turut mempunyai pelbagai variasi perisa dan sumber protein. Yang paling penting wet food ini selamat dan dijual dengan harga terendah berbanding wet food lain. Anda boleh jadikan wet ini sebagai makanan sampingan untuk makanan kering jenama lain-lain.
Jenis : Wet Food @ Makanan basah
Harga : Sekitar RM1.50/paket
Umur Kucing : semua peringkat usia
Nutrisi : Protein 6.5%, Lemak 3%, Serat 1%, Kelembapan 85%
Akhir Kata
Dalam mencari makanan kucing murah tapi bagus anda tidak boleh memilih sebarangan jenis jenama kerana terdapat makanan kucing murah yang tidak bagus untuk kesihatan kucing anda. Selain itu, sesetengah kucing juga bijak dalam memilih makanan dan tidak akan makan makanan yang murah tanpa rasa daging @ protein di dalamnya.
Diharap info ini sedikit sebanyak membantu anda untuk mencari makanan kucing budget terbaik anda. Nak lebih banyak info? Boleh terus ke slot makanan terbaik untuk kucing british shorthair. Semoga bermanfaat!