Jenis Kucing Persia

Jenis Kucing Persia Paling Cantik

Jenis kucing persia @ parsi adalah antara kucing yang paling popular di seluruh dunia. Kucing persia ini dikenali dengan ciri-ciri yang fancy iaitu mempunyai muka berbentuk bulat dan mempunyai hidung yang penyet. Ciri-ciri inilah menjadikan ia kelihatan comel dan digemari ramai untuk dijadikan sebagai kucing peliharaan di dalam rumah.  

Kucing parsi ini mempunyai perilaku yang pendiam dan lembut. Kucing ini hanya sesuai dipelihara di dalam rumah sahaja. Tidak seperti kucing domestik yang aktif sepanjang masa, kucing parsi lebih gemar duduk diam, tidur, dan cerewet dalam pemakanan harian. 

Tambahan, kucing parsi ini tidak boleh independent jika berada di luar. Ia tidak boleh berlari dengan laju jika dikejar dengan pemangsa seperti anjing dan biawak. Malah ia juga akan cedera teruk jika “berlawan” dengan kucing liar @ kucing domestik. Ternyata kucing jenis bulu lebat ini tidak sesuai sama sekali dipelihara di luar rumah.  

Jenis Kucing Persia @ Parsi

Tahukah anda bahawa terdapat 3 jenis kucing persia yang terdapat di dunia. Perbezaan yang ketara adalah pada bahagian hidung kucing ini yang unik. Malah perbezaan jenis hidung inilah yang menentukan harga kucing parsi ini mahal atau murah. Jenis kucing persia adalah seperti berikut:

Kucing Persia Peaknose

Kucing Persia Flatnose

Kucing Persia Medium

Untuk membezakan kucing persia ini tidaklah sukar, anda hanya perlu melihat pada hidungnya yang sedikit berbeza antara dengan yang lain. Jenis hidung flatnose adalah yang paling sukar dijaga kerana hidungnya terlalu penyet ke dalam dan memerlukan penjagaan groom yang rapi. Jika tiada penjagaan bulu yang rapi, bulu ini akan menutup saluran pernafasan kucing persia flatnose. Selain itu, masalah mata yang berair juga akan mengganggu saluran hidung kucing jenis flatnose ini.  

Sejarah Kucing Persia

Mengikut sejarah kucing jenis parsi ini berasal daripada parsi, ia mula diimport ke italy pada tahun 1620 lagi. Kucing ini mula mendapat populariti apabila mula memasuki pertandingan kucing di England. Bermula dari sinilah ia mula dikenali di seluruh dunia sebagai kucing yang cantik dan comel. 

Kucing ini adalah sejenis kucing untuk peliharaan di dalam rumah @ indoor cat. Harus diingat, kucing ini persia ini boleh dikatakan sedikit manja, maka anda perlulah menyediakan tempat tinggal dan keperluan lain seperti makanan kucing premium dan ubatan yang perlu untuk kucing ini.

Penjagaan Bulu Kucing Persia

Kucing persia @ parsi adalah kucing yang mempunyai genetik berbulu panjang, oleh yang demikian cara penjagaan kucing ini adalah berbeza dengan kucing liar @ kucing domestik. Bagi memastikan agar bulu kucing persia ini sentiasa bersih, anda mestilah melakukan aktiviti groom untuk kucing persia ini. Antara aktiviti groom adalah:

  • Sikat bulu kucing menggunakan sisir kucing 
  • Periksa tapak kaki kucing, potong jika terlalu panjang
  • Sikat bulu di muka agar tidak menutup hidung kucing
  • Potong kuku jika terlalu panjang

Untuk aktivit grooming ini tidaklah sukar kerana kini anda boleh mendapatkan alatan groom ini secara dalam talian di Shopee dengan harga yang murah sahaja. Anda juga boleh menghantar kucing persia anda ke klinik veterinar yang menyediakan grooming untuk kucing ini. Grooming ini juga boleh mengelakkan bulu kucing persia menggumpal. 

**Senarai peralatan grooming ada di hujung artikel ini

Harga Kucing Parsi 

Disebabkan ia adalah jenis kucing yang popular, maka terdapat banyak baka-baka dan jenis kucing parsi ini yang dijual di pasaran. Dari segi harga pula, kucing parsi ini berbeza mengikut umur, baka, dan jantina.

Harga kucing persia peaknose contohnya mempunyai nilai yang sedikit rendah berbanding kucing persia flatnose. Ini kerana jenis flatnose ini adalah ciri baka yang unik dan jarang ditemui. Parsi baka tulin turut mempunyai harga yang mahal daripada parsi yang telah dikacukan dengan baka lain. 

Kucing Persia Putih & Kucing Persia Hitam

Kucing parsi ini juga mempunyai pilihan warna yang popular. Yang menariknya tidak seperti kucing lain yang popular dengan warna kombinasi, bagi kucing parsi ini pula rata-rata peminat gemar akan warna full putih atau warna full hitam sahaja. Amat jarang yang menggemari kucing persia yang mempunyai warna kombinasi 2 ke 3 warna. 

Ini mungkin disebabkan bulu kucing persia ini bersifat panjang, lebat, dan tebal yang menjadikan ia sangat cantik jika hanya full hitam @ full putih sahaja. Malah jika anda groom dengan betul, bulu kucing parsi ini akan kelihatan bersinar dan berkilat. Boleh merujuk gambar kucing persia di bawah:

Jenis Kucing Persia
Jenis Kucing Persia

Kucing Persia Hamil Berapa Lama?

Sama seperti kucing yang lain, kucing persia ini mengambil masa 3 ke 4 bulan untuk hamil sebelum melahirkan anak kucing. Mungkin ramai tidak tahu, seekor kucing betina boleh melahirkan anak kucing sebanyak 5 kali setahun. Namun ia turut bergantung kepada tahap kesihatan kucing tersebut. 

Disebabkan kucing parsi adalah sejenis yang memerlukan perhatian, anda perlu membantu kucing parsi anda, atau dengan kata lain anda perlu “sambut kelahiran” anak kucing persia baru lahir. Ini kerana berkemungkinan kucing parsi anda tidak pandai untuk mengurus anak-anak yang baru lahir. Jadi anda perlu memberi lebih perhatian semasa proses kelahiran kucing parsi anda.

Senarai Item kucing & link Promo murah di Shopee.
Tekan link untuk semak harga. T&C

Cat Brush Grooming : https://shp.ee/psik9mm

Cat Nail Clipper : https://shp.ee/ha7un3d

Cat Trimmer : https://shp.ee/9fneqkm

Cat Dryer : https://shp.ee/77hixbm

Cat Cage : https://shp.ee/jnd6h2d

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Tidak dinafikan kucing persia atau kucing parsi ini adalah jenis kucing bulu panjang yang paling popular di seluruh dunia. Bagi anda yang ingin mencari kucing peliharaan sebagai teman hidup boleh cuba memelihara kucing persia ini kerana ia sangat jinak dan manja. Untuk info lebih lanjut anda boleh terus ke laman kucing persia putih paling cantik di dunia. Semoga bermanfaat!

Scroll to Top
Scroll to Top