Tanda Kucing Stress

Tanda Kucing Stress | 5 Punca & Cara Mengatasinya

Tanda kucing stress adalah perkara yang pemilik kucing perlu tahu dan cakna. Seperti juga manusia, kucing juga boleh mengalami stress dan jika berterusan akan menganggu kesihatan emosi dan fizikal kucing anda. Di dalam artikel kali ini kami kongsikan tanda kucing stress, punca dan cara untuk mengatasinya.

Tanda Kucing Stress Yang Anda Perlu Tahu

Kucing Menjadi Bimbang @ Anxious

Jika anda pernah nampak najis terdapat di dalam rumah kucing anda walaupun terdapat bekas pasir tandas, ini juga tanda kucing sedang stress. Kucing akan mula membuang najis di merata-rata tempat di dalam rumah. Kucing jantan juga akan mula kencing merata-rata di sekitar kawasan sangkar.

Kucing Berkelakuan Agresif

Tanda Kucing Stress

Jangan terkejut jika kucing anda selama ini dikenali dengan sikap yang manja dan lembut boleh bertukar menjadi agresif secara tiba-tiba. Ini boleh disebabkan kucing berasa stress dengan keadaan sekeliling. Kucing anda mungkin boleh menggigit dan mencakar dengan kuat apabila terasa terancam dan takut.

Terlalu Menjilat Bulu

Tanda kucing stress seterusnya adalah kucing akan menjilat bulu secara tidak normal. Semulajadinya kucing akan menjilat bulu sebagai self grooming untuk membersihkan badanya. Namun perilaku ini akan menjadi kerap apabila stress. Disebabkan itu, anda akan dapati bulu kucing anda banyak gugur dan badan kucing kelihatan bertompok. Terdapat juga kes kucing akan muntah bulu disebabkan banyak bulu yang tertelan semasa menjilat.

Kerap Bising Tanpa Sebab

Tanda ini anda boleh lihat sahaja kucing liar di sekitar rumah anda, ia akan mula bising tanpa sebab. Bunyi miow kucing stress ini berbeza dengan bunyi semasa normal kerana ia akan bising dalam tempoh masa yang lama dan kuat.

Punca Kucing Stress

Terdapat beberapa sebab kenapa kucing akan mengalami stress, anda mesti mengenalpasti punca kucing anda yang mengalami stress agar boleh melakukan tindakan susulan. Kucing stress yang dibiarkan dalam tempoh masa yang lama akan menyebabkan ia mudah mendapat penyakit. Antara punca stress pada kucing adalah:  

  • Perubahan sekeliling
  • Keadaan yang bising
  • Berjumpa dengan kucing baru
  • Mengawan
  • Menukar makanan

Untuk kucing yang dipelihara indoor, kebiasaanya punca kucing stress adalah disebabkan perubahan sekeliling dan menukar makanan harian. Jika kucing anda mula menunjukkan tingkah laku yang aneh, anda boleh relate punca-punca di atas. 

Cara Mengatasi Kucing Stress

Kerap Membelai Dan Bersama Kucing Anda

Cara terbaik untuk menghilangkan stress pada kucing adalah dengan memberi belaian kepada si comel anda. Dengan menggosok, mendukung, dan bercakap dengan kucing boleh memberikan rasa tenang daripada stress. Malah kajian juga menunjukkan kucing sebenarnya faham akan gerak badan manusia, kucing yang sakit juga boleh sembuh dengan terapi bercakap dengan kucing.

Sediakan Tempat Tinggal Yang Selesa

Tanda Kucing Stress

Punca utama yang menyebabkan kucing stress adalah keadaan sekeliling yang tidak selesa, maka sediakan rumah kucing yang selesa bagi kucing anda. Sediakan kain yang lembut untuk dijadikan sebagai “sofa” si comel anda. Sediakan ruang yang luas dan besar serta alatan permainan untuk kucing aktif bergerak.

Luangkan Masa Untuk Bermain

Kucing yang stress boleh dihilangkan dengan cara luangkan lebih masa bersama anda. Dengan bersama dengan lebih kerap kucing anda akan mula mempercayai anda dan kurang rasa takut. Anda boleh membawa kucing berjalan-jalan mahupun membantu dalam grooming. Kucing akan mula percaya dan akan mengingati suara dan bau badan anda.

Senarai keperluan kucing yang boleh dibeli dengan harga murah di Shopee

Premium Cat Food :
https://shp.ee/gzqbtm5

Wet Food Cat :
https://shp.ee/2r4a2r5

Cat House :
https://shp.ee/mmgj8r5

Cat Tools :
https://shp.ee/xmemxy5

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Seperti juga manusia, kucing yang stress dalam tempoh masa yang lama akan memberi kesan kepada kesihatannya. Anda boleh mula perhatikan tanda kucing stress yang ada pasa si comel anda bagi tindakan susulan. Semoga bermanfaat!

Scroll to Top
Scroll to Top