cara penjagaan kucing parsi

Cara Penjagaan Kucing Parsi

Tahukah anda terdapat cara penjagaan kucing parsi yang khusus, ini kerana baka kucing ini mempunyai bulu yang panjang dan lebat. Cara jaga kucing parsi ini tidak sama seperti menjaga kucing liar atau kucing domestik biasa kerana ia memerlukan lebih perhatian dan agak manja. Disini kami kongsikan beberapa tips dan perkara yang perlu untuk menjaga kucing berbulu lebat ini. 

Selain itu, disebabkan kucing ini adalah baka yang berbulu yang lebat dan panjang, anda juga memerlukan beberapa alatan untuk aktiviti grooming. Walaupun anda boleh groom di klinik veterinar, namun minor grooming ini juga perlu dilakukan setiap hari di rumah. Untuk lebih jelas disini kamikan apa yang perlu dilakukan.

5 Cara Penjagaan Kucing Parsi

Berikut adalah antara cara menjaga kucing parsi yang boleh dilakukan di rumah sahaja. Rata-rata aktiviti ini boleh dilakukan oleh anda sendiri di tanpa perlu membawa kucing anda ke klinik veterinar untuk grooming. Malah ia perlu dilakukan setiap hari agar kucing anda lebih cantik dan kekal sihat. 

Latih Di Usia Kecil

Perkara yang paling utama dalam menjaga kucing parsi adalah anda perlu melatih kucing ini pada usia muda lagi. Ini bagi membolehkan kucing menyesuaikan diri dengan aktiviti grooming ini hinggalah dewasa. 

Terutamanya dalam penjagaan bulu kucing mestilah dilakukan sejak kucing lagi. Kucing yang telah menyesuaikan diri ini dilihat lebih pandai untuk menjaga kebersihan diri @ grooming diri sendiri tanpa memerlukan bantuan tuannya.  

Penjagaan Bulu 

Penjagaan bulu adalah amat penting terutamanya apabila melibatkan baka kucing bulu lebat. Jika tidak dirawat dan dijaga dengan betul bulu kucing ini akan menjadi kusut dan menggumpal. Malah, kondisi ini juga boleh menyebabkan kucing anda mengalami masalah seperti sukar bernafas dan risiko jangkitan kutu dan parasit. 

Cara terbaik untuk menjaga bulu kucing ini adalah anda perlu menyikat bulu setiap hari. Gunakan sikat yang khas untuk bulu kucing sahaja. Anda juga boleh memotong kawasan yang mempunyai bulu terlalu panjang seperti di kawasan tapak kaki kucing dan kawasan dubur.

Bersihkan Kawasan Hidung

Ramai pemilik kucing berbulu lebat ini kurang menjaga kebersihan di kawasan hidung kucing parsi. Ini penting kerana hidung kucing parsi ini lebih pendek berbanding kucing biasa, jika bulu tidak diurus dengan baik akan mengganggu sistem pernafasan kucing parsi. 

Jika anda melihat kucing berbulu lebat ini kelihatan tercungap-cungap, periksalah kawasan hidungnya yang mungkin terganggu disebabkan bulunya yang penutup kawasan hidung. Anda boleh menyikat bulu yang menutup hidungnya dengan menggunakan sikat setiap hari. 

Bersihkan Kawasan Mata

Selain bulu di kawasan hidung, masalah cairan yang keluar daripada mata juga boleh mengganggu sistem pernafasan kucing parsi. Kucing parsi kerap mengalami masalah mata berair, jika tidak dirawat dengan segera cairan ini akan meleleh ke bawah dan membasahi bulu di sekitar hidung. Ini akan menyebabkan cairan dan bulu ini menutup kawasan hidung kucing. 

Jika anda mendapati kucing parsi anda mengalami mata berair, langkah awal adalah anda perlu membantu membersihkan cairan ini dengan kain basah yang bersih. Lakukan setiap hari hingga cairan mata mulai kering atau anda boleh titiskan ubat mata kucing hingga sembuh.

Pemvaksinan

Disebabkan kucing parsi ini adalah baka kucing yang manja, anda mesti memberikan suntikan vaksin untuk membantu menguatkan sistem pertahanan badan kucing. Untuk pemberian vaksin anda perlu membawa kucing anda ke klinik veterinar dengan bayaran yang tertentu untuk setiap vaksin. 

Senarai Item kucing & link Promo murah di Shopee.
Tekan link untuk semak harga. T&C

Cat Brush Grooming : https://shp.ee/psik9mm

Cat Nail Clipper : https://shp.ee/ha7un3d

Cat Trimmer : https://shp.ee/9fneqkm

Cat Dryer : https://shp.ee/77hixbm

Cat Eye Drop : https://shp.ee/q2a2h2z

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata 

Ternaya untuk memelihara kucing baka bulu lebat ini tidaklah mudah kerana ia memerlukan perhatian dan penjagaan yang rapi. Terdapat beberapa keperluan dan alatan grooming yang anda perlu sediakan jika anda bercadang untuk membeli kucing parsi ini. Antara jenis parsi yang popular adalah kucing parsi kelabu dan parsi putih. Semoga bermanfaat!

Scroll to Top
Scroll to Top