makanan kucing parsi

Makanan Kucing Parsi Terbaik

Makanan kucing parsi adalah antara keperluan yang paling penting kerana kucing baka berbulu lebat ini memerlukan nutrisi yang berbeza daripada kucing biasa. Ini kerana kucing ini memerlukan zat yang cukup untuk pertumbuhan bulu dan otot yang baik. 

Oleh sebab itu, anda perlu menyediakan bakalan makanan yang sesuai untuk kucing parsi ini. Di sini kami kongsikan beberapa tips pemakanan dan jenama makanan yang terbaik untuk kucing parsi anda.

Berapa Kali Kucing Parsi makan?

Apabila seekor kucing parsi mencapai umur enam bulan dan ke atas, pemberian makanan dua kali sehari adalah terbaik memandangkan pada usia ini kucing memerlukan lebih tenaga untuk bergerak dan aktif. Namun diet ini mungkin berubah jika berlakunya kenaikan berat badan melampau atau kucing perlu berpuasa untuk tujuan kesihatan.

Pemberian Susu Pada Kucing Parsi?

Susu lembu tidak sesuai untuk kucing anda, ramai orang beranggapan susu adalah minuman kesihatan kucing, ternyata ini silap kerana kucing akan mengalami ketidakselesaan pada perut disebabkan kondisi lactose intolerant. Susu bukan makanan utama untuk kucing, maka eloklah diberikan air kosong atau air kelapa sahaja pada kucing anda.

Telur Ayam Untuk Kucing Parsi

Disebabkan telur adalah sumber makanan yang kaya dengan protein maka ia sesuai untuk dijadikan diet kucing anda. Namun pastikan anda memberikan telur yang telah siap dimasak/direbus bagi mengelakkan sebarang jangkitan pada kucing. Selain itu, pastikan anda mengawal pemberian telur kuning kerana jika berlebihan boleh menggangu kesihatan kucing anda. 

3 Makanan Kucing Parsi Terbaik Untuk Bulu

Berikut adalah antara jenama makanan yang sesuai untuk kucing berbulu lebat seperti baka parsi. Anda boleh juga membuat sendiri makanan kucing anda, namun untuk lebih mudah anda boleh sahaja membeli pellet ini kerana ia juga mengandungi nutrisi yang seimbang terutamanya kandungan proteinnya. 

Royal Canin Persian 

Jenama royal canin pastinya tidak asing lagi dalam pasaran makanan kucing, yang menariknya royal canin juga mengeluarkan makanan khas untuk kucing parsi iaitu Roayak Canin Persian. Set makan ini mempunyai dua jenis khas untuk kucing parsi dewasa dan anak kucing parsi.

Ramuan nutrisi yang ada pada royal canin ini dibuat khas bagi memastikan kucing persian anda menerima zat nutrisi yang cukup sejak dari usia muda hinggalah ke dewasa. Selain itu, kandungan protein yang tinggi dan seimbang juga bagus untuk perkembangan kucing parsi anda.  

Rich Choice Persian

Ramuan makanan kucing khas untuk baka berbulu panjang dan lebat ini juga bagus untuk dijadikan pilihan kucing anda. Ini kerana ia mempunyai ramuan yang seimbang dari segi nutrisi antaranya adalah:

  • Crude Protein 34% 
  • Crude Fat 13% 
  • Crude fibre 6.4% 
  • Phosphorus 0.6%, 
  • Magnesium 0.09% 
  • Potassium 0.76%

Kandungan protein yang tinggi diikuti dengan zat yang lain menjadikan rick choice persian ini antara pilihan untuk kucing anda.

Equilibrio Persian

Jenama makanan kucing daripada negara brazil ini turut popular dan menjadi pilihan rakyat Malaysia. Pellet ini mempunyai ramuan untuk menghalang gumpalan bulu di dalam saluran pencernaan kucing anda. Selain itu, ia juga bagus untuk kesihatan kulit dan bulu kucing parsi.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Kucing parsi adalah kucing yang cerewet dalam pemakanan harian, oleh sebab itu anda dicadangkan agar menyediakan 2 jenama makanan yang berlainan untuk kucing anda. Jika rajin, anda boleh juga membuat makanan kucing anda sendiri di rumah dengan menggunakan ramuan bahan basah sendiri. Nak tahu lebih banyak info berkenaan kucing parsi? Boleh terus ke laman kucing siam parsi

Scroll to Top
Scroll to Top