Table of Contents
Tahukah anda bekas makanan kucing juga boleh mempengaruhi pengambilan makanan harian kucing? Mungkin memberi makan kucing dilihat sangat mudah, tuang sahaja makanan di dalam bekas dan semuanya selesai. Namun hakikatnya tidak semua bekas makanan sesuai dengan kucing peliharaan anda. Naka tahu lebih lanjut boleh teruskan membaca entry ini hingga habis ya..
Ciri-ciri Bekas Makanan Kucing Yang Bagus
Terdapat pelbagai jenis bentuk dan material bekas makanan untuk pilihan anda. Anda mestilah memilih jenis bekas makanan yang sesuai dengan kucing anda. Dalam pemilihan bekas makanan ini terdapat beberapa kriteria yang anda boleh lihat seperti.
Material bekas makanan
Dalam banyak-banyak material bekas makanan, jenis stainless steel adalah yang paling terbaik dan tahan lama. Selain itu, ia juga mudah untuk dibersihkan dan tahan lasak. Material jenis kaca dan ceramik juga mudah untuk dibersihkan, namun ia mudah pecah dan retak apabila jatuh. Bahagian yang retak ini boleh menyebabkan kucing anda mengalami luka pada lidah dan juga risiko merebaknya bakteria pada bekas makanan.
Bekas makanan jenis plastik pula tidak sesuai untuk digunakan setiap hari kerana ia mudah tercalar apabila terkena gigi dan kuku kucing dengan kerap. Calar inilah yang boleh menyebabkan bakteria tumbuh di sekitar bekas dan boleh bercampur dengan makanan.
Saiz dan bentuk bekas makanan
Tahukah anda sebenar anda perlu menukar bekas makanan seiring dengan keperluan semasa kucing. Kriteria bekas makanan yang terbaik adalah seperti:
- Luas yang lebar dan ke dalam
- Tidak mempunyai lekuk tajam
- Mempunyai lapisan getah di tapak bekas
Ini adalah saiz dan bentuk asas bekas makanan yang bagus untuk digunakan. Jadi sebelum membeli, anda bolehlah melihat ciri-ciri ini pada bekas untuk meletak makanan kucing anda. Rata-rata bekas makanan ini anda boleh dapat dengan harga mampu beli di kedai haiwan ternakan atau di klinik vet.
Stainless Steel Cat Bowl
Bekas Makanan Kucing Automatik
Dengan kemajuan teknologi kini terdapat banyak jenis bekas makanan dan minuman kucing yang direka untuk beroperasi secara automatik. Keunikan ini menjadikan kerja pemilik kucing lebih mudah kerana kucing anda boleh menerima makanan dan minuman dengan sendiri.
Keunikan utama bekas makanan automatik ini adalah anda hanya perlu setkan sekali dan bekas ini akan beroperasi dengan sendirinya. Bergantung kepada kapasiti kucing, bekalan makanan dan air ini perlu ditambah apabila habis. Berikut kami sertakan beberapa jenis model bekas makanan dan minuman kucing automatik.
Cat Automatic Feeder
Cat Water Fountain
Bekas Makanan Kucing Anti Semut
Masalah makanan kucing dimakan semut adalah perkara yang kerap terjadi kepada semua pemilik kucing. Walaupun ia kelihatan kecil, tetapi masalah akan timbul apabila kucing akan enggan memakan makanan yang telah dimakan semut ini. Ini akan menyebabkan berlakunya pembaziran makanan kucing. Untuk mengatasi masalah ini terdapat sejenis bekas makanan yang mempunyai fungsi anti semut.
Jika dilihat pada reka bentuk bekas makanan ini mempunyai lorong khas untuk takungan air di sekelilingnya. Ini berfungsi untuk menghalang semut daripada memanjat ke dalam kawasan makanan kucing.
Diy Bekas Makanan Kucing Sendiri
Jika anda seorang yang gemar mereka cipta atau DIY sendiri bekas untuk makanan kucing anda, terdapat beberapa idea yang anda boleh jadikan sebagai ilham. Jika dibina dan direka dengan betul, bekas DIY ini juga boleh digunakan untuk kucing dan anda tidak perlu mengeluarkan kos untuk membeli bekas makanan automatik. Berikut kami kongsikan beberapa ideal DIY bekas makanan yang dikongsikan oleh warganet melalui hantaran di facebook.
Kredit : Aida Mazli
Kredit : Tapaw
**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee
Akhir Kata
Terdapat banyak jenis bekas untuk menyediakan makanan kucing ini, yang paling penting anda perlu lihat samada ia sesuai atau tidak untuk digunakan oleh kucing anda. Dan pastikan anda memilih jenis bekas yang mempunyai krateria asas seperti yang kami nyatakan tadi. Anda nak tahu rahsia buat kucing gemuk dan sihat? Boleh terus ke slot resepi makanan kucing untuk gemuk semoga bermanfaat!