fungus kucing

Fungus Kucing & Rawatan + Free Shopee Voucher

Masalah fungus kucing adalah masalah yang kerap kali dialami oleh kucing liar dan juga kucing peliharaan di rumah. Masalah ini boleh dilhat secara zahir pada luaran kulit @ bulu kucing yang bertompok dan gugur bulu, manakala simptom pada kucing ini akan mula banyak menjilat dan menggangu pada bulunya.

Bagi kucing peliharaan, mengalami masalah fungus ini pastinya menggangu kesihatan kucing anda. Malah jika tidak dirawat masalah ini boleh merebak kepada kucing-kucing lain yang bersentuhan. Di dalam artikel ini kami kongsikan info berkenaan masalah fungus ini dan cara rawatan yang boleh dibuat sendiri di rumah. 

Apa Itu Fungus Kucing

Sebenarnya terdapat beberapa punca berlakunya fungus pada kucing ini, walaupun fungus ini berpunca daripada punca yang berbeza, namun kesan luaran fungus ini akan kelihatan sama sahaja pada kulit kucing. Untuk lebih mudah faham berikut adalah punca berlakunya fungus:

  • Fungus, Fungus adalah berpunca daripada kulat
  • Kurap, Kurap adalah berpunca daripada ektoparasit, tungau, atau hama.

Apabila kita memahami punca berlakunya masalah kulit ini, maka lebih mudah untuk mengesan jenis luka pada kulit dan juga cara merawat yang betul. Untuk masalah kulit kucing ini perlu ditangani dengan segera kerana ia boleh merebak kepada kucing lain.

Perbezaan Fungus Dan Kurap Pada Kucing

Bagi anda yang sudah biasa memelihara kucing pastinya mudah untuk membezakan kesan kulit yang berlaku disebabkan fungus dan kurap. Cara pertama untuk melihat samada masalah kulit kucing berpunca daripada fungus atau kurap adalah dengan melihat kesan luka kucing itu sendiri. Berikut adalah perbezaan fungus dan kurap pada kucing.

Fungus Kucing

Untuk masalah fungus, kulit kucing akan berkeruping halus dan gugur bulu. Kesan fungus ini akan menyebabkan kulit menjadi merah. Masalah fungus ini kerap dialami oleh anak kucing terutamanya di muka dan kaki anak kucing. 

Cara rawatan fungus:
Cara betul untuk merawat masalah fungus ini adalah dengan menggunakan shampoo, spray, atau krim anti fungal untuk kucing.

Kurap Kucing

Untuk masalah kurap ini boleh dilihat dengan jelas pada kulit dan bulu yang berkeruping tebal dan bulu bergumpal. Kurap ini kerap dialami pada bahagian cuping telinga dan boleh merebak keseluruh badan kecuali dirawat dari awal. 

Cara rawatan kurap:
Bagi masalah kurap pula, cara betul untuk merawat kurap adalah dengan menggunakan ubat anti-parasit.

Dengan mengetahui punca berlakunya masalah kulit pada kucing ini, maka adalah mudah untuk anda merawat kucing kesayangan anda. Untuk merawat kucing ini anda boleh membawa kucing anda ke klinik vet berdekatan atau anda boleh membeli ubatan yang dijual di Shopee sahaja, namun pastikan anda membeli ubatan yang dijamin selamat dan betul untuk kucing anda. 

Cara Elakkan Jangkitan Fungus

Jangkitan fungus ini agak kerap berlaku pada kucing diusia awal kerana masih belum mahir untuk membersihkan diri sendiri. Anda boleh mengamalkan rutin kebersihan secara kerap untuk mengawal jangkitan ini daripada merebak. Berikut adalah beberapa cara untuk mengelakkan jangkitang fungus ini:

  • Kerap membersihkan pasir tandas kucing, kalau boleh 2 kali sehari.
  • Bersihkan bekas makanan dan minuman setiap hari.
  • Bersihkan anak kucing dengan kain basah
  • Jika kucing berbulu lebat, pastikan tiada masalah bulu bergumpal.
  • Asingkan kucing yang dijangkiti fungus
  • Kerap membersihkan tempat tidur kucing 

Jangkitan fungal ini mudah terkena pada kucing yang berada di tempat yang kotor dan juga tempat tinggal yang tidak dibersihkan. Ia boleh dielakkan dengan menjaga kebersihan terutamanya kebersihan pasir tandas kucing. Anda sebagai pemilik kucing perlu take noted akan kebersihan tandas pasir kucing anda. 

Simptom Jangkitan Fungus

Anda boleh mengesan jangkitan fungus ini lebih awal dengan melihat simptom yang dihadapi oleh kucing anda. Dengan mengesan simptom awal ini membolehkan anda merawat jangkitan fungus ini lebih awal daripada merebak. Antara kesan awal jangkitan fungus adalah:

  • Kucing kerap menggaru, terutamanya pada muka atas mata.
  • Kawasan yang dijangkiti fungus menjadi lopak merah dan bulu gugur.
  • Kulit dan bulu kucing akan berkeruping halus seperti kelimumur.
  • Kuku kucing menjadi hitam

Jika anda mendapti kucing anda mengalami simptom-simpton di atas, anda boleh membawa kucing anda ke vet berdekatan atau boleh juga merawat sendiri di rumah dengan ubatan yang betul. Selain itu, anda boleh melakukan langkah pencegahan dengan memberishkan kawasan sangkar kucing dan tandas kucing anda.

Tips Merawat Jangkitan Fungus Pada Kucing

Disini kami turut kongsikan tips untuk merawat jangkitan fungus ini dengan murah dan mudah sahaja. Tips ini adalah berkongsian daripada adzliahfabli.blogspot.com untuk rujukan anda, anda boleh amalakn tips ini untuk menjaga kebersihan kucing anda. 

Bersihkan Kucing Dengan Jusz Plus

Kucing yang dewasa boleh melakukan grooming sendiri tanpa perlu dimandikan dengan kerap, namun anda juga boleh membersihkan bulu kucing anda secara berkala dengan menggunakan spray Jusz Plus. Kandungan utama spray ini adalah minyak kelapa atau coconut oil yang bagus untuk merawat organ kulit dan bulu kucing. 

Sapu Cuka Epal Pada Jangkitan Fungal

Jika kucing anda telah dijangkiti fungus dan telah berkelopak, anda boleh menggunakana cuka epal untuk membunuh jangkitan fungal ini. Cuka epal bersifat asid dan boleh membunuh fungus, tetapi anda perlu mencampurkan cuka epal dan air kosong dahulu agar larutan cuka tidak terlalu pekat dan boleh menyakitkan kucing. 

  • 1 cawan air kosong
  • 1 sudu besar cuka epal
  • Campur dan kacau hingga larut
  • Gunakan kapas, celup dan sapu pada kelopak fungus

Selain boleh membunuh fungal, bancuhan air cuka epal ini juga boleh digunakan untuk membasmi hama dan kutu pada kucing. Elakkan menggunakan cuka epal yang tidak dibancuh dengan air kerana kandungan asid yang tinggi boleh menyebabkan kulit kucing melecur dan kucing akan lebih sakit. Elakkan menyapu pada luka yang masih baru atau berdarah.

Tabur Bedak Aiken Anti Bakterial

Tahukah anda, pasir tandas kucing adalah tempat bermulanya jangkitan penyakit pada kucing. Pasir kucing jika tidak dijaga dan dibersihkan dengan betul, ia boleh menjadi tempat berkembangnya segala jenis bakteria dan fungal. Salah satu cara menjadi tandas kucing adalah:

  • Cuci tandas kucing dengan dettol @ klorok, bersih dan keringkan.
  • Selepas masukkan pasir baru, anda boleh tabur sedikit bedak aiken anti bakterial, untuk membunuh fungus pada pasir kucing.

Walaupun agak mahal, namun cara ini boleh dijadikan cara untuk mengawal masalah jangkitan fungal pada kucing, terutamanya pada anak kucing yang masih belum tahu untuk grooming bulu sendiri. Anda boleh membeli bedak aiken mudah di Shopee melalui butang di Shopee di bawah.

Ubat Anti Fungal Yang Dijual Di Dhopee

Masalah fungus ini boleh dirawat dengan menggunakan beberapa ubatan anti fungal, namun pastikan anda membeli ubatan ini daripada pembekal yang dipercayai dan digunakan dengan cara yang betul. Oleh itu, disini kami kongsikan beberapa ubat merawat fungus yang boleh dibeli di laman Shopee sahaja. 

Dengan merawat sendiri di rumah membolehkan anda lebih jimat terutamanya bagi mereka yang memelihara banyak kucing. Anda boleh menyediakan kit ubat khas untuk merawat kucing anda di rumah sahaja. Berikut adalah beberapa ubat anti fungal yang kami cadangkan untuk anda guna. 

Nanovet Pet Antifungal & Antibacteria

fungus kucing
  • Anti fungal dan anti bakteria
  • Jenis spray
  • Tiada alkohol
  • Spray pada bahagian jangkitan dan sapu sekata.

Velvet Alabaster pet CURE cream

fungus kucing
  • Untuk fungus, luka, eczema, ringworm, dan psoriasis
  • Jenis krem
  • 100% semulajadi
  • Sapu pada kawasan luka dan dijangkiti, biarkan kering.

Swache Skin Treatment / Anti-Fungal Cream

fungus kucing
  • Untuk jangkitan fungal
  • Jenis krim
  • 1% bahan aktif Clotrimazole
  • Bersihkan kawasan fungal, sapukan dan biarkan kering.

Vetz Cream Fungal Cream For Pet

  • Merawat masalah luaran pada kulit
  • Jenis krim sapu
  • Untuk kegunaan luaran sahaja
  • Bersihkan tempat yang dijangkit, sapu vet krem 2 ke 3 kali sehari

Senarai Item kucing & link Promo murah di Shopee.
Tekan link untuk semak harga. T&C

Cuka epal : https://shope.ee/4KffJEPUTB

Jusz Plus Pro : https://shope.ee/6zgQUANOnQ

AIKEN ANTIBACTERIAL TALC : https://shope.ee/8KBo4httuT

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Jangkitan fungus kucing ini boleh dikatakan biasa dialami oleh kucing terutamanya dalam kalangan kucing muda atau yang masih kecil. Oleh itu, langkah mencegah mesti dilakukan dengan mengamalkan kebersihan terutamanya menjaga kebersihan pasir tandas kucing. Anda boleh membeli krim atau spray anti fungal untuk membantu membasmi fungus ini. Baca artiel seterusnya kucing comel gebu. Semoga bermanfaat! 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top