doa kucing hilang

Doa Kucing Hilang Agar Cepat Jumpa

Ada ke doa untuk kucing hilang? Memelihara kucing memang banyak cabarannya, ditambah pula kucing ini secara semulajadinya mempunyai pelbagai karenah, manja, dan nakal. Kucing ini diibarat seperti kanak-kanak, kadang-kadang tindakkannya tidak selari dengan keadaanya, keadaan ini boleh menyebabkan kemalangan jika tidak dipantau dengan betul.

Antara perkara yang kerap berlaku kepada pemilik kucing adalah apabila kucing peliharaan hilang. Kucing hilang ini kerap berlaku kepada kucing yang dibela di dalam rumah @ kucing indoor. Ini terjadi kerana kucing indoor ini tidak biasa keluar rumah dan berjalan bersendirian tanpa pengawasan. Berikut adalah antara sebab kucing hilang:

  • Sesat @ tidak tahu jalan pulang.
  • Mengikuti kucing lain, samada jantan atau betina.
  • Bergaduh dengan kucing lain dan lari bersembunyi
  • Mengejar mangsa seperti tikus, burung, dan sebagainya
  • Dicuri oleh orang lain

Terdapat banyak lagi sebab yang boleh menyebabkan berlakunya kecurian pada kucing, secara umumnya kucing hilang ini boleh diklafikasikan apabila kucing tidak pulang ke rumah dalam satu tempoh masa yang lama. Rata-rata pemilik kucing pastinya pernah merasainya peristiwa kehilangan kucing ini, keadaan ini pastinya menggangu emosi kerana kucing ini boleh dianggap sebagai ahli keluarga untuk kebanyakkan orang. 

Doa Kucing Hilang Agar Cepat Jumpa

Sebagai seorang yang beragama Islam, berdoa adalah salah satu cara apabila berhadapan dengan masalah termasuklah apabila kucing hilang. Ini kerana terdapat banyak doa-doa yang boleh dibaca ketika anda mengalami situasi barang hilang. Doa-doa ini boleh juga diamalkan apabila kucing anda hilang atau tidak pulang ke rumah.

Disini kami kongsikan satu kisah yang dikongsikan oleh pemilik laman facebook Anys Syuhada yang mengalami saat-saat getir apabila kucing peliharaannya yang berharga RM3000 hilang dari rumah. Beliau turut kongsikan doa yang diamalkan serta bagaimana kucing kesayangan boleh dijumpai semula. Berikut adalah doa yang diamalkan oleh beliau:

اَللهُمَّ يَارِبِّ الضَّآلَّةِ وَيَاهَادِيًا مِنَ الضَّلاَلَةِ رُدَّ ضَآلَّتِىْ

 ALLOOHUMMA YA RABBADL DLOOLLATI WA YAA HAADIYAN MINADL DLOLAALATI RUDDA DLOOLLATI 

Artinya : Ya Allah Tuhan dari sesuatu yang hilang, ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan, kembalikanlah barangku yang hilang

Gunakan GPS Tracker Untuk Kucing

Dengan kemajuan gajet kini terdapat juga beberapa tool yang boleh digunakan untuk mengesan kucing yang hilang. Sama juga seperti talifon, tool ini mempunyai sistem GPS yang boleh mengesan kucing anda dimana-mana sahaja kucing pergi. 

Tool ini sangat sesuai untuk kucing yang kerap merayau dan hilang kerana ia boleh dikesan melalui telefon pintar anda sahaja. Dengan adanya cat tracker ini boleh meringankan beban pemilik kucing untuk mengesan kucing setiap kali masuk waktu malam. Berikut adalah beberapa cat tracker murah yang boleh dibeli di Shopee sahaja.

Apple AirTag

Bagi anda yang gemar menggunakan barangan apple pastinya mengetahui fungsi produk Apple AirTag. Ia adalah sejenis tool dari apple yang bertujuan untuk mengesan barang seperti dompet, bag tangan, bag baju, termasuklah kucing.

Anda boleh membeli Apple AirTag ini dengan harga RM120 seunit sahaja, dan boleh menggunakannya di mana-mana. Untuk kucing, anda boleh membeli rantai leher khas untuk melekatkan Apple AirTag pada kucing. Anda boleh trace kucing anda dengan tepat melalui Find My app.

doa kucing hilang

Mini Real Time GPS Tracker 

doa kucing hilang

Bagi anda inginkan tracker yang sedikit murah, jangan risau kerana terdapat mini GPS tracker yanbg dijual dengan harga bawah RM10 sahaja. Selain daripada mengesan GPS, tool ini juga boleh merakam audio yang berdekatan. Untuk kegunaan kucing, anda perlu membeli rantai leher berasingan untuk dijadikan rantai pada kucing.

Anti-lost Device

doa kucing hilang

Sebuah tool anti lost yang dibuat khas untuk mengesan haiwan peliharaan termasuklah kucing. Tool ini mempunyai kapasiti mengesan sejauh 10 meter, jika kucing anda menghampiri jarak 10 meter, tool ini akan mengeluarkan bunyi alarm untuk peringatan kepada anda. Ia mempunyai bentuk yang comel iaitu bentuk tapak kaki kucing. Adna boleh dapatkan tracker ini dengan harga sekitar RM20 sahaja.

OCM Cat Dog Pets Collar

Setelah anda membeli alat untuk mengesan kucing anda, anda perlu membeli pula rantai leher yang khas untuk meletakkan tool GPS anda. Jangan risau kerapa rantai leher kucing ini boleh didapati dengan harga murah sahaja dan yang lebih penting ia diperbuat daripada meterial tahan lama dan tahan lasak. Anda boleh pakaikan pada leher kucing apa apabila perlu sahaja seperti keluar rumah, bersiar-siar dan sebagainya.

Link shopee produk grooming cat:

Pet Comb Cat Comb Grooming : https://shope.ee/402rEHWJ0b
Pet Hair Clipper Grooming Kit : https://shope.ee/79zt08AZfN
Pet Grooming Bag Shower Bath : https://shope.ee/6pN2bYFmLZ
Cat Grooming Glove : https://shope.ee/1fewS5ccwy
Cat Nail Trimmer : https://shope.ee/7pFZnRwoTo

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Terdapat beberapa lagi doa kucing hilang yang boleh diamalkan apabila kucing tidak balik ke rumah. Berdoa ini adalah salah satu cara bertawakal setelah berusaha mencari kucing anda yang hilang. Kucing juga adalah mahkluk yang Allah boleh dorongkan hatinya untuk kembali kepada tuan yang sedang mencari dengan izinNYA. Baca juga artikel kucing kelabu. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top