Kucing Muntah Buih

Kucing Muntah Buih Berbahaya?

Table of Contents

Pernah tak kucing anda muntah buih? Seperti juga manusia, haiwan juga akan mengalami muntah disebabkan beberapa keadaan kesihatan tubuh badan. Masalah muntah pada kucing ini boleh berpunca daripada masalah kesihatan yang serius ataupun masalah kesihatan yang ringan sahaja.

Jika kucing anda mengalami muntah dengan kerap sehingga menggangu kesihatan kucing, maka anda perlulah segera membawa kucing anda ke klinik vet terdekat untuk rawatan susulan. Di dalam artikel ini kami kongsikan muntah yang kerap berlaku pada kucing iaitu muntah jenis berbuih untuk rujukan anda.

Kenapa Kucing Muntah Buih?

Jika kucing anda muntah, perkara pertama yang anda perlu lihat dahulu adalah pada muntah kucing anda. Ini kerana bahan buangan muntah ini boleh menjadi petanda kepada tahap kesihatan @ punca kucing muntah. Antara punca kucing muntah adalah:

Punca kucing muntah:

  • Muntah disebabkan bulu @ hairballs
  • Muntah disebabkan makanan
  • Muntah disebabkan racun @ alahan
  • Muntah disebabkan jangkitan
  • Muntah disebabkan cacing
  • Muntah disebabkan luka dalam

Antara muntah yang kerap berlaku adalah muntah jenis berbuih, muntah ini adalah yang paling kerap berlaku kepada kucing peliharaan dan juga kucing liar. Muntah buih ini biasanya bewarna putih sahaja @ bercampur sedikit dengan makanan. Adalah muntah ini berbahaya?

Kucing Muntah Buih

Kredit the spruce

Tanda Kucing Nak Muntah

Ramai pemilik kucing yang tidak peka dalam bab kucing muntah ini, sebenarnya anda boleh memerhati kucing anda sedang mengalami masalah penghadaman dengan beberapa kriteria. Dengan melihat gaya bahasa kucing ini membolehkan anda tahu kucing anda sedang sakit dan perlukan bantuan awal. Tambahan pula kucing yang sakit ini mungkin muntah di tempat lain yang mana anda tidak perasan.

Tanda kucing nakm muntah @ masalah penghadaman:

  • Kucing akan duduk diam dan tidak aktif
  • Kucing akan duduk memanjang, tidak seperti duduk biasa
  • Kucing akan berbunyi tersedak dan batuk berkali-kali

Jika anda melihat kucing anda mengalami tanda-tanda ini dengan kerap dalam masa sehari, anda boleh membuat tindakan awal di rumah dahulu. Kelebihan mendiagnos awal ini adalah dan boleh mencegah daripada keadaan lebih serius dan merawat di rumah sahaja. Antara rawatan yang anda boleh buat adalah:

Rawatan awal di rumah:

  • Kuarantin kucing yang ada tanda sakit ke sangkar asing
  • Berikan air minum sahaja, puasakan kucing daripada makanan pejal @ pellet.
  • Berikan vitamin @ antibiotik dalam bentuk cairan sahaja.
  • Puasa kucing selama beberapa hari untuk sembuhkan sebarang keradangan dalam badan jika anda. 
  • Berikan kucing masa untuk rehat hingga sembuh.

Berdasarkan kajian ahli veterinar, kucing yang muntah buih putih ini boleh disebabkan beberapa punca yang tidak serius. Cairan muntah yang bewarna putih ini adalah tanda yang ia tiada kaitan dengan kondisi muntah yang berbahaya seperti muntah warna merah (darah) atau muntah hijau (keracunan).

Muntah ini berkemungkinan daripada beberapa sebab yang lain seperti disebabkan bulu, gastrik, makanan tidak cerna, dan angin dalam badan. Anda mestilah melihat kucing anda agar berada dalam keadaan stabil dan melihat kekerapan muntah buih ini berlaku. Namun, jika ia berlaku dengan kerap sehingga kucing menjadi lemah, susut, dan tiada selera makan, segeralah berjumpa dengan dr vet untuk rujukan lanjut. 

Link shopee produk grooming cat:

KAWANKU Cat Toilet : https://shope.ee/WpS8CLU8
Pet Comb Cat Comb Grooming : https://shope.ee/402rEHWJ0b
Pet Hair Clipper Grooming Kit : https://shope.ee/79zt08AZfN
Pet Grooming Bag Shower Bath : https://shope.ee/6pN2bYFmLZ
Cat Grooming Glove : https://shope.ee/1fewS5ccwy
Cat Nail Trimmer: https://shope.ee/7pFZnRwoTo
AIKEN ANTIBACTERIAL TALC : https://shope.ee/8KBo4httuT

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Sebagai pemilik kucing, anda perlu tahu beberapa perkara asas dalam kesihatan kucing seperti jenis muntah. Dengan mengetahui jenis muntah ini memboleh anda mendiagnos awal keadaan kucing anda sekaligus membolehkan rawatan awal dilakukan di rumah sahaja. Tambahan, terdapat banyak vitamin yang dijual secara dalam talian Shopee yang anda boleh berikan kepada kucing sakit anda. Anda nak lebih banyak info kucing? Boleh terus ke artikel rumah kucing diy. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top