rumah kucing diy

Rumah Kucing DIY Terbaik

Rumah kucing DIY adalah antara pilihan terbaik untuk dijadikan sebagai rumah kepada kucing peliharaan anda. Rumah kucing terbaik dan selesa boleh mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental kucing anda. Sebagai pemilik kucing anda mestilah menyediakan rumah kucing yang sesuai dengan kapasiti kucing anda. 

Terdapat banyak jenis sangkar kucing yang anda boleh dapati di pasaran dengan harga yang murah. Bagi anda yang inginkan kelainan untuk rumah kucing, anda sebenarnya boleh membuat sendiri @ DIY rumah kucing ini dengan menggunakan alatan-alatan yang murah sahaja. Di dalam artikel ini kami kongsikan idea rumah kucing diy untuk rujukan anda.

Ciri-ciri Rumah Kucing DIY Terbaik

Sebelum membuat rumah kucing sendiri, anda terlebih dahulu perlu tahu beberapa perkara yang perlu ada pada rumah kucing. Ini bagi memastikan kucing anda lebih selesa dan terlindung daripada kecederaan semasa di dalam rumah baru mereka. Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu dititik beratkan sebelum membuat rumah kucing DIY anda.

Luas dan selesa

Jika anda bercadang untuk membuat rumah kucing sendiri @ DIY, anda perlu kira-kira berapa kapasiti luas dan jumlah kucing peliharaan anda. Jika anda mempunyai kucing yang banyak, maka anda perlulah membuat rumah kucing yang besar atau beberapa rumah kucing berbeza.

Ini bagi memastikan kucing anda berada dalam keadaan selesa dan tidak sesak semasa tinggal di dalam rumah. Jika kesesakan berlaku kucing akan berisiko untuk stress dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Material yang sesuai

Untuk diy rumah kucing, anda perlu memilih bahan atau material yang selamat untuk haiwan peliharaan anda. Elakkan menggunakan bahan tajam yang boleh menyebabkan luka pada kucing seperti paku dan kawat. 

Sebaliknya gunalah beberapa material yang lebih mesra seperti batang paip dan bahan plastik yang tidak tajam. Ini kerana, kucing gemar untuk bersandar pada dinding rumahnya, jika material rumah kucing menggunakan bahan tajam, ini akan menyebabkan kucing terluka dan berisiko untuk jangkitan kuman yang lebih teruk.

Tandas yang selesa

Jika anda bercadang untuk DIY rumah kucing untuk didiami, anda perlu menyediakan ruang tandas yang luas untuk kucing anda. Tandas adalah salah satu perkara yang perlu dijaga kerana kawasan tandas kucing inilah tempat bermulanya kuman dan bakteria merebak. Anda juga boleh diy tandas kucing mengunakan bakul dan bekas besar sahaja.

Anda perlulah menyediakan ruang yang sesuai dengan kapasiti jumlah kucing anda. Pastikan anda menggunakan pasir yang betul-betul kering bagi memastikan bahan buangan kucing betul-betul meresap. Anda juga disyorkan untuk membuang @ skop pasir tandas 2 kali sehari untuk kebersihan rumah kucing anda.

Bertingkat

Tahukah anda rumah kucing yang bertingkat lebih baik jika dibandingkan rumah kucing biasa. Ini kerana kucing lebih bebas melompat dan bermain di dalam rumahnya. Mengikut kajian, kucing juga gemar untuk merehat dan tidur di kawasan yang tinggi. Ini boleh memberi kucing rasa selesa sepanjang berada di dalam rumahnya.

Untuk membuat rumah kucing bertingkat ini sangat mudah, anda hanya perlu mengunakan batang paip dan membina rumah secara meninggi. Anda juga boleh menyediakan tempat tidur bergantung dan juga tingkat yang berjaring untuk kucing anda merehat dan tidur di tempat tinggi, kucing sangat suka bersantai di tempat yang tinggi.

Idea Rumah Kucing DIY

Berikut adalah beberapa idea diy rumah kucing yang anda boleh jadikan sebagai ilham untuk rumah kucing anda. Semua konsep diy ini adalah perkongsian daripada warganet di facebook yang telah mendapat ratusan tanda suka dan perkongsian di laman facebook. Jadi ia realistik dan boleh dibuat oleh anda sendiri.

Tempat Tidur Kucing Saji

Bahan-bahan

  • 2 tudung saji
  • 1 pack cable tie
  • 1 alat gergaji
  • 1 kain atas tidur
rumah kucing diy
rumah kucing diy

Rumah Kucing Bertingkat

Bahan-bahan

  • Batang paip
  • Cable tie
  • PVC plastik net
rumah kucing diy

Bakul Tempat Tidur Kucing

Bahan-bahan

  • 2 bakul barang
  • Cable tie
rumah kucing diy
rumah kucing diy
rumah kucing diy

Kredit kepada pemilik asal gambar dan idea rumah kucing DIY ini

Link shopee produk grooming cat:

KAWANKU Cat Toilet : https://shope.ee/WpS8CLU8
Pet Comb Cat Comb Grooming : https://shope.ee/402rEHWJ0b
Pet Hair Clipper Grooming Kit : https://shope.ee/79zt08AZfN
Pet Grooming Bag Shower Bath : https://shope.ee/6pN2bYFmLZ
Cat Grooming Glove : https://shope.ee/1fewS5ccwy
Cat Nail Trimmer: https://shope.ee/7pFZnRwoTo
AIKEN ANTIBACTERIAL TALC : https://shope.ee/8KBo4httuT

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Dengan kemahiran dan skil anda sebenarnya boleh membuat sendiri barang keperluan kucing seperti rumah kucing. Malah dengan diy sendiri barang-barang kucing ini anda boleh menjimatkan kos berbanding membeli ready made di kedai. Diharap dengan rujukan idea rumah kucing ini membantu anda untuk membina rumah kucing sendiri. Baca juga artikel kenapa kucing bernafas laju. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top