2 Tanda Kucing Sembuh Dari Parvo

Table of Contents

Penyakit kucing parvo adalah satu topik yang gemar dibincangkan oleh pecinta kucing. Ini kerana virus parvo ini boleh menyebabkan kematian yang tinggi jika terkena, maka sebagai pemilik kucing and mesti tidak mahu perkara ini berlaku. Kali ini kami kongsikan tanda kucing sembuh dari parvo yang anda perlu tahu

Untuk mengetahui samada kucing anda telah sembuh dari parvo, anda terlebih dahulu perlu tahu mengenal tanda-tanda kucing yang dijangkiti parvo. Gejala parvo pada kucing adalah seperti berikut: 

  • Lesu dan tidak bermaya
  • Demam
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Hilang selera makan
  • Selsema 
  • Dehidrasi
  • Bulu kucing kusut masai

Ini adalah secara ringkas gejala kucing yang mengalami parvo, tanda kucing anda sembuh dari parvo boleh dilihat apabila tanda-tanda di atas mulai hilang dan kucing semakin sihat. 

Tanda Kucing Sembuh Dari Parvo

Kucing Mulai Makan

Terdapat dua tanda ketara yang boleh dilihat jika kucing anda sembuh daripada sakit parvo mahupun mana-mana sakit iaitu kucing mula berselara untuk makan. Kurang selera makan adalah tanda utama jika kucing anda mula sakit. Anda boleh perhatikan kadar kucing makan makanan berkurang dengan ketara sekali. Sebab itulah anda perlu mempelajari teknik force feed kucing yang sakit untuk membantu kucing untuk terus mengambil nutrisi.

Suhu Badan Mulai Normal.

Tanda kucing anda sudah mula sihat adalah apabila suhu badan kembali normal. Kucing yang sakit akan mengalami demam sebagai tindak balas sistem pertahanan badan kepada mikrob penyakit. Anda boleh memeriksa suhu badan kucing dengan hanya menyentuh bahagian telinga kucing. Jika kucing demam, telinga kucing akan merasa suam sejuk manakala begitulah sebaliknya kucing mula sihat, akan rasa seperti normal/biasa sahaja.

Umur Parvo Menyerang Kucing

Dalam kes wabak parvo, kucing yang berumur bawah 11 minggu ke bawah adalah golongan yang kerap terkena virus parvo dengan risiko kematian adalah 90%. Ini kerana, anak kucing masih belum mempunyai sistem imun badan yang kuat berbanding kucing dewasa.

Tanda Kucing Sembuh Dari Parvo

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata 

Cara terbaik untuk mengatasi parvo ini adalah dengan menerima vaksinasi secara berjadual. Lakukan vaksinasi secara berjadual kerana anak kucing yang menerima dos sekali pon masih berisiko terkena parvo. Ini adalah cara terbaik untuk mencegah daripada berlakunya wabak parvo. Kos vaksinasi hanyalah puluhan ringgit sahaja berbanding kos rawatan terkena penyakit parvo yang boleh mencapai angka ratusan. 

error: Content is protected !!
Scroll to Top