rumah kucing buatan sendiri

11 Rumah Kucing Buatan Sendiri

Table of Contents

Rumah kucing buatan sendiri adalah antara hobi yang juga diminati oleh pemilik kucing. Memiliki rumah kucing yang cantik dan kemas bukan sahaja menjadikan ruang rumah anda lebih cantik, malah ia juga memberi rasa selesa kepada kucing peliharaan anda. Di dalam perkongsian ini kami sediakan beberapa idea rumah kucing buatan sendiri yang boleh dibuat dan juga boleh dibeli sahaja.

Model rumah kucing outdoor ini adalah jenis yang 2 tingkat dimana ruang legar kucing berada di aras 2. Mempunyai reka bentuk rumah lama menjadikan rumah kucing ini cantik dijadikan sebagai deko di halaman rumah anda. 

Terdapat runag legar di aras bawah yang boleh dijadikan sebagai tempat kucing makan dan minum. Selain itu, aras bawah juga boleh dijadikan sebagai tempat kucing berteduh dan beristirahat. Mempunyai balkali di ruangan aras 2 juga boleh dijadikan sebagai tempat kucing baring dan rehat.

Rumah kucing handmade ini juga berkonsepkan outdoor tetapi mempunyai 1 aras sahaja. Sangkar kucing ini mempunyai ruang dalam yang besar dan luas, sesuai untuk kegunaan lebih dari seekor kucing. Yang menariknya di dalam ruang legar rumah terdapat balkali dalam untuk kucing berehat.

Idea rumah kucing ini mempunyai sedikit kekurangan iaitu ia tidak mempunyai ruang untuk kucing makan dan minum. Maka jika anda bercadang untuk membina rumah kucing seperti ini anda perlu sediakan ruang tambahan untuk kucing anda.

Konsep tempat duduk kucing yang ringkas tetapi sesuai untuk kucing walaupun dalam jumlah yang banyak. Anda hanya perlu sediakan tempat baring bertingkat sahaja untuk kucing-kucing anda. Dengan adalah aras tingkat ini kucing akan belajar untuk tidur dan diam di kawasan bertingkat sahaja. 

Konsep ini nampak simple tapi sangat bagus dan inovatif. Tempat duduk kucing ini juga memudahkan anda untuk membersihkan rumah rumah kucing. Anda juga boleh letakkan alas kain di setiap aras tingkat. Kucing akan mula belajar untuk baring di atasnya

rumah kucing buatan sendiri

Rumah kucing yang berkonsepkan ringkas tetapi kemas sesuai diletakkan di kawasan luar rumah untuk tempat kucing anda berehat. Mempunyai bentuk empat segi dan mempunyai ruang legar setingkat sahaja. Rumah jenis ini bukan sahaj cantik tetapi kelihatan selesa untuk kucing.

Di bahagian dalam anda boleh alaskan karpet yang lembut untuk dijadikan sebagai “sofa” kucing. Rumah ini juga mempunyai tingkap untuk melancarkan aliran udara masuk dan keluar. Kekurangan rumah kucing ini adalah ia tidak mempunyai banyak ruang legar untuk makan dan minum. Walaubagaimanapun ia tetap menjadi idea yang menarik untuk digunakan.

rumah kucing buatan sendiri

Rumah kucing indoor yang berkonsepkan ringkas dan kemas, idea rumah kucing ini mempunyai 3 lapisan tingkat yang asing. Setiap tingkat adalah satu bilik bagi kucing anda, setiap bilik mempunyai tanda, “sofa”, dan tempat bermain. Konsep ini seakan rumah minimalis kepada kucing anda.

Sesuai dengan coraknya yang cantik dan kemas, rumah ini juga sesuai dijadikan sebagai deko dalaman untuk rumah anda. Selain itu, rumah kucing ini mempunyai roda yang boleh digunakan untuk ditempatkan ke mana yang sesuai. Jika anda bercadang untuk membina rumah kucing buatan sendiri maka idea rumah ini boleh digunakan.

rumah kucing buatan sendiri

Konsep rumah yang sesuai untuk anak kucing, bersaiz sederhana yang mempunyai corak yang kemas dan cantik. Rumah kucing ini mempunyai dinding cermin yang menjadikan seolah-olah kucing anda berada di dalam akuarium. Ia juga mempunyai tempat tertutup yang sesuai dijadikan sebagai tempat meletakkan pasir kucing. 

Kekurangan konsep rumah ini adalah disebabkan ia tidak mempunyai pintu yang luas, maka proses untuk membersihkan menjadi sedikit sukar. Terutamanya pada cermin yang memerlukan penjagaan yang rapi. Rumah ini sesuai untuk anak kucing dan boleh juga dijadikan sebagai deko dalaman rumah

rumah kucing buatan sendiri

Rumah kucing yang berkonsepkan seperti almari baju, juga sesuai untuk rumah anak kucing. Mempunyai pintu yang boleh dibuka seperti pintu almari, sarang kucing ini mempunyai 2 aras bermain. Sarang kucing ini mempunyai dinding yang diperbuat daripada cermin. Dengan corak yang cantik turut menjadikan ia sesuai untuk deko rumah minimalis. 

Kelebihan idea sarang kucing ini adalah ia mempunyai tempat permainan kucing secara bertingkat. Kucing anda pasti selesa dan aktif apabila berada di dalam rumah kucing buatan sendiri ini.

Jika dan tidak mahu konsep rumah kucing yang diperbuat daripada kayu, anda juga boleh menggunakan konsep dawai seperti ini. Anda hanya perlu mendirikan tiang sekeliling sebagai pendiri dan boleh memasang jaring tali untuk membentuk sarang kucing.

Konsep ini juga adalah simpel dan anda boleh mengubah tempat kucing anda ke tempat yang sesuai bila-bila masa sahaja. Kelebihan idea rumah kucing ini anda boleh ubahsuai saiz luas ruang legar rumah kucing anda. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat rumah kucing ini juga jimat dan murah.

Jika dan mahukan konsep rumah kucing yang bergabung dengan rumah maka ini idea untuk anda. Rumah kucing ini direka bergabung dengan rumah, ini menjadikan seolah-olah anda menyambung rumah untuk kucing anda. Konsep ini antara yang popular buat masa ini.

Kelebihan konsep ini adalah anda boleh mengurus kucing anda terus dari dalam rumah. Proses seperti memberi makan dan minum menjadi mudah kerana anda hanya perlu melakukan dari dalam rumah sahaja. Anda juga boleh membuat pintu mini agar kucing boleh keluar masuk terus dari sarangnya.

rumah kucing buatan sendiri

Sama sepeti konsep di atas, rumah kucing ini bersambung dengan rumah pemilik kucing. Anda boleh perhatikan rumah kucing ini mempunyai rumah yang luas dan boleh menempatkan tempat bermain dan rehat. Ia juga sesuai untuk memelihara lebih dari seekor kucing dalam satu masa.

Kekurangan idea rumah kucing ini adalah ia kelihatan lebih terbuka dan kucing mudah terdedah dengan cuaca yang tidak menentu. Jika anda ingin menjadikan konsep ini sebagai ideal rumah kucing buatan sendiri, anda perlu menilai dindingnya bagi membolehkan kucing berlindung mengikut cuaca semasa.

rumah kucing buatan sendiri

Rumah kucing indoor yang berkonsep menegak, dengan reka bentuk menegak ini membolehkan sarang kucing ini diletakkan di kawasan yang sempit dan jimat ruang rumah anda. Coraknya yang cantik menjadikan ia sebagai perhiasan di ruang dalam rumah anda. 

Mempunyai beberapa aras untuk kucing bermain dan bergerak, sarang kucing ini juga boleh menempatkan tandas pasir kucing di kawasan bawahnya. Mempunyai pintu yang boleh dibuka di hadapan membolehkan anda banyak ruang untuk aktiviti membersihkan rumah kucing anda.

Kredit : DIY CAT VILLAGE

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir kata

Rumah kucing buatan sendiri mempunyai banyak konsep yang cantik dan kemas untuk dilakukan. Namun dalam membuat rumah kucing anda jangan lupa akan keperluan kucing yang juga memerlukan tempat yang selesa dan boleh bergerak. Diharap dengan info ini memberi anda ilhan sebelum aktiviti menukang rumah si comel anda.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top