penyakit kucing fip

Penyakit Kucing Fip @ Fip Kucing

Anda mungkin pernah melihat kucing jantan mempunyai perut seakan bunting? Tanda ini bukanlah suatu yang pelik kerana berkemungkinan besar kucing jantan ini mempunyai penyakit yang dikenali sebagai FIP kucing. Untuk lebih jelas dan faham ayuh teruskan membaca info berkenaan penyakit kucing FIP ini.

Apa Itu Fip Pada Kucing

FIP kucing ini adalah penyakit yang berpunca daripada virus coronavirus yang bermutasi di dalam badan kucing. Kucing yang mempunyai virus coronavirus bukanlah suatu yang asing dan hanya boleh menyebabkan cirit-birit ringan sahaja. Namun ia boleh membawa maut apabila virus ini bermutasi di dalam sel badan ditambah pula sistem imun badan kucing yang lemah.

Tidak seperti penyakit parvo yang mudah berjangkit, FIP kucing ini susah untuk merebak sesama kucing. Kucing yang mempunyai sistem imun badan yang lemah amat mudah untuk dijangkit FIP ini. Lazimnya FIP ini kerap kali menyerang anak kucing mahupun kucing dewasa yang telah tua.

Tanda Kucing Terkena Fip

Pemilik kucing seharusnya tahu untuk mengenal pasti samada kucing mereka mengalami gejala penyakit FIP ini. Disebabkan ia berpunca daripada lemahnya sistem imun badan, maka tanda Penyakit FIP ini boleh dilihat berkaitan dengan masalah lemah imun.  Kucing yang terkena FIP ini akan menunjukkan tanda-tanda yang tertentu antaranya adalah:

  • Masalah pernafasan 
  • Mata berair dan berkelopak merah
  • Lemah, demam dan cirit-birit
penyakit kucing fip

Perbezaan Fip Kering Dan Fip Basah

Secara khususnya FIP mempunyai 2 jenis simptom yang boleh dilihat. FIP kering adalah jangkitan yang melibatkan saraf dan kerap kali berlaku dalam kalangan anak kucing berumur bawah 6 bulan. Manakala FIP basah pula menyebabkan busung air dan juga thorax. 

Punca kedua-dua simptom di atas adalah disebabkan virus yang bermutasi mula menjadi kuat dengan memakan sel organ dalaman badan yang menyebabkan berlakunya keradangan organ dalaman. 

Bagaimana Penyakit Fip Merebak?

Virus corona ini boleh merebak melalui sentuhan secara terus daripada kucing yang dijangkiti atau melalui najis. Risiko dijangkiti FIP juga tinggi apabila kucing berada dalam keadaan sistem imun badan yang lemah ataupun berada dalam kelompok kucing yang banyak dalam satu masa. Penularan boleh terjadi melalui air liur atau saluran pernafasan.

Rawatan Kucing Terkena Fip

Penyakit kucing FIP ini belum mempunyai penawarnya, kebanyakan vet akan mencadangkan rawatan umum untuk memastikan kucing boleh bernafas dengan baik. Kucing yang dijangkiti FIP biasanya mempunyai jangka hayat selama sebulan atau setahun bergantung kepada imun badan dan kekuatan virus merebak.

Pencegahan Kucing Terkena Fip

Di malaysia masih belum mempunyai vaksin untuk penyakit FIP ini. Di Thailand sudah memulakan vaksin FIP ini namun keberkesanannya masih rendah. Oleh sebab itu, langkah pencegahan yang umum mesti diamalkan bagi mengelakkan kucing anda dijangkiti virus ini. 

  • Bersihkan sangkar kucing dengan pencuci 
  • Pastikan tempat kucing anda kering
  • Salin dan tukar pasir kucing anda secara kerap
  • Mandikan kucing anda sebulan sekali
  • Berikan makanan yang berkhasiat dan dicampur dengan “cat immune booster” untuk kuatkan sistem imun kucing (senarai produk boleh didapati di bawah)

Tips Untuk Nyah Kuman Sarang Dan Alatan Kucing Anda

  • Masukan 2 cawan clorox dan ½ baldi air 
  • Gunakan campuran air ini untuk mop lantai dan merendam alatan kucing anda selama 10 minit.
  • Pastikan anda membilas bersih sebelum digunakan semula untuk kucing.

Untuk produk cat immune booster anda boleh dapatkan secara dalam talian di shopee, boleh tekan link di bawah:

Transfer Factor : https://shp.ee/qxyrjnh

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Penyakit FIP ini adalah salah satu kesan akibat daripada lemahnya sistem badan pada kucing. Oleh itu, dicadangkan agar anda memberikan makanan yang berkualiti dan juga campurkan cat immune booster yang boleh didapati secara dalam talian sahaja. Diharap info ringkas ini membantu anda dalam memelihara kucing kesayangan anda.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top