Table of Contents
Jika anda gemar memelihara kucing, anda mungkin pernah mengalami keadaan di mana kucing anda dijangkiti penyakit. Penyakit ini mungkin boleh dirawat dan sembuh dan terdapat juga penyakit yang boleh mengakibatkan kematian kepada kucing. Maka oleh itu, di dalam artikel ini kami kongsikan jenis penyakit kucing dan rawatan yang boleh dilakukan di rumah.
Feline Upper Respiratory Infection (URI)
Kucing juga mempunyai penyakit yang biasa menjangkiti manusia, antaranya penyakit selsema. Tanda kucing mengalami selsema adalah seperti berikut:
- Bersin dengan kerap
- Hidung dan mata berair
- Mata kemerah-merahan
- Deman
- Bengkak di hidung, lidah dan bibir
Tanda di atas adalah tanda utama kucing anda mengalami penyakit URI. penyakit ini boleh merebak melalui sentuhan antara kucing, keadaan sekeliling dan udara yang tercemar, dan kurang dalam diet makanan.
Penyakit Anjing Gila @ Rabies
Walaupun penyakit ini merebak dalam kalangan anjing, ia juga boleh merebak kepada kucing anda. Penyakit anjing gila ini boleh merebak melalui gigitan dan cakaran haiwan yang dijangkiti. Virus ini akan mula merebak melalui saraf dan akhirnya sampai ke otak. Antara tanda kucing terkena penyakit anjing gila adalah seperti berikut:
- Kucing menjadi lesu dan lemah
- Suhu badan kucing meningkat @ deman
- Kucing juga boleh menjadi ganas dan sawan
Feline Distemper @ Feline Panleukopenia
Penyakit ini adalah disebabkan virus yang merebak ke sel-sel tulang kucing, saluran usus, dan juga janin. Petanda kucing yang terkena virus adalah seperti berikut:
- Cirit-cirit yang berpanjangan dan berdarah
- Kucing lesu dan kemurungan
- Muntah setiap kali makan
- Kelihatan kucing akan kerap minum air disebabkan kurang cecair dalam badan
Tanda utama penyakit ini adalah kucing anda akan mengalami cirit-birit yang teruk dalam jangka masa yang lama, juga akan kelihatan darah di dalam najis. Virus ini boleh merebak melalui jangkitan pada bahan buangan @ cecair kucing yang telah dijangkiti.
Feline Leukaemia Virus @ FeLV
Kondisinya sama seperti sakit leukaemia pada manusia, virus ini akan menyerang sistem imun tubuh kucing dan menyebabkan pertumbuhan kanser dan sebagainya. Kucing yang dijangkiti virus ini boleh hidup sehingga satu ke tiga tahun sebelum keadaan organ dalaman menjadi kronik dan parah. Virus ini boleh merebak melalui sentuhan air liur kucing yang dijangkiti.
Feline Immunodeficiency Virus @ FIV
Penyakit ini ibarat sama seperti HIV dalam kalangan manusia. Walau Bagaimanapun penyakit ini hanya merebak dalam kalangan kucing sahaja. Jangkitan penyakit FIV ini boleh merebak melalui cakaran kucing dan air liur. Antara tanda kucing anda mengalami FIV adalah seperti berikut:
- Sukar bernafas
- Kurang selera makan
- Mengalami cirit-birit
- Gusi dan mulut bengkak
- Mengalami sawan
Feline Infectious Peritonitis @ FIP
Penyakit ini antara yang popular dalam kalangan pemilik kucing. Penyakit kucing FIP ini biasanya menyerang kucing yang mempunyai imun badan yang lemah seperti anak kucing dan kucing dewasa yang telah tua. Antara tanda kucing anda terkena fip adalah seperti berikut:
- Perut kucing membesar seperti bunting
- Kurang aktif
- Muntah dengan kerap
- cirit-birit
Virus yang menyebabkan fip ini biasanya akan mengambil masa yang lama untuk menunjukan tanda pada kucing. Penyakit ini juga dipanggil sebagai busung air kucing kerana boleh menyebabkan kucing kelihatan seperti bunting.
Sporotrichosis @ Virus Sporo
Sporo adalah penyakit kulit kucing yang kerap berlaku, kabar baiknya adalah penyakit kucing sporo ini boleh dirawat pada peringkat awal. Walaupun boleh dirawat, virus sporo ini akan mengambil masa yang lama untuk sembuh, antara tiga bulan ke setahun. Antara tanda kucing anda mengalami sporo adalah:
- Luka yang tidak/lambat sembuh
- Luka berkawah/kudis di telinga, hidung, kaki, dan ekor
- Luka yang bernanah
- Jika virus merebak dengan teruk, boleh mengakibatkan demam dan kurang selera makan.
Sporo boleh merebak melalui sentuhan kucing yang dijangkiti, ia juga boleh terkena apabila kucing anda kerap merayau-rayau di kawasan yang berisiko. Gejala utama sporo adalah apabila terdapat luka yang lambat sembuh pada kucing anda.
Feline infectious enteritis @ FIE
Virus FIE ini adalah virus yang menyerang sel darah putih kucing anda dan menyebabkan bilangannya menurun dengan mendadak. Apabila sel darah putih terganggu maka sistem imun badan akan rendah dan kucing mulai menunjukkan tanda seperti berikut:
- Deman
- Cirit-cirit
- Kurang selera makan
- Muntah
Anak kucing dan kucing yang berumur berisiko untuk menghidapi penyakit ini kerana mempunyai sistem badan yang lemah.
Parasit
Kucing adalah haiwan yang mudah terdedah dengan jangkitan parasit disebabkan perilakunya yang aktif dan suka merayau. Antara parasit yang biasa hinggap pada kucing adalah seperti kutu dan tungau. Kedua-dua parasit ini boleh hidup di kawasan luar badan kucing seperti bulu, telinga.
Parasit dalaman pula adalah seperti cacing pita dan coccidia yang menyerang sel dalaman kucing seperti usus. Kucing yang dijangkiti parasit ini akan mengalami cirit-cirit dan boleh membawa kepada kematian.
Feline Chlamydia
Sejenis penyakit yang disebabkan bakteria yang menyerang bahagian mata kucing. Kucing yang dijangkiti akan mengalami konjungtivitis. Tanda-tanda kucing yang dijangkiti adalah seperti berikut:
- Kerap bersin dan batuk
- Anoreksia
- Masalah pernafasan
- Deman dan mata berair
Rawatan Kucing Yang Sakit Di Rumah
Kabar baiknya, kebanyakan penyakit-penyakit kucing di atas boleh dirawat hingga sembuh. Tips utama untuk memastikan kucing anda sembuh adalah dengan merawat dari awal dan tidak tunggu sehingga kondisi menjadi kronik. Oleh itu, kami kongsikan apakah rawatan yang anda boleh buat di rumah untuk merawat kucing anda.
Asingkan @ kuarantin kucing yang mempunyai gejala sakit
Apabila anda mendapati terdapat tanda-tanda penyakit pada kucing anda, pertama-tama sekali adalah anda perlu asingkan kucing. Langkah kuarantin ini mesti kerana:
- Mengelakkan penyakit merebak ke kelompok kucing lain
- Mengawal kucing daripada merayau (terdedah risiko)
- Mudah untuk merawat dan mengawal kucing yang sakit
Sediakan sarang kucing yang bersaiz sederhana untuk dijadikan sebagai sarang kuarantin kucing yang sakit.
Bersihkan sangkar dan tempat kucing
Anda juga mesti melakukan aktiviti membersihkan sarang kucing anda, ini kerana terdapat virus yang boleh hidup dalam jangka masa yang lama di kawasan luar. Cara terbaik adalah dengan membasuh menggunakan air campuran clorox ke sekitar sarang kucing anda. Pastikan anda membilas dengan bersih dan keringkan dahulu sebelum kemasukan kucing seterusnya.
Anda juga disarankan untuk salin pasir tandas kucing secara kerap. Bahan buangan kucing yang disimpan lama akan meningkat risiko kucing wujudnya virus atau bakteria yang berbahaya. Salin 2 ke 3 kali sehari pasir tandas kucing anda.
Berikan makanan yang berkualiti
Jika diperhatikan terdapat penyakit yang berpunca daripada lemahnya imun badan kucing. Oleh itu, anda dinasihatkan memberikan makanan yang tinggi zat pada kucing anda.
Anda boleh mendapatkan produk cat immune booster dan campuran ke dalam makanan kucing anda. cat immune booster anda boleh dapatkan secara dalam talian sahaja dengan harga yang murah.
Untuk produk cat immune booster anda boleh dapatkan secara dalam talian di shopee, boleh tekan link di bawah:
Transfer Factor : https://shp.ee/qxyrjnh
Akhir Kata
Sebagai pemelihara kucing seharusnya tahu dan peka akan keadaan kucing anda agar tindakan awal boleh dilakukan jika terdapat gejala-gejala penyakit pada kucing. Diharap dengan info ini membantu anda mengurus kucing-kucing kesayangan anda.