Cara Merawat Kucing Sakit

3 Cara Merawat Kucing Sakit Di Rumah

Setiap kucing yang hidup pasti berisiko untuk dijangkiti penyakit ataupun mengalami sakit. Walaupun dijangkiti penyakit, kucing boleh dirawat hingga sembuh dengan syarat anda sebagai pemilik kucing tahu untuk merawat dengan cepat bagi mengelakkan keadaan lebih kronik. Di dalam artikel kali ini kami kongsikan cara merawat kucing sakit di rumah. 

Dengan mengetahui cara rawatan kucing sakit yang betul ini boleh membantu kucing anda menerima rawatan dengan segera tanpa perlu pergi ke vet. Selain itu, dengan merawat kucing di rumah menjadikan kos lebih jimat dan murah.

Tanda-tanda Kucing Sakit Dan Perlu Rawatan Segera

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, anda perlu terlebih dahulu tahu untuk mengenal pasti tanda kucing anda sakit. Terdapat beberapa jenis penyakit kucing dengan tanda yang berbeza, antaranya adalah seperti berikut:

  • Kucing kurang selera makan
  • Suhu badan [email protected]
  • Muntah selepas makan
  • Bengkak pada bahagian perut
  • Mengalami bulu gugur
  • Kulit luka dan mengelupas
  • Kulit lambat sembuh
  • Mulut berbau busuk tanpa sebab
  • Nodul
  • Sukar bergerak
  • Lesu dan tidak bermaya
  • Bulu kusut masai 
  • Kerap bersin dan nafas berbunyi
  • hidup , mukut, dan bibir merah
  • Mata berkelopak dan kemerahan

Ini adalah secara ringkas tanda-tanda awal kucing mengalami sakit atau berpenyakit. Setiap tanda ini berkemungkinan berpunca daripada jenis penyakit yang berbeza. Oleh itu, jika anda mendapati kucing anda mengalami gejala di atas anda mesti mula untuk lakukan langkah awal. 

Kuarantin Kucing Sakit @ Elakkan Kucing Stress

Langkah pertama adalah dengan menyediakan tempat tinggal @ sarang yang sesuai untuk kucing. Harus diingat bahawa kucing juga adalah haiwan yang boleh stress, anda mesti sediakan tempat asing yang selesa untuk kucing yang sakit. 

Pastikan bekalan air kosong sentiasa cukup diberikan kepada kucing, sediakan tempat baring dan kering dan selesa. Jika kucing anda demam, tutup sebahagian sangkar kucing anda bagi mengelakkan kucing demam kesejukan. Elakkan mengangkat dan mengalihkan kucing dengan kerap, sebaliknya belai dan gosok kucing yang sakit bagi mengurangkan stress yang dialami.

Berikan Air Kosong Kepada Kucing

Setiap kali anda mendapati kucing anda sakit, keperluan yang perlu ada adalah dengan menyediakan air kosong yang cukup. Jika kucing anda mengalami cirit-birit, anda perlu terlebih dahulu berhenti memberi kucing anda makan dan hanya berikan air kosong sahaja. 

Dengan bekalan air yang cukup ini boleh mengelakkan kucing mengalami dehidrasi. Terdapat juga sesetengah kes kucing boleh sembuh dengan hanya berpuasa air sahaja iaitu minum air kosong sahaja tanpa makan selama beberapa hari. Kucing boleh hidup sehingga 2 minggu tanpa makanan dan 3 hari tanpa minuman.

Jaga Pemakanan Kucing Anda

Walaupun sakit, kucing juga boleh makan tetapi dengan cara yang betul melalui diet yang berkualiti. Bergantung kepada keadaan, jika kucing anda mengalami cirit-birit selepas anda menukar jenis jenama atau makanan harian kucing, maka anda perlu kembali ubah ke diet yang asal. Proses menukar jenis makanan ini perlu dilakukan secara sikit demi sedikit. 

Untuk pemakanan kucing yang sakit ini anda boleh ikuti tips yang dikongsikan oleh veterinarian Eintan Nurfuzie ini. Antara tips yang diberikan adalah seperti berikut.

Senarai item di bawah ini anda boleh dapatkan secara dalam talian di shopee, produk link boleh dapatkan di hujung artikel ini.

  • Berikan susu kambing sebagai makanan tambahan
  • Berikan bancuhan air glukos @ gula kepada kucing untuk tenaga tambahan
  • Berikan wet food (pilih yang kitten)
  • Berikan telur mentah yang dicampur ke dalam susu
  • Madu
  • Transfor Factor (TF)
  • Berikan air kelapa untuk kucing sakit
  • Jika kucing enggan makan, lakukan force feed menggunakan picagari
  • Berikan suplemen tambahan seperti multivitamin atau vitamin B complex (kecuali suhu badan kucing tinggi @ deman)

Jika keadaan kucing masih lagi lemah dalam masa seminggu, maka anda dinasihatkan untuk membawa kucing anda ke vet terdekat untuk rawatan drip air dan dimasukan ke wad.

Link shopee produk di atas:

Susu kambing : https://shp.ee/2xhn5up
Glucose : https://shp.ee/ed893yh
Transfer Factor : https://shp.ee/qxyrjnh

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Kucing adalah haiwan yang manja dan mudah untuk terdedah dengan risiko sakit dan penyakit-berjangkit.  Oleh itu, anda mesti mempunyai ilmu dan tahu cara untuk merawat kucing anda dalam kadar segera bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk. Semoga bermanfaat.

error: Content is protected !!
Scroll to Top