Table of Contents
Kucing mengawan bila adalah satu perkara yang anda perlu ambil tahu, ini kerana jika musim mengawan ini tidak dikira dengan baik, kucing anda akan berterusan mengawan dan bunting. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya kesan sampingan kepada kucing mahupon anda sebagai pemilik kucing.
Terdapat beberapa cara dan kaedah untuk mengawal situasi kucing mengawan, sebagai pemilik kucing anda perlu tahu cara pengawal kucing anda daripada mengawan di luar kawalan. Langkah kawalan ini adalah untuk kebaikan kucing itu sendiri, dalm artikel ini kami kongsikan semuanya berkenaan kucing on heat @ mengawan.
Tanda Kucing Nak Mengawan
Kucing adalah haiwan yang melahirkan anaknya. Seperti juga haiwan peliharaan lain, kucing akan mengalami proses “nak mengawan” apabila sampai umur tertentu. Ini adalah proses semulajadi seekor kucing peliharaan mahupon kucing liar. Berikut adalah beberapa tanda kucing nak mengawan mengikut jantina:
Kucing betina
Tanda nak mengawan yang jelas boleh dilihat pada kucing betina kerana kucing betina yang “on heat” akan mengeluarkan bunyi bising yang “manja” siang dan malam untuk menarik kucing jantan di sekitarnya. Pada tahap ini kucing akan “meoww” dengan ketara dan berbeza daripada asalnya.
Selain itu, pada masa ini fizikal kucing juga akan berubah seakan seperti sudah bunting tetapi masih belum bunting lagi. Bahagian perut akan membulat dan besar, keempat-empat kakinya akan mula berisi seolah gemuk. Kucing juga akan kurang makan dan lebih gemar merenung ke luar sangkar dan bersuara manja.
Keadaan “on heat” ini akan berterusan sehingga 2 minggu, jika berlaku persenyawaan kucing akan bunting. Manakala jika tidak perlaku persenyawaan kucing akan mulai reda dan akan kembali “on heat” dalam masa 2 minggu akan datang.
Kucing jantan
Kucing jantan tidak akan mengalami “on heat” seperti kucing betina, sebaliknya kucing jantan ini akan mengalami umur matang dan bersedia untuk mengawan. Setelah mencapai umur matang, kucing jantan akan menunjukkan sifat dominan seperti suka merayau dan gemar bergaduh.
Kucing jantan ini akan merayau dan “book” kawasan tertentu dengan kencing sedikit pada kawasan tersebut sebagai penanda wilayahnya. Kucing jantan yang matang juga akan mempunyai perilaku gemar mengekori kucing betina untuk mengawan. Kucing jantan juga akan mengeluarkan bunyi tetapi tidak sekuat kucing betina.
Semua kucing akan melalui proses umur matang ini, anda sebagai pemilik perlu bersedia untuk melihat dan mengenalpasti masa dan ketika kucing datang “on heat” dan boleh melakukan langkah yang sepatutnya.
Persediaan Kucing Mengawan
Sebagai pemilik kucing anda perlu tahu apa yang perlu dibuat apabila kucing anda mula nak mengawan. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan apabila kucing anda mula nak mengawan antaranya adalah:
Kahwinkan dengan jantan
Jika anda bercadang untuk membiak baka kucing anda, waktu kucing betina “on heat” ini adalah masa terbaik untuk anda kahwinkan kucing and dengan kucing jantang pilihan. Anda hanya perlu melakukan sesi suai kenal dan meletakkan kucing ini sepasang di dalam sangkar, proses mengawan akan berlaku dengan sendiri.
Dengan ini anda boleh memilih jenis baka yang anda ingin kacuk bersama kucing jantan anda. Jika kucing betina mula berbunyi kuat dan mula menggeliat badannya pada lantai, itu tanda proses mengawan telah berlaku.
Mandulkan
Tidak semua situasi membenarkan kucing betina bunting dengan baik, disebabkan itulah anda boleh melakukan proses mandulkan kucing betina anda. Antara sebab yang dibenarkan untuk memandulkan kucing betina:
- Kucing betina meroyan
- Kucing betina tidak pandai menjaga anaknya
- Kucing betina kerap “on heat” dan mengandung
- Kucing betina sakit fizikal
Proses mandulkan kucing ini perlulah dilakukan oleh doktor vet di klinik haiwan berdekatan anda. Anda perlu membuat keputusan yang tepat agar kucing anda dimandulkan pada masa yang betul dan tepat.
Bantu kucing anda
Apabila kucing betina “on heat” ia akan mengeluarkan bunyi yang kuat dan menggangu keadaan sekeliling. Malah ia juga boleh menggangu kesihatan kucing tersebut kerana waktu ini kucing akan kurang makan dan tidur disebabkan hanya ingin memanggil kucing jantang untuk mengawan.
Kawal Populasi Kucing
Selain itu, masa “on heat” ini juga kucing akan mengandung tanpa kawalan jika tiada pengawasan. Anda boleh mengawal populasi kucing jagaan anda dengan mengunakan kaedah bantuan ketika nak mengawan ini.
Cara terbaik untuk meredakan kucing “on heat” ini adalah dengan membantu untuk melakukan proses mengawan padanya. Dengan menggunakan kapas pengorek telinga, anda hanya perlu lakukan fake penetration hinggalah kucing mula mengawan. Lakukan dengan lembut dan berhemah untuk mengelakkan sebarang cedera pada kucing. Pada masa ini anda perlu meluangkan masa bersama kucing anda hingga kucing kembali reda.
Link shopee produk grooming cat:
KAWANKU Cat Toilet : https://shope.ee/WpS8CLU8
Pet Comb Cat Comb Grooming : https://shope.ee/402rEHWJ0b
Pet Hair Clipper Grooming Kit : https://shope.ee/79zt08AZfN
Pet Grooming Bag Shower Bath : https://shope.ee/6pN2bYFmLZ
Cat Grooming Glove : https://shope.ee/1fewS5ccwy
Cat Nail Trimmer : https://shope.ee/7pFZnRwoTo
**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee
Akhir Kata
Proses mengawan adalah suatu yang normal dan semulajadi terjadi pada semua jenis kucing. Apabila anda membela kucing, musim mengawan ini adalah waktu yang anda perlu cakna agar boleh melakukan persediaan awal jika kucing betina mula mencapai umur matang dan nak kawin. Baca artikel seterusnya ubat kutu kucing. Semoga bermanfaat!