air kelapa untuk kucing parvo

Air Kelapa Untuk Kucing Parvo

Table of Contents

Air kelapa untuk kucing parvo mungkin suatu yang agak janggal untuk diperkatakan, tetapi realitanya air kelapa ini banyak manfaatnya kepada kucing yang sakit. Penyakit kucing parvo pula adalah penyakit yang kerap kali menyebabkan kematian dalam kalangan kucing. Maka di dalam artikel kali ini kami kongsikan kegunaan air kelapa untuk kucing parvo.

Air Kelapa Untuk Merawat Parvo

Ramai yang sedia maklum bahawa parvo adalah sejenis penyakit yang tiada penawar dan berisiko tinggi untuk berlakunya kematian. Apabila seekor kucing dijangkiti parvo, tiada rawatan khusus yang boleh diberikan melainkan penjagaan secara berkala di vet. 

Maka oleh itu, air kelapa boleh digunakan untuk setidaknya membantu kucing yang sakit parvo untuk kembali pulih melawan virus. Khasiat utama air kelapa untuk kucing parvo adalah berfungsi untuk mengurangkan dahaga dan mengawal suhu badan kucing kerana kucing parvo juga akan turut mengalami demam.

Cara Rawatan Parvo Dengan Air Kelapa

Untuk merawat kucing yang dijangkiti parvo anda memerlukan kerajinan kerana kebanyakan kes parvo yang kronik kucing akan hilang selera untuk makan, maka anda perlu untuk force feed kuning anda. 

Kami kongsikan cara rawatan parvo menggunakan air kelapa yang dikongsikan di page FB Kelab Pencinta Kucing Malaysia . Rawatan yang boleh dilakukan adalah:

  • Lakukan pemberian force feed kucing anda dengan memberi glukosa dan air, glukosa sebaiknya diberikan 2 ke 3 jam sekali untuk membekalkan tenaga untuk kucing. 
  • Berikan wet food yang berkualiti, dicadangan wet food jenama Hill A/D kerana mempunyai formula untuk merawat kucing yang sakit
  • Air kelapa boleh diberikan secara asing atau boleh dicampurkan dengan wet food.

Kegunaan air kelapa sebagai sumber zat tambahan dalam rawatan kucing parvo ini juga dicadangkan oleh para vet. Maka anda boleh cuba alternatif ini untuk merawat kucing anda yang sakit.

**Sedikit info berkenaan virus parvo

  • Virus parvo boleh hidup selama lebih setahun di suatu kawasan
  • Virus parvo boleh berjangkit melalui sentuhan,najis, dan udara
  • Virus parvo tidak berbahaya kepada manusia

Link shopee produk di atas:

Susu kambing : https://shp.ee/2xhn5up
Glucose : https://shp.ee/avgfjrp
Wet Food Gill A/D : https://shp.ee/vmj9zih

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Air kelapa sudah semestinya mempunyai khasiat yang boleh digunakan untuk merawat penyakit parvo. Namun begitu, cara terbaik untuk mencegah kucing dijangkiti parvo adalah dengan melakukan vaksinasi secara berkala. Semoga bermanfaat.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top