Table of Contents
Terdapat banyak petua yang diamalkan untuk merawat kucing yang sakit, ada diantaranya betul-betul berkesan tidak kurang juga hanya mitos semata-mata. Antara petua merawat kucing yang paling popular adalah dengan menggunakan air garam. Persoalannya adakah ia berkesan? apa khasiat air garam untuk kucing? Teruskan membaca.
Bolehkah Kucing Minum Air Garam?
Kucing adalah haiwan yang gemar minum air tanpa mengira tempat, kucing lebih gemar minum air yang dirasakan lebih sedap walaupun ia hanyalah air takungan sahaja. Maka persoalannya di sini bolehkah kucing minum air garam walaupun rasanya masin berbanding air biasa?
Air Garam Untuk Kucing Keracunan
Jawapannya YA boleh, kucing boleh mengambil air garam kerana secara zatnya garam mempunyai mineral yang bagus untuk kesihatan kucing. Bahkan garam terdapat mineral yang boleh membantu melawan virus dan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit dalam sel kucing. Disebabkan itu, terdapat kucing yang keracunan dan sakit boleh kembali sihat setelah minum air garam ini.
Kesan Sampingan Garam Berlebihan Pada Kucing
Walaupun kucing boleh minum air garam, tidak bermakna air garam boleh dijadikan sumber minuman utama kepada kucing anda. Malah pengambilan air garam secara berlebihan akan menyebabkan kucing anda mengalami kesan sampingan yang dipanggil hypernatremia, keadaan dimana garam terlebih di dalam darah kucing.
Kesan sampingan pengambilan garam adalah:
- Kucing akan lebih dahaga
- Hilang selera makan
- Lemah dan lesu
- Kurang tenaga
Jika anda mendapati kucing anda mempunyai gejala di atas, silakan pergi menerima rawatan vet terdekat.
Akhir Kata
Ternyata terdapat khasiat air garam untuk kucing yang boleh diamalkan untuk merawat kucing yang demam dan keracunan. Namun ia mestilah dalam jumlah yang seimbang dengan air kosong agar tidak memudaratkan kucing.