cara gemukkan kucing

Cara Gemukkan Kucing Dengan Sihat

Terdapat beberapa cara gemukkan kucing yang anda boleh buat untuk kucing peliharaan anda, namun pastikan anda memberikan makanan yang betul agar kucing anda membesar dengan sihat dan kuat. Di dalam slot artikel ini kami kongsikan cara terbaik dan sihat untuk mengemukkan kucing anda.

Secara semulajadinya kucing adalah haiwan yang yang sangat gemar makan, malah ia antara haiwan yang cerewet apabila dalam memilih makanan hariannya. Untuk menggemukkan badan kucing, anda perlulah menyediakan makanan yang sesuai untuk kucing anda. Berikut adalah beberapa rekomendasi makanan untuk gemukkan kucing.

Cara Gemukkan Kucing Dengan Sihat  

Untuk gemukkan kucing dengan sihat dan cergas anda mestilah melakukan proses yang betul untuk kucing anda. Ini kerana terdapat pemilik kucing yang memberikan makanan yang salah pada kucing seperti roti untuk gemukkan kucing. Cara ini salah sama sekali kerana kucing memerlukan sumber protein tinggi bukan karbohidrat. Berikut adalah beberapa cara untuk naikkan berat badan kucing dengan selamat.

Naikkan selera makan kucing

Sebelum memberi makan kucing anda, anda perlulah membuat tarikan terlebih dahulu kepada kucing anda agar selera makan meningkat untuk makan. Salah satu cara untuk naikkan nafsu kucing adalah dengan campurkan sedikit wet food ke dalam dry food.

Wet food sangat digemari kucing tetapi ia kurang kandungan protein, sedangkan dry food sangat tinggi protein tetapi kurang digemari oleh kucing. Oleh itu, anda boleh campur sedikit wet food pada dry food untuk menarik perhatian kucing melalui aroma wet food. Ini boleh meransang nafsu kucing untuk makan dengan banyak. 

Berikan makanan tinggi protein

Untuk kucing gemuk dengan sihat, anda mesti memberikan makanan yang tinggi sumber protein. Sumber protein inilah yang diperlukan oleh tubuh badan kucing untuk membesar lemak dan otot dengan baik. Berikut adalah beberapa jenama makanan yang tinggi protein untuk diberikan kepada kucing anda.

Orijen Super Premium Cat

cara gemukkan kucing

Kebaikan:

  • Sumber protein tinggi untuk kucing
  • Sumber protein dari 10 bahan mentah.
  • Daging dari rantai makanan pemangsa semulajadi 
  • 90% sumber protein 

MISHA Dry Cat Food

Kebaikan:

  • Sumber protein mentah 32%
  • Sumber protein dari daging dan ikan
  • Mempunyai glukosamin dan taurin
  • Tiada garam tiruan
  • Mempunyai omega 3 dan 6

Taste Of The Wild Cat Food 

cara gemukkan kucing

Kebaikan:

  • Kandungan protein paling tinggi
  • Sumber protein asli ikan salmon dan rusa
  • Jenama makanan kucing yang berkualiti
  • Sangat bagus untuk gemukkan kucing

Acana Cat Food

cara gemukkan kucing

Kebaikan:

  • Bagus untuk perkembangan bulu dan kulit
  • Kuatkan otot dan tulang kucing
  • Membantu sistem pencernaan
  • Membantu perkembangan mata dan otak

Delizios Wet Cat Food

cara gemukkan kucing

Kebaikan :

  • 100% daging ikan putih
  • 100% protein ikan
  • 100% serat
  • Mempunyai 7 jenis perasa
  • Sesuai untuk topping dry food

Kesemua makanan ini anda boleh beli secara dalam talian @ di kedai-kedai kucing terdekat. Anda boleh lebih jimat jika membeli dengan dalam bentuk repack semula dengan kuantiti yang lebih kecil. 

Selang seli jenis makanan

Disebabkan kucing adalah haiwan yang cerewet dalam bab makanan, cara untuk mengelakkan kucing cepat jemu adalah dengan selangkan selikan makanan hariannya. Anda boleh selang selikan dry food dan wet food atau tukar jenama dry food kucing anda setiap hari.

Terdapat banyak jenis dry food yang tinggi protein dan berbeza jenama yang terdapat di pasaran, anda boleh menyediakan 2 ke 3 jenama pelet dry food untuk diberikan kepada kucing anda secara selang seli.

Untuk makanan basah @ wet food pula, disebabkan ia tinggi serat dan kurang protein, anda hanya perlu memberikan satu ke dua kali seminggu sahaja. Terdapat banyak jenama wet food dipasarn untuk pilihan anda. Anda juga boleh membuat sendiri makanan basah ini untuk diberikan kepada kucing. Contoh resepi makanan kucing untuk gemuk kami kongsikan di bawah: 

Berikan vitamin

Untuk memastikan kucing anda mempunyai selera makan yang baik, adalah bagus untuk anda berikan vitamin untuk tambah selera makan kucing anda. Untuk makan dengan baik, kucing mestilah berada dalam keadaan bebas sakit dan sihat. Kucing yang sakit akan kurang selera makan walaupun diberi makanan yang sedap kepadanya.

Untuk mengatasi masalah kucing kurang selera makan ini anda boleh memberikan vitamin dalam bantuk cairan kepadanya. Kini terdapat banyak vitamin untuk kucing yang boleh diberikan sendiri di rumah. Antara vitamin kucing yang popular adalah:

UPHAVIT Sirap Vitamin Kucing Aktif & Cergas

VETACAT MULTI-VITAMIN

Resepi Makanan Kucing Untuk Cepat Gemuk

Disebabkan makanan yang tinggi protein ini dijual dengan harga yang mahal, anda boleh membuat resepi makanan kucing sendiri di rumah dengan kos yang lebih rendah. Bukan sahaja lebih jimat, anda juga boleh memilih sumber nutrisi yang akan diberikan kepada kucing peliharaan anda. 

Resepi ini adalah perkongsian daripada warganet sendiri untuk rujukan anda anda. Jadi ia boleh dilakukan oleh semua orang dengan mengunakan bahan-bahan yang ada di dapur sahaja. Berikut adalah antara resepi makanan kucing yang popular di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • Labu kuning
  • Isi ayam
  • Telur kuning mentah

Cara penyediaan:

  1. Rebus labu kuning dan isi ayam.
  2. Potong labu kuning dan isi aya tadi agar cepat masak
  3. Selepas masak, carik-carikkan isi ayam.
  4. Masukkan labu, isi ayam yang telah dicarik, dan telur kuning. 
  5. Kacau hingga sebati. Siap!

Jika kucing mula cirit-birit anda boleh lakukan seperti berikut:

  • Puasakan kucing 1 ke 2 hari, beri air sahaja
  • Berikan labu rebus yang telah dihancurkan
  • Ulang jika cirit-birit berulang
cara gemukkan kucing
cara gemukkan kucing
cara gemukkan kucing

Kredit Irene Audrey Amber

cara gemukkan kucing
cara gemukkan kucing

Kredit Boebaey

Link shopee produk grooming cat:

KAWANKU Cat Toilet : https://shope.ee/WpS8CLU8
Pet Comb Cat Comb Grooming : https://shope.ee/402rEHWJ0b
Pet Hair Clipper Grooming Kit : https://shope.ee/79zt08AZfN
Pet Grooming Bag Shower Bath : https://shope.ee/6pN2bYFmLZ
Cat Grooming Glove : https://shope.ee/1fewS5ccwy
Cat Nail Trimmer: https://shope.ee/7pFZnRwoTo
AIKEN ANTIBACTERIAL TALC : https://shope.ee/8KBo4httuT

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Untuk gemukkan kucing anda mestilah menyediakan bahan makanan yang betul sesuai dengan keperluan seekor kucing. Dengan cara ini barulah kucing anda akan gemuk dengan sihat dan cergas. Elakkan memberi makanan yang tinggi karbohidrat, jika sumber karbohidrat ini diberi dengan jumlah yang tinggi, kucing anda akan gemuk lemak dan berisiko untuk masalah kesihatan. Baca juga artikel cara hilangkan kurap kucing. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top