Table of Contents
Jika anda memelihara kucing dalam bajet poket yang terhad, sudah semestinya anda mencari cara jalan untuk meminimalkan kos terutamanya kos yang melibatkan rawatan kucing yang demam. Berita baiknya, terdapat cara tradisional merawat kucing demam yang terbukti berkesan. Jom kami kongsikan di ruangan ini.
Suhu Normal Bagi Kucing
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya demam panas kepada kucing. Suhu normal bagi seekor kucing adalah antara 37.7*C hingga 39.1*C, namun terdapat situasi yang mana suhu badan akan tidak normal. Secara semula jadinya kucing akan mengalami kenaikan suhu badan sebagai reaksi terhadap jangkitan penyakit yang dipanggil sebagai “pyrexia”. Antara tanda kucing mengalami demam adalah:
- Letih dan lesu
- Bernafas dengan laju dan berbunyi
- Hilang selera makan
- Mengasingkan diri
- Hidung dan mulut kelihatan pucat
4 Cara Tradisional Merawat Kucing Demam
Terdapat petua-petua untuk merawat kucing sakit yang telah diamalkan sejak dari dahulu lagi. Kebaikan mengamalkan petua tradisional ini adalah ia tidak memberi kesan sampingan kepada kucing yang dirawat selain kos rawatannya yang murah dan jimat. Tetapi anda harus tahu berkenaan bahan yang digunakan agar tidak silap dan memberi mudarat kepada kucing anda.
Air Kelapa
Air kelapa untuk kucing sakit ini telah lama diamalkan untuk merawat kucing terutamanya yang mengalami gejala demam panas dan selsema. Air kelapa sangat terkenal sebagai cairan yang boleh menghilangkan dehidrasi pada kucing demem. Oleh itu, anda boleh berikan kucing anda air kelapa apabila demam nanti.
Glucose @ Gula
Kucing yang demam akan mengalami gejala kurang selera makan, ini akan menyebabkan badan kucing menjadi lemah dan mikrob yang bahaya akan mula menyerang badan kucing. Fungsi glucose ini membolehkan kucing anda mendapat tenaga yang hilang disebabkan kurang selera makan. Force feed glucose perlu jika kucing tidak mahu makan langsung.
Rumput Pendul
Rumput pendul ini adalah sejenis rumput padang yang boleh didapati di Malaysia. Rumput ini pernah viral suatu ketika dahulu kerana boleh menyembuhkan penyakit parvo kucing. Rumput ini juga boleh digunakan untuk merawat kucing yang demam. Caranya adalah dengan memberikan air rebusan rumput pendul ini kepada kucing yang demam. inshaAllah akan sembuh
Garam Halus
Cara ini juga yang berkesan dan mudah dilakukan iaitu dengan memberi kucing air campuran garam untuk diminum. Bancuhkan air dan garam tetapi pastikan air tidak terlalu masin, biar masin pada kadar sedikit sahaja. Khasiat garam ini adalah untuk memberikan bekalan mineral untuk melawan mikrob penyakit.
Akhir Kata
Secara semula jadinya bahan-bahan tradisional ini mempunyai khasiat yang bagus untuk kesihatan kucing dan juga manusia. Anda boleh menjadikan petua tradisional ini sebagai rawatan alternatif di rumah sebelum pergi ke vet berdekatan. Semoga bermanfaat!