kucing muka penyek

Kucing Muka Penyek & Comel

Kucing muka penyek ini antara jenis kucing yang mempunyai muka yang unik dan tidak sama seperti kucing biasa. Kucing yang mempunyai bentuk muka yang kemek @ penyek ini menjadi trend popular kerana mempunyai muka yang dikatakan comel dan “cute”. Di dalam artikel ini kami kongsikan beberapa jenis kucing flat faced yang popular untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan di rumah.

Kucing yang mempunyai muka @ hidung kemek ini dipanggil brachycephalic. Situasi ini biasanya berlaku kepada beberapa jenis baka kucing dan anjing. Antara baka kucing yang popular mempunyai muka penyek ini adalah kucing parsi dan kucing exotic shorthair. 

Namun situasi ini boleh menyebabkan masalah kesihatan pada kucing anda. Kucing ini memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti untuk kekal sihat. Jika tidak, kucing baka flate faced ini akan mengalami masalah kesihatan seperti berikut:

  • Keradangan pada mata
  • Sukar bernafas
  • Jangkitan pada kulit dan bulu
  • Kesukaran untuk makan

Disebabkan kucing ini mempunyai hidung yang pendek dan tertarik, maka anda perlu melakukan grooming setiap hari untuk membersihkan kotoran dan bulu berlebihan pada muka. Anda boleh dapatkan kit grooming dengan harga murah di Shopee, link shopee ada di hujung artikel ini.

10 Baka Kucing Muka Penyek 

Berikut adalah beberapa baka kucing flat faced yang popular di seluruh dunia. Kucing flat face ini boleh terjadi kepada semua baka kucing dengan syarat ia membawa genetik flat face @ flat nose. Malah terdapat juga baka kucing muka kemek yang anda belum mengetahui lagi sebelum ini.

Kucing bombay

kucing muka penyek

Baka kucing yang berpopulasi di Louisville, kentucky pada tahun 1958. Kucing ini mempunyai fizikal yang sederhana dan bewarna hitam. Baka kucing american bombay ini adalah kacukan kucing american shorthair dan juga kucing burma, ini menjadikan ia mempunyai genetik bewarna hitam seakan kelabu. Kucing ini juga mempunyai bentuk flat face walaupun tidak terlalu ketara.

British shorthair

kucing muka penyek

Genetik flat face ini juga terdapat pada kucing baka british shorthair, baka kucing ini boleh didapati di negara England sejak sekian lama. Baka kucing ini telah melalui beberapa kali kacukan bersama baka kucing lain seperti parsi, rusia blue, dan kucing chartreux. Baka british shorthair ini sangat popular kerana mempunyai genetik flat face yang ketara.

Kucing burma

kucing muka penyek

Baka kucing yang berasal dari negara Burma yang popular di seluruh dunia ini mempunyai ukuran badan yang medium dan kelihatan comel. Baka burma ini banyak kali dikacukkan dengan kucing dari eropah untuk membawa genetik warna bulunya yang gelap dan kelabu. Ia juga membawa genetik flat nose tetapi tidak berbentuk terlalu ketara.

Kucing burmilla

kucing muka penyek

Sejenis kucing yang tidak popular namun mempunyai bentuk muka flat face. Baka ini adalah kacukan baka kucing burma dan kucing parsi maka wujud jalur susur kucing burmilla ini. Disebabkan berasal dari jalur susur kucing burma, maka ia turut mempunyai warna bulu sekana hitam dan kelabu.

Exotic shorthair cat

kucing muka penyek

Baka kucing yang mempunyai genetik muka kemek yang ketara pada hidungnya. Kucing ini mempunyai bentuk badan yang mini dan comel serta berbulu gebu. Kucing ini aktif dan gemar bermain, tapi anda mesti memberikan perhatian dan penjagaan yang kuat kerana hidungnya yang kemek dan sukar bernafas.

Kucing himalaya

kucing muka penyek

Baka yang terhasil daripada kacukan kucing parsi dan kucing siam dan membawa genetik muka penyek. Ia mempunyai bulu yang panjang dan lebat dan hidung yang hampir kemek. Dengan ciri-ciri ini, baka ini memerlukan penjagaan grooming yang baik dan rapi untuk kekal sihat dan terjaga.

Munchkin cat

kucing muka penyek

Sejenis kucing yang terkenal kerana ukurannya yang kecil dan comel selain mempunyai muka flat face. Baka ini mempunyai kaki yang pendek sahaja, tetapi mempunyai perilaku yang aktif dan gemar bermain. Baka ini adalah sejenis kucing yang memerlukan bantuan untuk mengurus keperluan hidupnya. 

Kucing parsi

kucing muka penyek

Baka kucing bulu panjang yang paling dikenali di seluruh dunia, kucing parsi ini banyak yang membawa genetik flat nose yang ketara pada hidungnya. Bulu yang lebat dan panjang ditambah pula dengan hidung yang kemek menjadikan ia memerlukan proses grooming yang rapi. Jika tidak, kucing ini akan mengalami masalah kesihatan seperti sukar bernafas dan hidung berair.

Scottish fold

Baka kucing yang popular disebabkan mempunyai dua ciri-ciri yang unik, iaitu mempunyai muka kemek dan telinga berlipat. Situasi telingan berlipat ini adalah berpunca daripada genetik kecacatan yang menyebabkan hujung telinga kucing ini melengkung sedikit. Situasi “cacat” ini menjadi trend yang cantik dan popular untuk baka scottish fold ini.

Selkirk rex

Kucing yang mempunyai keunikan pada bulu yang berkerinting dan lebat, baka selkirk juga salah satu kucing yang membawa genetik muka kemek. Kucing ini adalah hasil daripada kacukan beberapa baka kucing berbeza sehinggalah menghasilkan baka sediada sekarang.

Link shopee produk grooming cat:

KAWANKU Cat Toilet : https://shope.ee/WpS8CLU8
Pet Comb Cat Comb Grooming : https://shope.ee/402rEHWJ0b
Pet Hair Clipper Grooming Kit : https://shope.ee/79zt08AZfN
Pet Grooming Bag Shower Bath : https://shope.ee/6pN2bYFmLZ
Cat Grooming Glove : https://shope.ee/1fewS5ccwy
Cat Nail Trimmer: https://shope.ee/7pFZnRwoTo
AIKEN ANTIBACTERIAL TALC : https://shope.ee/8KBo4httuT

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Di Malaysia kucing muka kemek ini menjadi trend yang popular disebabkan baka ini tidak terdapat di sini berbanding di luar negara. Disebabkan itulah ramai orang mencari kucing jenis muka kemek ini untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan di rumah.  Jangan lupa untuk sediakan sekali barang keperluan grooming untuk memudahkan urusan grooming kucing anda ya. Baca juga artikel cara gemukkan kucing. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top