Cara Merawat Anak Kucing Yang Lemah

Cara Merawat Anak Kucing Yang Lemah

Anak kucing semestinya antara kelompok kucing yang berisiko untuk terkena penyakit disebabkan sistem imun badannya yang lemah. Oleh sebab itu tidak hairan kenapa terdapat banyak kes anak kucing lemah dan tidak bermaya disebabkan serang virus dan parasit. Di dalam artikel ini kami kongsikan secara khusus cara merawat anak kucing yang lemah.

Tanda Anak Kucing Lemah

Seperti juga haiwan lain, kucing juga akan mengalami tanda-tanda lesu dan lemah. Tanda-tanda ini mungkin disebabkan virus, bakteria, mahupun parasit yang merebak kepada anak kucing. Langkah merawat dan mencegah mesti diambil jika di melibatkan penyakit serius. Antara tanda nak kucing lemah adalah seperti berikut:

Anak Kucing Kurang Selera Makan

Anak kucing yang lemah akan menunjukan gejala kurang makan. Keadaan ini boleh dilihat dengan ketara dimana makanan tidak habis atau kucing seolah tidak endah di hadapan makanan. Terdapat juga sesetengah kes anak kucing yang lemah akan muntah selepas makan.

Telinga Anak Kucing Suam Sejuk

Kucing yang lemah imun badan biasanya akan mengalami demam atau suhu badan meningkat. Anda boleh memeriksa suhu badan kucing anda dengan memegang telinga kucing. Kucing yang mempunyai suhu yang tidak normal akan berasa sejuk suam pada telinga.

Suka Asingkan Diri

Apabila anak kucing anda mulai lemah, ia akan  mula untuk menyendiri dan mencari tempat yang selesa untuk baring dan tidur. Biasanya kucing akan mencari tempat seperti di atas simen dan dalam rumput untuk duduk dan berehat. Jika terdapat anak kucing anda yang menyendiri maka segeralah periksa keadaannya.

Mata Kelihatan Kuyu

Satu lagi tanda yang jelas adalah mata anak kucing anda akan mula kelihatan kuyu dan lesu. Ini boleh dilihat dengan mata kasar apabila kucing berada dalam keadaan rehat @ relax mata kucing seperti mengantuk. Inilah tanda bahawa badan anak kucing berada dalam keadaan lemah.

**Tanda-tanda di atas mungkin berpunca daripada penyakit serius ataupun sakit biasa sahaja. Jika keadaan tidak baik dalam masa beberapa hari, bawa anak kucing anda ke vet yang terdekat

Berikan Glucose Kepada Anak Kucing Yang Lemah

Apabila badan anak kucing lemah ditambah pula kucing hilang selera untuk makan, ini akan mengakibatkan kucing berada dalam keadaan kurang tenaga. Bahkan terdapat juga kes kematian disebabkan kucing tidak makan @ tiada tenaga. 

Rawatan terbaik untuk anak kucing lemah ini adalah dengan pemberian glucose sebagai ganti tenaga yang hilang. Glucose ini akan memberi tenaga kepada badan anak kucing yang lemah dan secara lazimnya akan membantu meningkatkan sistem imun badan seterusnya melawan mikro yang menyebabkan sakit.   

3 Cara Pemberian Glucose

  • Campurkan serbuk glucose ke dalam wet food anak kucing anda
  • Bancuh serbuk glucose bersama susu kambing dan beri minum kepada anak kucing
  • Jika kucing tidak mahu makan, lakukan force feed dengan menggunakan syringe ke dalam mulut kucing. 

Langkah Pencegahan Untuk Anak Kucing

Tidak dinafikan lagi bahawa cara terbaik untuk mencegah daripada masalah anak kucing lemah disebabkan terkena jangkitan adalah dengan vaksinasi secara berjadual. Kini terdapat banyak vet yang menawarkan vaksinasi kepada anak kucing anda. Inilah cara mencegah yang terbaik untuk memastikan sistem imun anak kucing kuat melawan jangkitan penyakit.

Link shopee produk di atas:

Susu kambing : https://shp.ee/2xhn5up
Glucose : https://shp.ee/avgfjrp

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Anak kucing lemah boleh terjadi disebabkan banyak faktor, jika semasa rawatan sendiri anak kucing tidak menunjukan tanda untuk sembuh, maka seeloknya anda perlu membawa anak kucing anda ke vet untuk rawatan susulan. Semoga bermanfaat

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top