jenis baka kucing

Baka Kucing Popular

Tahukah anda terdapat beratus baka kucing yang ada di Malaysia dan juga luar negara, baka-baka kucing ini mempunyai berbezaan dari segi warna, jenis bulu, ukuran badan dan banyak lagi. Walaupun berbeza mengikut jenis baka, kucing ini tetap mempunyai fizikal yang comel dan sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan. Di dalam artikel ini kami kongsikan semuanya berkenaan jenis kucing dalam dan luar negara.

Bagi peminat kucing pastinya gemar untuk mencari jenis-jenis kucing yang ada di seluruh dunia. Ini kerana dengan melihat kecomelan baka-baka kucing ini boleh menjadi terapi untuk hilangkan stress. Dengan mengetahui jenis baka-baka kucing ini juga boleh memberi pilihan dan idea kucing apa yang anda mahu pelihara. Dengan ini anda boleh membuat persediakan yang lengkap sebelum memiliki kucing idaman anda.  

Baka Kucing Bulu Pendek

Kebanyakkan kucing mempunyai bulu yang pendek sahaja, dari segi luarannya kucing jenis bulu pendek ini mempunyai persamaan yang hampir sama sahaja di seluruh dunia. Kucing jenis ini sangat mudah dijaga kerana ia tidak memerlukan perhatian dan kewangana yang tinggi untuk dijaga. Berikut adalah beberapa jenis baka kucing bulu pendek yang popular: 

Kucing siam

Kucing siam adalah sejenis baka kucing daripada negara thailand yang popular ke seluruh dunia. Kucing ini mempunyai ciri-ciri khas seperti mempunyai mata biru berbentuk almond, kepala yang berbentuk segi tiga, telingan yang besar, dan mempunyai bentuk tubuh yang berotot halus memanjang.

Bengal

Ramai yang beranggapan kucing baka bengal ini sejenis kucing yang ganas dan agresif disebabkan corak warna badanya seakan kucing hutan, namun sebenarnya kicing ini sangat manja dan penyayang. Ia dikategorikan sebagai kucing yang mempunyai perilaku yang aktif dan periang. Keunikan utama kuing bengal ini adalah ia mempunyai corak yang unik dan cantik. 

British shorthair

British shorthair ini adalah sejenis kucing yang dipercayai sebagai baka kucing paling lama. Kucing ini mempunyai bulu yang pendek lembut dan mempunyai kukit yang tebal, ini menjadikan kucing ini kelihatan montel dan comel. Baka ini hanya boleh didapati dengan warna kelabu sahaja, samada kelabu gelap, kelabu biru, atau kelabu pudar.

Sphynx

Sejenis kucing yang terkenal dengan ciri-ciri tiada bulu pada badannya, kucing ini sebenarnya mempunyai sedikit bulu halus pada sesetangah angota badannya, namun ia tidak kelihatan dan ketara. Faktor tiada bulu ini adalah hasil daripada genetik yang telah berlaku sejak tahun 60an lagi. Walaupun tiada bulu, kucing ini memerlukan tahap penjagaan yang tinggi dan rapi oleh pemiliknya.

Scottish fold

Anda mencari kucing yang mempunyai bentuk telinga yang unik? Ya ada, salah satunya adalah jenis baka scottish fold. Kucing ini mempunyai genetik yang sedikit cacat iaitu mempunyai otot telingan yang pendek, keadaan cacat ini menjadikan ia mempunyai telingan sedikit kedalam dan nampak comel. Selain itu, ia juga mempunyai kulit yang tebal dan berotot, menjadikan ia baka kucing yang popular dengan kecomelannya.

Munchkin

Pernah tak anda melihat baka kucing kaki pendek? Itu adalah baka munchkin. Baka kucing ini mempunyai ciri-ciri berkaki pendek dan comel. Ini juga adalah disebabkan genetik yang telah terhasil sejak sekian lama. Walaupon comel, namun baka ini mempunyai masalah untuk menguruskan dirinya, oleh itu sebagai pemilik kucing perlu mengeluarkan kos dan perhatian yang tinggi untuk memilihara kucing jenis ini dengan sihat.

Russian blue

Sejenis kucing daripada negara rusia yang mempunyai warna kelabu, kelabu hitam, dan juga kelabu biru. Kucing ini mempunyai perilaku yang tenang dan bijak, namun ia dikatakan agak kurang mesra dan sedikit pemalu. Walaupon begitu, kucing ini mempunyai naluri mengenali dan mesra dengan tuannya.

Savannah

Baka kucing ini adalah yang paling besar dalam kalangan kucing domestik, ia adalah hasil daripada kacukan kucing domestik dan juga kucing baka besar dari afrika. Kucing ini mempunyai naluri memburu atau mencari mangsa yang tinggi, jadi ia agak agresif dan aktif. Ia juga mempunyai perilaku yang mesra dan mengenali tuannya.  

European shorthair

Di eropah terdapat juga baka yang yang umum, iaitu dipanggil sebagai European shorthair. Baka kucing ini unik kerana hanya ada di sekitar negara eropah dan jarang sekali di negara selain eropah. Ia adalah sejenis kucing domestik yang sangat mesra dengan orang ramai, kucing ini boleh dikenal pasti pada beberapa anggota badannya terutamanya pada bahagian kepalanya.

Exotic shorthair

Kucing ini juga dikenali dengan panggilan kucing parsi versi berbulu pendek, ini jelas boleh dilihat pada anggota badanya yang sama seperti kucing parsi terutamanya pada bahagian hidungnya yang kemek dan pendek. Selain itu, perilakunya juga hampir sama seperti kucing parsi, iaitu hanya mesra dengan pemiliknya sahaja. 

Chartreux

Sejenis kucing “rare” yang berasal daripada negara perancis, kucing ini tergolong dalam kelompok kucing yang mempunyai genetik bulu bewarna kelabu dan berkulit tebal. Ia adalah baka kucing yang bijak dan gemar bermain bersama kelompoknya, dikatakan juga kucing ini mempunyai IQ yang bijak dan mengnali tuannya dengan baik.

Singapura cat

Tahukah anda di Singapura turut mempunyai baka kucingnya sendiri, kucing singapura ini adalah salah satu kucing yang mempunyai ukuran paling kecil sekali di dunia. Ciri-ciri utama kucing ini adalah mempunyai badan yang kecil, tetapi telinga dan mata yang besar. Ia mempunyai perilaku yang mesra dengan semua orang termasuk juga dengan haiwan yang lain.

American shorthair

Kucing ini adalah sejenis kucing domestik di negara USA. Seperti juga kucing domestik yang lain, kucing ini juga mempunyai perilaku yang mesra dengan semua orang. Ia juga gemar bersosial bersama kelompoknya, dikatakan kucing ini boleh mencapai berat hingga 5kg.

Bombay cat

Baka kucing yang terhasil daripada kacukan kucing burma dan american shorthair, ciri-ciri kucing ini lebih kepada genetik kucing burma. Antara ciri-ciri utama kucing ini adalah ia mempunyai genetik warna hitam sahaja. Kucing ini mempunyai ukuran badan yang medium dan bermata bulat.

Devon rex

Sejenis baka kucing yang pintar, ia mempunyai ciri-ciri berekor panjang dan mempunyai bulu pendek dan kerinting. Bulunya yang pendek dan berkerinting juga menjadikan kucing ini tarikan kerana kelihatan comel. Jika anda ingin mempunyai kucing ini, pastikan anda menyediakan kelengkapan groom yang lengkap kerana bulunya akan cepat menggumpal jika tidak dijaga. (link grooming set ada di hujung artikel ini)

American wirehair

Sejenis kucing jalanan @ kucing domestik yang ada di bandar New York USA. Kucing ini adalah kacukan kucing baka american shorthair sehinggalah menjadi genetik baru dan membiak di kawasan new york terutamanya. Ciri-ciri utama kucing ini mempunyai bentuk kepala yang membulat dan kulit yang tebal.

Toyger

Sejenis kucing domestik di negara USA, kucing ini menjadi popular kerana mempunyai keunikan pada corak badannya yang berbelang seperti harimau, walaupun mempunyai fizikal kucing domestik biasa. miskipon mempunyai corak harimau, ia adalah sejenis kucing yang manja dan suka bersial bersama-sama.

Abyssinian

Seekor lagi baka kucing yang popular berasal dari negara Ethiopia, kucing ini mempunyai bulu yang pendek dan tebal. Ia baka yang mesra namun tidak seperti kucing yang lain, kucing ini tidak pandai untuk bermanja di kaki orang. Ia juga kucing yang aktif dan gemar bermain-main.

Peterbald

Baka kucing yang berasal daripada rusia yang hampir sama seperti baka Sphynx, ia mempunyai genetik bulu gugur dan boleh juga dilahirkan tanpa bulu pada badan. Berbezaan utama kucing peterbald dan sphynx adalah daripada asal genetik kedua baka ini dari dari tempat yang berbeza. Ia adalah kucing yang manja dan mudah mesra dengan manusia.

Lykoi

Sejenis baka kucing daripada negara USA yang berasal daripada genetik kucing domestik yang telah dikacukkan. Kucing ini mempunyai perilaku dan bulu yang seakan serigala, oleh sebab itu ia juga dipanggil sebagai kucing serigala. Disebabkan bulunya yang unik, kucing ini menjadi antara baka kucing mahal di eropah.

Manx

Tahukah anda terdapat baka kucing yang mempunyai genetik ekor pendek atau hampir tidak berekor? Kucing ini berasal daripada Isle of Man yang popular di seluruh dunia kerana mempunyai ekor yang pendek sahaja. Walaupon tidak mempunyai ekor, kucing ini tetap cantik dan kelihatan comel serta unik untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Burmese

Sejenis kucing baka dari negara burma yang popular ke seluruh dunia, kucing adalah sejenis kucing domestik yang mempunyai genetik warna hitam dan kelabu. Dari segi warnanya kucing ini mempunyai warna seakan kucing siam, tetapi mempunyai warna yang lebih gelap pada seluruh badannya. Ia mempunyai perilaku yang mesra dan mengenal tuannya.

Snowshoe cat

Sejenis kucing yang mempunyai corak warna bulu yang hampir sama dengan kucing siam tetapi mempunyai corak pada muka yang unik dan comel. Ciri-ciri utama kucing ini adalah mempunyai kawasan gelap disekitar matanya seolah-olah seperti memakai spek mata. Ia berasal dari USA dan dikatakan berasal dari genetik kacukan kucing siam dan kucing american shorthair.

Minskin

Kucing ini mempunyai kacukan baka munchkin, kucing burma, dan baka sphynx. Kucing ini mempunyai bulu yang hampir tiada dan mempunyai kulit yang lembut dan gebu. Ia sejenis kucing yang tidak berbulu tetapi masih lagi kelihatan comel terutamanya apabila kucing ini masih diusia muda.

Havana brown

Kucing ini adalah hasil kacukan kucing siam dan kucing rusian blue di England sejak dari tahun 1950 lagi. Kucing ini dikategorikan sebagai kucing “rare“ kerana populasinya sangat terhad, selain itu, ia juga mempunyai bentuk hidung yang unik iaitu hidung memanjang. Baka kucing ini mempunyai ukuran badan yang medium dan sangat mesra dengan manusia.

Japanese bobtail

Tahukah anda terdapat baka kucing yang mempunyai ekor pendek dan tegak kelihatan seperti ekor arnab. Kucing baka ini menjadi popular kerana mempunyai bentuk badan seakan arnah ditambah pula dengan bulunya yang gebu dan lembut. Genetik kucing ini berasal dari negara jepun dan mempunyai perilaku yang sangat mesra dan manja.

Oriental shorthair

Kucing ini mempunyai ciri-ciri seakan kucing siam, ia mempunyai bentuk mata segi tiga, telingan besar, dan badan yang berotot. Kucing ini juga dikatakan mempunyai IQ yang tinggi dan sangat mengenal tuannya. Ia adalah sejenis kucing yang boleh di didik untuk menjaga rumah daripada serangga dan haiwan perosak.

Cornish rex cat

Sejenis kucing domestik yang mempunyai bulu yang tebal dan unik, kucing yang berasal dari England ini mempunyai ciri-ciri khas seperti telinga yang besar dan berbentuk segitiga dan bentuk badan yang slim. Keunikan utama kucing ini adalah pada tekstur bulunya yang gebu dan lembut apabila dipegang. 

Korat

Sejenis kucing baka daripada negara Thailand yang terkenal, kucing ini adalah kucing jenis domestik yang mempunyai ukuran badan medium dan kecil. Kucing ini sangat manja dan mengenali tuannya dengan baik, ia mempunyai wajah yang bulat memanjang dan mempunyai mata bewarna hijau. 

Baka Kucing Bulu Panjang 

Kucing jenis berbulu panjang biasanya dijadikan haiwan peliharaan di dalam rumah sahaja, ini kerana rata-rata kucing ini memerlukan penjagaan yang rapi terutamanya pada bulunya, jika dilepaskan di luar rumah boleh menyebabkan kesan sampingan seperti bulu rosak dan terdedah dengan jangkitan penyakit. Berikut adalah baka kucing bulu panjang yang popular:

Ragdoll

Ragdoll adalah salah satu baka kucing yang popular di seluruh dunia, ia mempunyai bulu yang tebal, lebat, dan gebu. Kucing ini mempunyai keunikan mata yang bewarna biru dan biasanya bewarna putih bercampur kelabu. Kucing ini sangat terkenal dengan perilaku manja dan sesuai untuk haiwan peliharaan untuk keluarga.

Maine coon

Kucing baka maine coon adalah baka kucing bulu lebat yang bersaiz besar dan gebu. Kucing ini dikatakan baka kucing yang paling lama di amerika. Walaupin bersaiz besar, kucing ini mempunyai perilaku yang tenang dan suka bermain. Ini menjadikan ia sejenis kucing yang bagus untuk dipelihara indoor.

Parsi

Kucing parsi adalah baka kucing bulu lebat yang paling popular dan terkenal di seluruh dunia. Kucing ini mempunyai sikap manja dan hanya mesra dengan tuannya sahaja, amat jarang kucing parsi ini mesra dengan semua orang kerana ia hanya rapat dengan tuananya sahaja. Ia adalah kucing indoor yang popular di Malaysia juga.

Norwegian forest

Sejenis baka kucing seakan kucing maine coon, tetapi ia berasal dari habitat semak @ hutan. Mempunyai bulu yang lebat dan mempunyai perilaku seakan anjing, kucing ini mempunyai perilaku yang tenang dan sesuai untuk haiwan peliharaan kanak-kanak kecil. Ia juga dijual dengan harga yang mahal. 

Siberian cat

Sejenis kucing domestik yang berasal dari negara rusia, ia sejenis kucing yang berbulu lebat dan mempunyai ukuran yang medium. Kucing ini juga mempunyai nilai harga yang tinggi disebabkan populasinya baka aslinya yang terhad diluar rusia. Kucing ini aktif tetapi ia agak kurang manja berbanding baka bulu lebat yang lain.

Birman

Sejenis kucing baka bulu lebat yang berasal dari negara burma dan diiktiraf oleh france, kucing ini mempunyai bulu yang tebal dan lembut serta mempunyai mata bewarna biru dan tajam. Ia boleh dijadikan kucing indoor dan sangat manja, sangat sesuai untuk dijadikan kucing peliharaan sekeluarga.

Himalayan

Sejenis kucing yang dikatakan kacukan baka parsi dan baka siam, gabungan kedua-dua baka ini menjadikan ia mempunyai corak bulu seperti kucing siam tetapi mempunyai bulu yang panjang dan lebat. Kucing ini sangat aktif dan gemar bersosial bersama tuannya, ia juga gemar bermain bersama-sama kelompok kucing-kucing lain.

Selkirk rex

Baka kucing bulu lebat yang popular disebabkan mempunyai bulu yang sedikit kerinting. Kucing ini berasal dari USA dan tergolong dalam golongan kucing unik. Kucing ini mempunyai variasi warna dan corak seperti putih, kelabu, hitam dan juga warna campuran. Ia mempunyai perilaku yang tenang dan mudah mesra dengan semua orang.

Somali cat

Kucing ini adalah mempunyai susur jalur baka kucing abyssinian, ia mempunyai bulu yang lebat berbanding kucing abyssinian. Kucing ini mempunyai telinga yang panjang dan berbantuk segitiga. Baka ini sangat bijak dengan mendengar perintah tuannya, ia boleh dijadikan kucing peliharaan untuk menjaga rumah dari haiwan perosak.

Balinese cat

Kucing ini mempunyai corak yang hampir sama seperti kucing siam yang berbulu lebat, kucing ini digelar baka asli kucing siam kerana dikatakan mempunyai genetik terawal baka kucing siam. Ia juga mempunyai sifat suka bermain dan manja sama seperti baka siam berbulu pendek. Ia adalah salah satu kucing “rare” di dunia.

La perm

Sejenis baka kucing yang popular kerana mempunyai bulu yang panjang dan kerinting, kucing ini tidaklah berbulu lebat seperti kucing parsi, tetapi ia mempunyai bulu yang tebal dan berkerinting, ini menjadi keunikan untuk baka ini. Walaupon berbulu lebat, kucing ini boleh berdikari dengan sendiri dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

British longhair

Baka ini adalah sejenis baka yang mempunyai perilaku yang manja dan suka bersama tuannya, kucing ini adalah versi british shorthair tetapi mempunyai bulu yag panjang. Genetik ini terhasil daripada kacukan kucing parsi dan british shorthair, disebabkan itu ia mempunyai ciri-ciri hampir sama seperti kucing parsi.

Turkish angora

Baka kucing bulu panjang yang berasal daripada negara turkey, kucing ini mempunyai warna yang seangkatan warna putih pada bulunya. Ia mempunyai perilaku yang setia dan aktif serta mengenal tuannya dengan baik. Kucing ini mempunyai bulu yang tebal dan mudah untuk dijaga.

Ragamuffin

Kucing ini dikatakan berasal dari jalur susur kepada baka ragdoll tetapi mempunyai bulu yang lebih tebal dan lebat. Disebabkan mempunyai bulu yang panjang, kucing ini memerlukan penjagaan yang rapi untuk dipelihara. Ia adalah salah satu kucing yang mempunyai wajah yang comel dan gebu.

Link shopee produk grooming cat:

Pet Comb Cat Comb Grooming : https://shope.ee/402rEHWJ0b
Pet Hair Clipper Grooming Kit : https://shope.ee/79zt08AZfN
Pet Grooming Bag Shower Bath : https://shope.ee/6pN2bYFmLZ
Cat Grooming Glove : https://shope.ee/1fewS5ccwy
Cat Nail Trimmer : https://shope.ee/7pFZnRwoTo

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Terdapat banyak lagi baka kucing yang terdapat di seluruh dunia, anda boleh membuat carian di google dan melihat baka-baka kucing di setiap negara di dunia. Senarai ini adalah sebahagian baka kucing yang popular dan terkenal di seluruh dunia. Malah terdapat beberapa kucing ini yang anda boleh dapati dan pelihara di Malaysia. 

error: Content is protected !!
Scroll to Top