kucing baka maine coon

Kucing Baka Maine Coon & Harganya

Kucing baka maine coon adalah salah satu baka kucing bulu lebat yang popular di seluruh dunia. Kucing maine coon ini juga sanga popular di Malaysia dan ia juga menjadi pilihan bagi pecinta kucing untuk dijadikan sebagai kucing peliharaan di rumah. Di dalam slot ini kami kongsikan semuanya info berkenaan kucing baka maine coon ini.

Terdapat banyak pilihan harga kucing maine coon yang boleh didapati di pasaran Malaysia, ia berbeza mengikut umur satu-satu kucing. Yang pasti ia adalah sejenis kucing yang memerlukan penjagaan yang rapi dan kos yang tinggi. Oleh itu, pastikan anda membuat kira-kira yang tepat sebelum bercadang untuk memelihara kucing ini.

Kenali Kucing Baka Maine Coon 

Tahukah anda bahawa nama kucing maine coon ini diberikan bersempena dengan nama tempat iaitu Maine. Dikatakan baka asli maine coon ini bermula dari daerah Maine dan mula tersebar ke seluruh negara. Untuk mengenal kucing ini sangatlah mudah, ini kerana maine coon ini adalah baka kucing bulu panjang terbesar di dunia. Antara ciri-ciri lain kucing maine coon adalah:

  • Mempunyai bulu yang panjang dan tebal
  • Mempunyai sturuktur tulang yang besar dan kuat
  • Sendi pada pipi menonjol
  • Berekor panjang dan berbulu lebat
  • Mata yang berbentuk oval

Mengikut kajian, baka maine coon ini mempunyai genetik hampir sama dengan kucing domestik atau kucing liar. Manakala genetik bulunya yang panjang dan lebat mungkin berasal daripada kucing hutan di Norway, tiori ini menunjukkan baka maine coon ini adalah kacukan kucing domestik dan juga kucing hutan.

kucing baka maine coon

Mengikut kajian, kucing maine coon ini tidak gemar untuk mengeluarkan bunyi “miaow” walaupun mempunyai saiz yang besar. Malah kucing ini hanya mengeluarkan bunyi perlahan sahaja, ini menjadikan ia kelihatan comel dan manja sahaja.

Perbezaan Maine Coon & Kucing Parsi

Bagi mereka yang sudah biasa memelihara kucing pastinya mudah untuk mengenal pasti ciri-ciri yang ada pada kucing baka maine coon ini. Perbezaan utama kucing baka maine coon dan kucing baka parsi adalah kucing maine coon ini mempunyai ukuran badan yang lebih besar daripada kucing parsi. 

Walaupun mempunyai genetik ukuran yang besar, kucing ini mempunyai perilaku yang ramah dan mesra dengan semua orang. Ia juga sejenis kucing yang menyayang dan sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan untuk keluarga. 

Penjagaan Baka Maine Coon

Jika anda bercadang untuk mengambil baka maine coon sebagai kucing peliharaan anda, anda perlulah mengetahui cara penjagaan baka maine coon ini. Setiap jenis kucing mempunyai cara penjagaan yang berbeza, ini kerana setiap kucing berbeza mengikut jenis bulu, berat badan, dan banyak lagi. Berikut adalah beberapa tisp untuk menjaga baka maine coon ini.

Makanan tinggi protein

Kucing adalah haiwan karnivor yang memerlukan sumber protein yang tinggi di dalam makanan hariannya. Pemberian makanan yang tinggi protein ini akan membantu bulu kucing menjadi lebih lebat dan panjang selain untuk tumbesaran tulang.

Oleh itu, anda mestilah menyediakan makanan yang membekalkan sumber protein yang bukan sahaja tinggi, tetapi sumber protein yang berkualiti. Sekarang terdapat beberapa jenama yang mengeluarkan makanan khas hanya untuk baka maien coon, antaranya adalah Rayal Canin Maine Coon (Link Shopee ada di hujung artikel ini)

Lakukan grooming

Walaupun kucing boleh melakukan grooming sendiri, untuk kucing berbulu panjang anda mestilah membantu dalam proses grooming. Dengan aktiviti grooming yang berjadual akan menjadikan bulu kucing maine coon anda lebih bersih dan cantik. Selain itu, ia juga boleh mendisiplinkan kucing anda agar menjaga kebersihan bulunya sendiri. 

Anda boleh melakukan proses grooming ini di klinik vet berdekatan dengan bayaran yang murah. Anda juga boleh melakukan aktiviti grooming ini sendiri dengan menyediakan alatan-alatan grooming @ grooming kit di rumah sahaja. Semua alatan grooming anda boleh dapat di hujung artikel ini (beserta link Shopee)

Luangkan masa bermain

Maine coon adalah baka kucing yang besar dan manja, anda perlulah meluangkan sedikit masa untuk bermain dan bersosial bersama kucing maine coon anda. Dengan ini boleh menjadikan kucing anda aktif dan sihat selain mengeratkan ikatan haiwan peliharaan dan tuannya. Baka maine coon juga boleh mengenal tuannya sendiri dengan baik.

Kucing adalah haiwan yang aktif dan gemar berjalan, oleh itu anda perlulah membawa keluar kucing indoor anda sekali sekala untuk kucing ini berlari dan bermain serta menghirup udara segar. Aktiviti ini boleh menjadikan kucing anda lebih sihat dan cergas.

Ukuran sangkar

Salah satu perkara yang kerap pemilik kucing lupa adalah berkenaan jenis @ ukuran sangkar mestilah bersesuaian dengan jumlah dan ukuran kucing anda. Disebabkan baka maine coon ini mempunyai ukuran yang besar, anda perlulah menyediakan sangkar yang besar. Sangkar yang sempit dan sesak boleh menyebabkan kucing stress dan tidak sihat.

Selain itu, anda juga perlu menyediakan tandas @ bekas pasir yang besar untuk keselesaan kucing maine coon anda. Kegagalan dalam menyediakan keperluan “rumah” yang sesuai ini akan menyebabkan kucing anda berisiko untuk stress dan terkena penyakit.

Lakukan Vaksin

Disebabkan kucing maine coon ini adalah sejenis kucing indoor, ia memerlukan bantuan vaksin daripada terkena penyakit berjangkit. Rata-rata kucing indoor dan berbulu panjang ini memerlukan suntikan vaksin untuk selamat daripada wabak penyakit. Pastikan anda menghantar kucing anda untuk suntikan vaksin mengikut usia kucing tersebut.

Proses vaksin kucing ini tidak boleh dilakukan sendiri di rumah, anda perlulah membawa kucing anda ke klinik vet terdekat untuk melakukan vaksinasi. Berita baiknya, untuk satu suntikan vaksin hanya memerlukan kos bawah RM80 sahaja mengikut jenis vaksin.

kucing baka maine coon

Harga Kucing Maine Coon

Bagi anda yang bercadang untuk menjadikan baka maine coon sebagai haiwan peliharaan anda, purata harga untuk seekor kucing maine coon adalah bermula daripada RM3000 hinggalah ke RM7000 mengikut umur dan jantina. 

Dengan harga ini anda sebenarnya boleh menilai kos sebenar untuk memelihara kucing ini adalah lebih tinggi ditambah dengan keperluan grooming dan lain-lain. Disebabkan penjagaan kucing ini memerlukan kos yang tinggi, tidak semua orang mempunyai peluang untuk memeliharaan maine coon ini kecuali golongan yang berpendapatan tinggi sahaja. 

Link shopee produk grooming cat:

Royal Canin Adult Maine Coon : https://shope.ee/7pFg9S29Q0
Pet Comb Cat Comb Grooming : https://shope.ee/402rEHWJ0b
Pet Hair Clipper Grooming Kit : https://shope.ee/79zt08AZfN
Pet Grooming Bag Shower Bath : https://shope.ee/6pN2bYFmLZ
Cat Grooming Glove : https://shope.ee/1fewS5ccwy
Cat Nail Trimmer : https://shope.ee/7pFZnRwoTo

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Mempunyai keunikan bulu yang lebat dan bersaiz besar menjadikan kucing baka maine coon ini adalah salah satu kucing yang diminati ramai di seluruh dunia. Kucing ini juga dikategorikan sebagai kucing high maintenance disebabkan memerlukan penjagaan yang rapi dan teratur. Baca juga artikel seterusnya kucing baka dlh

Bagi anda yang ingin mencari barangan grooming sendiri, anda boleh membelinya di Shopee. Kami cadangkan pembelian di shopee kerana anda boleh dapatkan barangan kucing disini dengan harga murah dan jimat. Selain itu, setiap transaksi di Shopee adalah selamat kerana wang hanya akan diberikan selepas item pembeli sampai. Untuk barangan grooming dan lain-lain boleh tekan link yang kami berikan di atas. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top