kenapa kucing bernafas laju

Kenapa Kucing Bernafas Laju

Table of Contents

Tahukah anda kenapa kucing bernafas laju? Adakah ia masalah yang serius dan memerlukan rawatan? Di dalam slot artikel ini kami kongsikan semuanya tentang perilaku kucing kenapa ia bernafas dengan laju. Jangan lupa untuk grab grooming kit yang boleh dibeli di Shopee, senarai grooming kit serta link Shopee ada di hujung artikel ini.

Pernah tak anda melihat kucing anda mula bernafas dengan laju, membuka mulut dan tercungap-cungap. Perilaku ini adalah tanda kucing anda sedang mengalami masalah untuk bernafas dan memerlukan rawatan jika berlarutan dalam tempoh masa yang lama. Untuk rawatan lanjut boleh terus membaca artikel ini hingga habis.

Kenapa Kucing Bernafas Laju & Apa Perlu Buat? 

Masalah kucing bernafas laju ini adalah kondisi yang dipanggil tachypnea. Seekor kucing yang sihat mempunyai kadar pernafasan sebanyak 20 ke 30 kali nafas dalam tempoh seminit. Kiraan ini mesti diambil ketika kucing anda berada dalam keadaa relex, tidak aktif, dan tidak berbunyi ”meow”

kenapa kucing bernafas laju

Kenapa kucing bernafas laju?

Jika anda mendapati kucing anda mula bernafas dengan laju, anda mesti peka berapa lama kucing anda mengalami masalah ini. Jika ia masalah nafas dialami dalam tempoh masa yang lama dan tidak sembuh, adalah terbaik untuk anda membawa kucing anda ke klinik vet berdekatan. Berikut adalah punca nafas laju pada kucing.

Punca kucing bernafas laju:

  • Emosi stress
  • Emosi takut
  • Alahan @ alergic
  • Anemia
  • Masalah jantung
  • Sakit @ cedera pada saluran nafas
  • Cuaca yang panas
  • Masalah cacing dalm perut
  • Ketumbuhan pada leher
  • Jangkitan pernafasan
  • Rendah oksigen dalam darah
  • Masalah asma
  • Paru-paru berair
  • Paru-paru berdarah
  • Taruma atau cedera

Berdasarkan senarai di atas boleh dikatakan masalah nafas laju pada kucing ini boleh berpunca daripada beberapa sebab. Ia boleh berpunca daripada masalah yang tidak serius seperti cuaca yang panas dan boleh juga berpunca daripada kondisi yang serius seperti masalah paru-paru.

Tanda kucing bernafas laju

Sebagai seorang yang memelihara kucing, anda perlu tahu tanda-tanda kucing bernafas dengan normal atau tidak normal. Dengan mendiagnos awal ini membolehkan anda membuat rawatan awal dahulu sebelum menghantar ke klinik haiwan berdekatan. Malah rawatan awal ini juga membolehkan masalah nafas ini dicegah dari awal sebelum menjadi serius.

Tanda kucing bernafas laju:

  • Bernafas dengan mulut terbuka
  • Perut dan dada turun naik
  • Nafas berbunyi
  • Lelah dan lesu
  • Batuk
  • Lidah dan bibir bewarna biru
  • Kucing duduk dan kurang bergerak

Jika anda mendapati kucing anda mempunyai tanda-tanda ini, anda boleh mulakan rawatan awal dengan mengasingkan kucing ini di sangkar asing daripada kucing-kucing lain. Perhatikan dari masa ke semasa simptom ini samada beransur hilang atau semakin teruk. 

Untuk mengelakkan kucing menjadi semakin panik, anda boleh luangkan masa bersama kucing anda. Boleh membelai dan mengendong kucing anda untuk membantu meredakan emosi kucing anda daripada berterusan panik. 

Link shopee produk grooming cat:

KAWANKU Cat Toilet : https://shope.ee/WpS8CLU8
Pet Comb Cat Comb Grooming : https://shope.ee/402rEHWJ0b
Pet Hair Clipper Grooming Kit : https://shope.ee/79zt08AZfN
Pet Grooming Bag Shower Bath : https://shope.ee/6pN2bYFmLZ
Cat Grooming Glove : https://shope.ee/1fewS5ccwy
Cat Nail Trimmer: https://shope.ee/7pFZnRwoTo
AIKEN ANTIBACTERIAL TALC : https://shope.ee/8KBo4httuT

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Masalah kucing bernafas laju ini adalah normal jika ia mulai hilang dalam tempoh masa tertentu. Namun jika simptom nafas laju ini berlaku tanpa sebab yang jelas dan berterusan hingga seharian, anda mesti membawa kucing anda ke klinik vet terdekat untuk rawatan lanjut. Tiada ubatan yang boleh merawat masalah nafas serius ini di rumah, rawatan susulan mesti dilakukan oleh doktor veterinar terlatih. Baca artikel seterusnya kucing apa pandai menyanyi. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top