Kiraan Umur Kucing

Kiraan Umur Kucing Yang Betul

Tahukah berapa kiraan umur kucing anda? Sebenarnya setiap haiwan mempunyai kiraan umur yang berbeza antara satu dengan yang lain. Kucing juga mempunyai peringkat umur tertentu yang telah ditetapkan. Dengan mengetahui umur kucing ini menjadikan anda lebih jelas dalam membuat rawatan dan kesihatan kucing anda.

Umur kucing ini adalah data yang ditetapkan oleh peminat kucing untuk menggambarkan kondisi kucing mengikut usia manusia. Data umur kucing ini tiada kajian saintifik yang terperinci namun ia bleh dijadikan sebagai rujukan bagi pecinta kucing untuk lebih tahu keadaan kucing peliharaannya.

Kiraan Umur Kucing & Umur Manusia

Terdapat beberapa pendapat berkenaan kiraan umur kucing ini, berbezaan ini adalah disebabkan setiap kucing berasal daripada baka yang berbeza dan mempunyai pemakanan yang berbeza. Disini kami kongsikan jadual umur kucing yang popular dan diguna pakai di seluruh dunia.   

1 tahun umur kucing bersamaan 15 tahun umur manusia

Tahukah anda untuk 1 tahun umur seekor kucing bersamaan dengan 15 tahun umur manusia. Ini bermakna kondisi kucing yang berumur 1 tahun bersamaan dengan kondisi manusia yang berumur 15 tahun.

Untuk tahun ke dua umur kucing, tambah 9 tahun umur manusia menjadikan umur keseluruhan untuk 2 tahun kucing adalah 24 tahun manusia. Untuk kenaikan umur kucing seterusnya anda hanya perlu tambah 4 tahun manusia sahaja. Contoh untuk 3 tahun umur kucing bersamaan dengan 28 tahun manusia.

Jangka Hayat Seekor Kucing Berapa? 

Anda mesti pernah terfikir berapa lamakah agaknya kucing peliharaan anda boleh hidup dan bersama dengan anda. Untuk menjawab soalan ini agak subjektif dan tiada jawapan yang khusus. 

Ini kerana ia bergantung kepada jenis baka dan jaga penjagaan kucing anda masing-masing. Untuk kucing indoor, purata jangka hayat adalah sekitar 16 ke 18 tahun umur kucing. Untuk kucing liar @ outdoor pula biasanya mempunyai jangka hayat yang lebih pendek.

Tempoh hayat suatu kucing juga boleh dipengaruhi oleh jenis baka kucing tersebut. Contohnya kucing siam dan manx mempunyai jangka hayat paling lama berbanding baka-baka lain. Kajian juga mendapati jangka hayat kucing mula meningkat sejak 10 tahun terkini, ini mungkin disebabkan pendedahan akan kesihatan dan penjagaan kucing yang peka dan betul. 

6 Tahap Umur Untuk Kucing

Untuk lebih mudah faham, umur kucing ini boleh dibahagi kepada 6 tahap umur. Setiap tahap ini mempunyai perkembangan fizikal dan mental yang berbeza pada seekor kucing. Berikut adalah 6 tahap umur kucing.

Kitten (0 – 6 bulan)
Pada tahap ini anak kucing akan berkembang dengan cepat kecuali pada seksual organ.

Junior (7 bulan – 2 tahun)
Seekor kucing sudah mula berdikari dan mula untuk belajar tentang hidup.

Prime (3 – 6 tahun)
Kucing sudah matang fizikal dan mental, tahap umur ini kucing dikira masih sihat dan aktif.

Mature (7 – 10 tahun)
Pada umur ini kucing sudah mula tua, sekitar 40 ke 50 an umur manusia.

Senior (11 – 14 tahun)
Kucing memasuki tempoh usia warga emas

Super senior (15 tahu ke atas)
Adalah jarang kucing melalui fasa ini, namun masih terdapat kucing yang sihat walaupun sudah tua.

Untuk lebih mudah dan jelas anda boleh lihat jadual tahap umur kucing seperti di bawah ini. Rata-rata kucing yang mencapai tahap senior ini adalah dalam kalangan kucing peliharaan indoor. Ini kerana kucing ini lebih peka akan kesihatan dan pemakanan hariannya.

Kiraan Umur Kucing

Kenalpasti Umur Melalui Fizikal

Jika seekor kucing dipelihara sejak lahir adalah mudah untuk tahu umur kucing anda, bagaimana pula jika kucing yang diambil di tepi jalan? Untuk mengenalpasti umur kucing liar ini agak sukar, namun anda boleh kenalpasti umurnya berdasarkan 6 tahap umur kucing tadi. Berikut adalah antara yang boleh diperhatikan untuk menentukan umur kucing liar.

Gigi

Gigi adalah luaran yang boleh digunakan untuk menilai umur kucing anda. Berikut adalah indikator yang boleh dilihat pada gigi kucing.

  • Kitten hanya mempunyai gigi awal sehingga minggu keempat sahaja
  • Gigi putih kekal boleh dilihat sekitar empat bulan
  • Sedikit warna kuning pada gigi menandakan ia berumur 1 ke 2 tahun
  • Jika semua kucing mempunyai warna kuning, ini menandakan ia berumur 3 ke 4 tahun
  • Gigi hilang, patah, @ tercabut boleh menandakan ia berumur 10 ke 15 tahun ke atas 

Mata

Pada bahagian mata kucing pula anda boleh lihat pada bahagian iris. Jika iris kelihatan licin dan masih baru ia tanda kucing masih junior manakala jika kelihatan sedikit berkedut ia tanda kucing sudah masuk ke tahap prime atau mature.

Tulang & otot

Anda boleh menentukan tahap umur kucing dengan melihat pada otot kaki dan badan kucing. Jika otot dan kulit mulai lembut dan sedikit selebih itulah tanda kucing sudah mula masuk tahap pertengahan. 

Bulu  

Kajian juga mendapati bulu kucing yang lembut dan lebat boleh didapati pada kucing yang muda. Manakala untuk kucing yang tua akan mempunyai bulu yang sedikit menebal, kesat, dan sedikit jarang.

Link shopee produk grooming cat:

KAWANKU Cat Toilet : https://shope.ee/WpS8CLU8
Pet Comb Cat Comb Grooming : https://shope.ee/402rEHWJ0b
Pet Hair Clipper Grooming Kit : https://shope.ee/79zt08AZfN
Pet Grooming Bag Shower Bath : https://shope.ee/6pN2bYFmLZ
Cat Grooming Glove : https://shope.ee/1fewS5ccwy
Cat Nail Trimmer: https://shope.ee/7pFZnRwoTo
AIKEN ANTIBACTERIAL TALC : https://shope.ee/8KBo4httuT

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Kucing adalah haiwan yang mempunyai jangka hayat yang lama dan boleh hidup bersama manusia hingga ke umur tua. Sebagai pecinta kucing anda mestilah peka akan kesihatan dan makanan kucing anda agar ia boleh hidup dengan lama tanpa mengalami masalh kesihatana yang serius. Nak lebih banyak info pasal kucing? Boleh terus ke slot kucing hitam putih. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top