Kucing Hitam Putih

Kucing Hitam Putih & Bakanya

Terdapat baka kucing hitam putih untuk pilihan anda yang meminati warna kucing hitam putih ini. Salah satu keunikan pada kucing ini adalah mempunyai variasi warna yang berbeza dan dan unik. Antara variasi warna yang menjadi trend adalah bulu yang bewarna hitam dan putih. Tahukan anda sebenarnya terdapat baka kucing yang membawa genetik berbulu hitam dan putih ini.

Di dalam artikel ini kami kongsikan beberapa jenis baka kucing yang mempunyai genetik warna bulu hitam dan putih untuk rujukan anda. Baka-baka ini anda boleh dapati di Malaysia dan juga dari luar negera. Anda juga boleh dapatkan voucher Shopee yang terdapat di hujung artikel ini.

9 Baka Kucing Hitam Putih 

Kucing yang mempunyai bulu campuran hitam dan putih ini menjadi popular dan trend disebabkan campuran ini seolah-olah seperti kucing tersebut memakai pakaian @ baju. Corak hitam putih ini kelihatan seakan seperti kucing memakai baju kot, manakala terdapat juga corak seperti kucing sedang memakai stokin. 

Berikut adalah baka kucing yang mempunyai genetik warna bulu hitam dan putih. Ia boleh didapati dalam bentuk jenis bulu panjang dan juga bulu pendek. 

Main coon

Selain daripada mempunyai ukuran badan yang besar, baka main coon juga mempunyai genetik warna bulu hitam dan putih. Ia juga adalah sejenis kucing berbulu lebat yang popular seleas kucing parsi. Kucing ini mempunyai corak warna yang berbeza, antaranya adalah jenis hitam dan putih.

Kucing ini sesuai dijadikan kucing indoor kerana mempunyai perilaku yang manja dan gemar bermain dengan tuannya. 

Cornish rex

Sejenis kucing yang berbulu pendek dan mempunyai bentuk badan yang memanjang. Ia juga boleh dikenali kerana mempunyai telinga yang besar dan bentuk muka yang segitiga. Ia adalah baka kucing yang bijak dan mengenali tuannya. 

Manx cat

Kucing Hitam Putih

Baka kucing yang sangat aktif dan seakan seperti anjing yang kecil, ia sangat gemar bermain dan gemar bersosial. Kucing ini juga membawa genetik hitam dan putih selain daripada warna-warna lain. Kucing ini biasanya mempunyai ekor yang pendek sahaja.

Munchkin

Kucing Hitam Putih

Baka kucing yang popular dan mempunyai kaki yang pendek serta badan yang panjang. Disebabkan kakinya yang pendek, kucing ini mula menjadi popular kerana mempunyai bentuk badan yang comel dan unik. Ia boleh hadir dalam variasi warna yang berbeza termasuklah gabungan warna hitam dan putih. 

Oriental shorthair

Kucing Hitam Putih

Baka kucing seakan seperti baka siam tetapi sebenar tidak, kucing ini mempunyai perilaku dan bentuk tubuh seakan seperti kucing siam namun berbeza pada warna matanya yang hijau serta bulunya yang bercampur warna. Ia juga boleh hadir dalam waran putih dan juga hitam.

Persian

Kucing Hitam Putih

Kucing yang paling popular di seluruh dunia kerana mempunyai bulu yang panjang, gebu, dan lebat. Kucing parsi juga boleh hadir dalam warna hitam dan juga putih. Kucing ini sangat terkenal sebagai kucing yang manja dan hanya rapat dengan orang yang dikenalinya sahaja. Ia juga mempunyai keunikan genetik hidung @ muka yang kemek.

Scottish fold

Kucing Hitam Putih

Baka kucing yang terkenal disebabkan mempunyai telinga yang berlipat dan comel. Kucing ini juga mempunyai genetik warna hitam dan putih. Ia adalah kucing yang aktif dan gemar bersosial bersama kucing-kucing lain.

Siberian cat

Kucing Hitam Putih

Baka kucing berbulu medium panjang anda mempunyai bulu yang tebal serta gebu. Kucing ini sangat aktif dan boleh hidup di habitat yang sejuk. Ia juga mempunyai genetik warna bulu hitam dan juga putih. Baka ini antara yang popular di USA. 

Turkish anggora

Kucing Hitam Putih

Kucing yang terkenal dengan gaya comel dan elegent, ia banyak terdapat dalam warna putih namun boleh juga didapati dalam gabungan warna hitam dan putih. Kucing ini mempunyai perilaku yang manja dan sangat memerlukan perhatian tuanya. 

Kredit thesprucepets

Link shopee produk grooming cat:

KAWANKU Cat Toilet : https://shope.ee/WpS8CLU8
Pet Comb Cat Comb Grooming : https://shope.ee/402rEHWJ0b
Pet Hair Clipper Grooming Kit : https://shope.ee/79zt08AZfN
Pet Grooming Bag Shower Bath : https://shope.ee/6pN2bYFmLZ
Cat Grooming Glove : https://shope.ee/1fewS5ccwy
Cat Nail Trimmer: https://shope.ee/7pFZnRwoTo
AIKEN ANTIBACTERIAL TALC : https://shope.ee/8KBo4httuT

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Seperti juga kucing yang lain, genetik warna hitam putih ini juga sangat popular disebabkan keunikan yang tertentu. Di malaysia anda boleh dapati warna hitam putih ini dalam kalangan kucing liar yang telah mengalami kacukan dengan baka-baka lain. Diharap dengan info ini membantu anda untuk tahu lebih banyak tentang baka kucing ini. Baca artikel seterusnya tentang fungus kucing. Semoga bermafaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top