Kucing Baka DLH

Kucing Baka DLH Malaysia

Ramai yang tidak tahu kucing baka DLH dan kucing parsi adalah dua baka kucing yang berbeza. Tidak kurang juga yang beranggapan bahawa untuk memelihara kucing bulu panjang dan lebat, anda mesti memelihara kucing baka asli bulu lebat seperti kucing parsi dan maine coon. Di dalam artikel ini kami kongsikan semuanya tentang kucing DLH atau dipanggil domestic long hair.

Pernah tak anda melihat kucing liar di kawasan rumah anda yang mempunyai ciri-ciri kucing baka asli bulu lebat seperti berbulu lebat, gebu, dan berekor panjang? Jangan terkejut berkemungkinan kucing liar tersebut mempunyai genetik @ baka daripada baka asli long hair seperti baka kucing parsi. Keadaan ini mungkin disebabkan kucing baka asli parsi telah berkahwin @ mengawan dengan kucing liar maka terhasillah genetik kucing liar berbulu panjang.  

Kenali Kucing Baka DLH 

Baka DLH atau domestic long hair adalah salah satu jalur baka kucing yang banyak terdapat di Malaysia. Untuk lebih mudah faham, baka DLH ini adalah hasil kacukan baka asli kucing bulu panjang seperti baka parsi, dikacukkan dengan kucing baka biasa yang tidak mempunyai sijil kelahiran. hasil genetik kacukan ini akan diberi nama domestic long hair @ DLH.

Kucing Baka DLH

Untuk makluman semua, selain domestic long hair (DLH) terdapat juga baka kucing yang dipanggil domestic short hair (DSH). kucing baka DSH pula adalah baka kacukan hasil daripada kucing baka asli short hair bersama kucing domestic biasa yang tiada sijil kelahiran. Hasil kacukan ini akan dipanggil dengan gelaran domestic short hair.  

Ciri-ciri kucing DLH

  • Mempunyai bulu yang lebat, tetapi tidak lebat dan panjang seperti baka asli kucing parsi
  • Bentuk muka, mata, telinga, dan kepala sama seperti kucing domestik biasa.
  • Kucing yang aktif dan lasak seperti kucing domestik
  • Genetik yang multi warna, boleh hadir dalam pelbagai warna mengikut induk.

Walaupun mempunyai ciri-ciri seakan sama seperti kucing baka asli, berbulu panjang dan lebat atau mempunyai hidung yang kemek, namun kucing ini tetap dikatogerikan sebagai DLH kerana tidak mempunyai genetik baka asli kucing berbulu lebat.

Kelebihan Kucing Baka DLH

Walaupun tidak mempunyai genetik asli kucing baka bulu lebat, kucing DLH ini juga menjadi pilihan ramai peminat kucing kerana beberapa sebab. Disebabkan ia adalah baka kacukan kucing domestic biasa, jadi secara genetiknya baka ini teradaptasi dengan kehidupan kucing domestic yang biasa, jadi ia kurang manja dan mudah dijaga.

Tidak seperti kucing baka asli yang memerlukan perhatian dan penjagaan rapi serta memerlukan kos yang tinggi. Baka DLH ini hanya memerlukan penjagaan sama sahaja seperti kucing biasa. Namun begitu, anda masih perlu menitikberatkan beberapa perkara seperti grooming memandangkan baka ini mempunyai bulu yang panjang dan lebat. 

Penjagaan Baka Domestic Long Hair

Memandangkan ia adalah kucing berbulu panjang yang lasak dan aktif, baka DLH ini lebih mudah dijaga berbanding baka kucing asli bulu panjang. Namun disebabkan fizikalnya yang mempunyai bulu panjang dan terdapat juga yang mempunyai hidung kemek, anda masih perlu mengamalkan penjagaan untuk kucing terus sihat.

Kredit Lynn Yamin

Grooming

Aktiviti grooming adalah WAJIB bagi kucing yang mempunyai bulu panjang termasuklah baka DLH. Grooming ini bertujuan untuk memastikan kucing berada dalam keadaan kemas dan bersih daripada kotoran dan kuman. Anda boleh menyediakan grooming kit sendiri di rumah untuk kegunaan semasa kucing anda. Senarai grooming kit serta link Shopee ada di hujung artikel ini. 

Terdapat juga kucing DLH yang mempunyai hidung yang kemek, masalah utama kucing hidung kemek ini adalah anda perlu membersihkan kotoran dan cairan yang keluar pada hidunganya, jika tidak dibersihkan, kucing akan mengalami masalah bernafas @ hidung akan tersumbat, jadi aktiviti grooming ini mesti dilakukan sentiasa.

Tandas

Memandangkan kucing ini boleh dipelihara secara indoor, jadi adalah perlu untuk anda menyediakan tandas kucing yang besar untuk baka DLH ini. Ini kerana kucing ini mempunyai ekor yang lebat dan memanjang, jadi ia memerlukan ruang yang besar terutamanya semasa menggunakan tandas. Terdapat banyak jenis tandas bersaiz besar yang dijual di Shopee, anda boleh tekan link yang kami sediakan di bawah.

Vaksin

Walaupon baka ini telah dikacukkan menjadi tahan lasak, namun ia masih berisiko untuk jangkitan penyakit. Oleh itu, seeloknya anda memberikan suntikan vaksin di klinik Vet berdekatan anda. Satu suntikan vaksin biasanya dalam linkungan harga RM40 ke RM70 untuk satu suntikan sahaja.

Link shopee produk grooming cat:

KAWANKU Cat Toilet : https://shope.ee/WpS8CLU8
Pet Comb Cat Comb Grooming : https://shope.ee/402rEHWJ0b
Pet Hair Clipper Grooming Kit : https://shope.ee/79zt08AZfN
Pet Grooming Bag Shower Bath : https://shope.ee/6pN2bYFmLZ
Cat Grooming Glove : https://shope.ee/1fewS5ccwy
Cat Nail Trimmer : https://shope.ee/7pFZnRwoTo

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Jika diperhatikan baka DLH ini adalah yang paling popular dalam kalangan rakyat di Malaysia. Ini mungkin disebabkan ia mudah untuk dijaga dan mempunyai luaran yang cantik seperti kucing parsi. Jangan terkejut, kucing ini boleh didapati di tempat awam sahaja, ia mungkin hasil kacukan kucing parsi peliharaan orang dengan kucing liar maka terhasillah baka DLH ini secara tidak sengaja. Baca artikel seterusnya kucing baka besar. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top