ubat kutu kucing

Ubat Kutu Kucing Terbaik (Vet Approved)

Ubat kutu kucing adalah ubat kucing yang mesti ada dalam kit kesihatan kucing anda. Ini kerana hampir semua kucing akan mengalami masalah kutu dan hama ini. Walaupun kucing anda dipelihara di dalam rumah, kucing anda masih berisiko untuk dijangkiti kutu ini. Nak tahu ubat kutu terbaik? Teruskan membaca slot ini hingga habis ya.

Kutu kucing adalah kehidupan kecil yang mempunyai kitaran hidup cepat, ia dikatogerikan sebagai perasit luaran kucing yang boleh merebak dengan cepat dan pantas. Sebab itu tidak hairan kutu kucing ini boleh merebak dengan banyak dalam masa beberapa hari sahaja. Jom ketahui rawatan terbaik masalah kutu ini.

4 Ubat Kutu Kucing Vet Approved

Untuk mencegah masalah kutu ini anda perlu menyediakan ubat kutu yang terbaik di dalam kit kucing anda. Terdapat beberapa jenis ubat yang ada di pasaran, disini kami akan kongsikan beberapa ubat kutu yang rasmi dan di “approved” oleh vet sedunia. Kesemua ubat kutu ini anda boleh beli di Shopee dan gunakan sendiri di rumah (link Shopee setiap ubat ada di bawah)

Walaupun terdapat ubat kutu yang boleh didapati dengan harga lebih murah, namun untuk mengelakkan masalah kesan sampingan pada kucing anda, kami syorkan ubat yang mempunyai jenama dan digunakan oleh klinik vet sendiri.

Advantage cat

Sejenis ubat titis khas untuk merawat masalah kutu pada kucing peliharaan anda. Cairan ini bertujuan untuk membunuh telur kutu dan kutu yang melekat pada bulu kucing. Ubat ini hadir dalam 2 isipadu iaitu 0.4ml dan 0.8ml untuk memudahkan pengunaan anda di rumah.

Advocate cat

Ubat kutu titis khas untuk parasit pada kucing, termasuklah kutu, larva, dan cacing. Jenama ini juga sesuai untuk merawat masalah parasit di telingan kucing iaitu kutu telinga dan juga cacing hati. Pastikan anda mengikut dos yang ditetapkan pada lebel produk.

Revolution cat

Sebuah jenama ubat kutu yang popular kerana mempunyai kesan yang terbaik. Ia berfungsi untuk membunuh telur @ larva kutu daripada menetas dalam tempoh masa satu bulan sahaja. Maka oleh itu, dengan penggunaan yang betul anda boleh hapuskan masalah kutu dan parasit-parasit lain dalam masa kurang sebulan sahaja.

Frontline Combo Spot

Jenama ubat kutu yang boleh membunuh kutu hidup dalam masa 24 jam sahaja. Dengan cara pengambilan yang betul, ubatan ini juga boleh menghalang jangkitan kutu daripada merebak kembali pada kucing anda. Ubat ini adalah satu-satunya ubat kutu yang boleh digunakan pada ibu kucing yang bunting dan mengandung.

Penggunaan & Dos 

Kesemua produk ini mempunyai cara penggunaan yang hampir sama sahaja, antara ringkasan cara penggunaan ubat kutu ini adalah seperti berikut:

  1. Buka penutup ubat
  2. Pilih tempat yang jarang kucing menjilat. Contoh, atas tengkuk.
  3. Selak bulu hingga nampak kulit kucing, titiskan ubat pada dosnya.
  4. Kalau boleh tunggu dahulu kucing agar ia tidak menjilat cairan ubatan
  5. Tunggu ubat kering, lepas kucing tadi ke dalam sangkar yang asing.

**Penting: elakkan kucing daripada menjilat ubat untuk mengelakkan kesan sampingan.

Apabila menggunakan sebarang jenis ubatan, anda perlu teliti pada cara penggunaan dan jumlah dos yang digunakan. Pastikan anda membaca arahan pada label, kegagalan mengikuti arahan pada label ini akan menyebabkan kucing anda berisiko untuk mengalami kesan sampingan pada kucing. Antara pekara yang anda perlu peka adalah:

  • Jumlah dos
  • Kegunaan, samada luaran @ dalaman
  • Elakkan digunakan pada kucing bunting dan menyusu
  • Umur minima untuk rawatan (minima berapa bulan)

Semua butiran penggunaan ubatan ini boleh dilihat pada label kotak @ botol ubat kucing. Jika anda kurang yakin @ risau akan penggunaan ubat yang salah, anda boleh membawa kucing anda ke vet terdekat untuk dirawat di klinik.

Ubat Kutu Kucing Botol Hijau Tidak Berbahaya?

Apabila anda membuat carian di Facebook dan Shopee, antara ubat kutu yang viral dan popular adalah sejenis botol hijau. Persoalannya adalah ia selamat untuk kegunaan kucing anda? Adakah ia ubat yang diiktiraf oleh vet?

Sebenar tiada masalah untuk menggunakan ubat yang tiada jenama ini, tetapi dengan syarat anda mengikut dos yang diperlukan. Ini bagi mengelak daripada kesan sampingan di kemudian hari. Tetapi sebagai vet yang bertauliah sangat syorkan anda untuk mengunakan ubatan yang berjenama dan diiktiraf sebagai ubatan klinik veterinar.

Link shopee produk grooming cat:

KAWANKU Cat Toilet : https://shope.ee/WpS8CLU8
Pet Comb Cat Comb Grooming : https://shope.ee/402rEHWJ0b
Pet Hair Clipper Grooming Kit : https://shope.ee/79zt08AZfN
Pet Grooming Bag Shower Bath : https://shope.ee/6pN2bYFmLZ
Cat Grooming Glove : https://shope.ee/1fewS5ccwy
Cat Nail Trimmer: https://shope.ee/7pFZnRwoTo
AIKEN ANTIBACTERIAL TALC : https://shope.ee/8KBo4httuT

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Jika anda memelihara kucing dalam jumlah yang besar, dicadangkan agar anda menyediakan kit kesihatan @ kit grooming sendiri di rumah. Ini sebagai persediaan jika kucing anda mengalami masalah seperti jangkitan kutu, anda boleh terus melakukan rawatan sendiri di rumah. Ini boleh mencegah kutu ini daripada cepat merebak ke kucing lain. 

Dengan adanya ubatan kucing yang boleh dibeli secara dalam talian di Shopee kini menjadikan proses merawat sendiri dirumah lebih mudah dan cepat. Nak lebih banyak info tentang kucing? Boleh terus ke slot kenapa kucing muntah buih. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version